5 Sebab Kenapa Nampak Tua Dari Sepatutnya | Pernahkah anda berdiri depan cermin hari ini dan merasakan kenapa nampak tua dari semalam? Sedangkan semalam cuma 1 hari sahaja yang berbeza. Lepas tu dah tak nak tengok cermin dah. Maka, jadinya kita pun dah tak sedar esok, lusa dan tulat wajah bertambah-tambah nampak tua dari sepatutnya.

Kenapa? Haaa.. ni yang Cik Puan VK nak share. Apa yang kita lalui setiap hari baik dari persekitaran atau dari apa yang kita makan, itulah yang akan nampak di wajah kita. Kalau dok melalui yang tak best je, memang nampak tua la dari sepatutnya. Jom Cik Puan VK kongsikan 5 sebab utama kenapa nampak tua dari sepatutnya.

5 Sebab Kenapa Nampak Tua Dari Sepatutnya

sebab nampak tua

#1 ~ Tekanan

Tekanan ialah satu bahagian semula jadi hidup, tetapi terlalu banyak “merompak” nutrien yang diperlukan untuk kulit sihat. Apabila kita tertekan, badan akan menggunakan pelbagai nutrien termasuk magnesium dan vitamin C menukarkan kepada hormon tekanan seperti kortisol, adrenalin dan noradrenalin. Sayang sangat kerana magnesium dan vitamin C sangat diperlukan dan penting untuk sintesis kolagen kulit. Kolagen semakin hilang dan kolagen baru tidak dapat terhasil dengan baik, maka kita akan nampak tua dari usia sepatutnya la kan? **sedih**

#2 ~ Hormon

Ramai dari kita yang “berurusan” dengan PMS dan menopos ini dengan mengambil refined carbohidrate dan gula untuk meningkatkan mood dan tenaga. Tetapi kesan buruknya boleh menyebabkan rintangan insulin dan juga menyebabkan radang dalam badan serta terhasilnya enzim yang boleh merosakkan kolagen dan elastin kulit. Maka, terjadilah garis-garis halus pada wajah yang menyebabkan kita nampak lebih tua dari sepatutnya. Tabiat pemakanan begini juga boleh mengganggu keseimbangan hormon estrogen dan testosteron juga.

#3 ~ Tidur tidak mencukupi

Sel melalui proses pemulihan yang paling bagus adalah sewaktu kita tidur. Apabila kita tidak mendapat waktu tidur yang mencukupi, kita sebenarnya telah mengganggu proses pemulihan sel-sel badan termasuklah sel-sel kulit. Dalam masa yang sama juga penghasilan hormon ghrelin iaitu hormon lapar juga akan meningkat.

#4 ~ Amalan Pemakanan

Pengambilan alkohol (untuk yang bukan beragama Islam) menyebabkan badan dehidrasi dan memusnahkan vitamin B juga magnesium dalam badan yang sememangnya baik untuk kulit. Ia jua boleh mengganggu neurotransmitter yang membawa kita tidur iaitu GABA. Jadi, tidur pun boleh terganggu, berkaitan juga dengan pemulihan sel pun turut terganggu. Maka jadilah kita nampak tua dari sepatutnya.

#5 ~ Mengabaikan Lemak dan Minyak

Masalah yang semua wanita tahu yang mereka tak sukakan LEMAK dan MINYAK. Tetapi mengelakkannya sama sekali adalah sangat tidak bagus untuk kulit kita. Kulit juga memerlukan minyak dan lemak untuk kekal sihat dan lembap berseri. Kulit kita sangat memerlukan asid lemak perlu seperti asid lemak Omega 3 dan Omega 6 untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Jadi jangan abaikan lemak dan minyak sama sekali ye kalau tak nak nampak tua dari sepatutnya.

Credit: *sumber*

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

5 Sebab Kenapa Nampak Tua Dari Sepatutnya
Tagged on:                         

One thought on “5 Sebab Kenapa Nampak Tua Dari Sepatutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge