10 Makanan Terbaik Ibu Mengandung | Memilih makanan terbaik ibu mengandung sangatlah penting untuk memastikan ibu sihat dan perkembangan janin juga sihat. Bukan itu sahaja, pemilihan makanan terbaik ibu mengandung juga membantu menghasilkan zuriat terbaik yang sihat fizikal dan mental serta berpotensi menjadi anak pintar.
10 Makanan Terbaik Ibu Mengandung
Cik Puan VK olah semula tentang apa yang dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat, Pakar Bidan dan Sakit Puan di laman facebooknya.
#1 ~ Telur
Telur mengandungi protein terbaik disamping 12 jenis vitamin dan mineral lain seperti zat besi, vitamin A. Sesetengan telur diperkaya dengan DHA dan Omega 3 yang baik serta penting untuk perkembangan otak dan mata. Telur juga mengandungi choline iaitu bahan penting untuk otak. Protein sangat penting untuk pembinaan sel-sel badan yang sihat dan organ janin dalam kandungan. Disarankan ambil 2 biji telur setiap hari tetapi pastikan betul-betul masak sebelum makan. Bimbang kalau jangkitan bakteria pula.
#2 ~ Ikan
Ikan juga merupakan sumber protein yang bagus. Ikan seperti salmon, tuna, mackeral mengandungi asid lemak Omega 3 dan DHA yang berperanan dalam pertumbuhan dan fungsi otak juga anggota tubuh janin. Ikan yang dimasak rebus/steam dengan halia, bawang, kunyit dan serai lebih baik dari digoreng kering.
#3 ~ Kekacang
Kacang-kacang seperti dall, soya, merah, hijau dan peas adalah makanan terbaik. Air kacang soya perlu diminum selalu dan juga produk soya dan tempe adalah baik dimakan.
#4 ~ Keledek Merah
Keledek merah ini sangat tinggi khasiatnya tetapi jarang-jarang diamalkan mungkin kerana kesukaran mendapatkannya. Selain mengandungi karbohidrat, ia juga sumber Vitamin A, asid folik dan serat yang baik.
#5 ~ Bijirin
Bijirin mengandungi banyak vitamin dan mineral. Makanan terbaik untuk ibu mengandung kerana mengandungi vitamin E, selenium, phytonutrien. Boleh diamalkan begitu sahaja atau mungkin boleh dijadikan bubur juga.
#6 ~ Sayuran dan buah-buahan pelbagai warna
Makan banyak buah-buah dan sayur-sayuran yang berwarna warni -merah, kuning,unggu, hijau dan lain-lain. Mengadungi pelbagai vitamin, logam, serat dan antioxidants untuk menangkis dari serangan penyakit. Tabiat ibu yang suka makan banyak buah khususnya dalam 3 bulan terakhir fasa kehamilan, akan membentuk kegemaran anak yang suka makan sayur serta buah-buah juga nanti.
#7 ~ Daging Merah dan Ayam
Daging merah dan ayam mengandungi protein yang tinggi, vitamin B12, dan zat besi, yang semuanya diperlukan oleh ibu hamil. Bayi yang banyak menerima vitamin B12 ketika masih berada dalam rahim akan lebih tenang dan tidak sering menangis.
#8 ~ Kacang-kacang (Nuts)
Kacang-kacangan dan biji-bijian, seperti almond dan buah kenari, sangat baik bila dikonsumsi ketika mengandung. Ini kerana jenis makanan tersebut mengandungi banyak serat, vitamin E dan magnesium. Boleh diamalkan bersama kismis atau kurma sebagai kudap-kudap.
#9 ~ Yogurt
Kandungan kalsium dan probiotik di dalam yogurt sangat penting untuk ibu mengandung. Yogurt juga sangat sesuai diamalkan untuk mengurangkan rasa loya bagi ibu-ibu yang mengalami mual-mual morning sickness.
#10 ~ Suplemen dan Vitamin
Mulakan amalan makan suplemen dan vitamin sebaik sahaja berkahwin dan terus menerus hingga akhir hayat.
Lepas bersalin dan waktu menyusukan makan double dose.
1. Multivitamins termasuk zat logam saperti iron dan folic acid.
2. Kalsium dengan vitamin D
3. Fish oil yang mengadungi omega3 dan DHA.
4. Vitamin C 500 mg hingga 1 GM setiap hari.
Amalkanlah makan-makanan terbaik ini mengikut kemapuan dan tidak berlebihan. Inshaa Allah ibu dan anak akan sihat dan anak yang lahir akan berpotensi menjadi pintar/genius.
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)