Vitamin Bantu Pulihkan Tulang Patah | Kali ini Cik Puan VK nak berkongsi testimoni saudara Muhammad Faiz tentang pengalaman beliau dengan ikhtiar pulihkan patah tulang bersama vitamin Shaklee. Credit untuk Supermom Shaklee Story (klik untuk cerita asal)

Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

testimoni tulang patah dan shaklee

“Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni. Semasa tu saya menunggang motosikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang). Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya.

Menurut doktor tulang belakang yang patah tu tulang yang no 2 seperti carta di atas. Doktor cakap akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. Tapi, ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa.

Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni.

Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. Dengan izinNya jua. Alhamdulillah…Menakjubkan!!

Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya..

Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.

Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor.

Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya.

Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.”

Apakah Vitamin Yang Membantu Pemulihan Tulang Patah?

Terdapat beberapa vitamin dan mineral yang boleh membantu proses pemulihan tulang patah. Menurut draxe.com senarai di bawah ini perlu diutamakan untuk membantu tulang patah bercantum kembali dengan cepat;

Kalsium ~ mineral utama untuk tulang adalah kalsium. Jadi harus memastikan pengambilan kalsium yang cukup setiap hari. Kalsium Shaklee ialah OSTEMATRIX

Protein ~ badan kita sangat memerlukan protein untuk membina tisu yang baru. Kalau tak ada protein, sel-sel baru memang tak dapat dibina menggantikan sel lama. Protein Shaklee ialah ESP

Vitamin C ~ sumber kolagen semulajadi dan juga merupakan komponen utama pada kulit dan tisu badan

Zink ~ juga penting sebagai minerals untuk menguatkan tulang dan dalam masa yang sama turut membantu proses pemulihan luka akibat taruma kecederaan.

Selain itu, asid lemak omega 3 juga sangat disarankan sebagai anti radang untuk membantu melegakan keradangan, mengurangkan kesakitan dan apa-apa kecederaan dalaman dan luaran. Omega 3 Shaklee ialah Omega Guard.

set tulang patah shaklee

P/S: testimoni di atas adalah pengalaman customer yang mungkin hasilnya berbeza pada setiap individu. Vitamin bukan bertujuan untuk menyembuhkan dan anda sangat digalakkan merujuk pakar kesihatan sekiranya mempuyai masalah yang berterusan.

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Vitamin Bantu Pulihkan Tulang Patah
Tagged on:         

4 thoughts on “Vitamin Bantu Pulihkan Tulang Patah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge