Rambut Gugur! Zink Sahaja Cukupkah Untuk Rambut Tumbuh Semula? | Masalah rambut gugur ini seringkali kita dengar kan? Bukan masalah seorang dua tapi hampir 8 dari 10 orang mengalami masalah rambut gugur ini. Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah keguguran rambut seperti persekitaran yang kotor, proses oksidatif, diet yang tak seimbang, hormon, faktor selepas bersalin dan bermacam-macam lagi.

sebab rambut gugur

Dan menyentuh kepada topik khusus “diet yang tak seimbang ini”, masalah rambut gugur juga sangat berkait rapat dengan kekurangan nutrisi.

rambut gugur

Zink Untuk Pertumbuhan Rambut Sihat

Zink merupakah salah satu mineral penting untuk rambut, kulit dan kuku yang sihat. Ramai pakar dermatologi mencadangkan zink untuk pertumbuhan rambut di samping menghalang keguguran rambut.

Suplemen zink yang baik untuk rambut gugur akan membantu membekalkan mineral yang baik, akan tetapi rambut juga memerlukan nutrisi lain seperti biotin, vitamin C dan zat besi untuk kekal sihat dan kuat. Dos yang dicadangkan untuk suplemen zink berkait masalah rambut gugur ialah 22 mg.

Ramai yang tanya Cik Puan VK;

“Zinc Complex sahaja cukupkah untuk masalah rambut gugur ni? Saya tak nak la makan banyak-banyak vitamin”

Hmmm… agak subjektif untuk Cik Puan VK nak menjawab kerana peranan vitamin hanyalah melengkapkan lompang-lompang nutrisi yang kurang. Dan setiap dari kita pun berbeza tahap kekurangan nutrisi ini bergantung kepada apa yang kita makan, bagaimana gaya hidup seharian kita.

Namun tak dinafikan, zink sangat memberi kesan yang baik kepada masalah rambut gugur dan banyak testimoni rambut kembali tumbuh lebat dan sihat dengan Zinc Complex dari Shaklee.

Bagaimana Zink Membantu Rambut Sihat?

Ramai pakar percaya, kekurangan zink boleh menyebabkan kurangnya struktur protein yang membentuk folikel rambut. Kelemahan folikel rambut ini pula menyebabkan akar rambut tidak kuat, maka rambut senang rosak dan gugur.

Hair-Loss-2

Zink juga dipercayai memainkan peranan penting dalam pembentukan sel DNA dan RNA, yang sangat penting dan diperlukan dalam sel-sel normal folikel rambut. Bahasa mudahnya, kalau sel DNA dan RNA cantik, makan sel-sel normal folikel rambut pun kuat dan rambut pun sihat, maka tiadalah masalah rambut gugur.

Zink juga boleh membantu mengekalkan paras hormon yang seimbang. Recall balik punca rambut gugur pun banyak dari hormon yang tak stabil kan?

Dan bonus lagi, ada juga kajian yang membuktikan diet kaya zink juga boleh membantu menyelesaikan masalah kelumumur di kulit kepala.

Credit *sumber*

zink untuk rambut gugur

Di Shaklee kami ada Zinc Complex yang mengandungi 15mg zink dalam setiap tablet. Antara testimoni Zinc Complex dan rambut gugur;

testimoni rambut gugur shaklee

Tetapi harus diingat, kekurangan nutrisi adalah sangat berbeza bagi setiap individu. Dapatkan konsultasi yang tepat dari pengedar anda.

Rambut Gugur Kembali Lebat

Vitamin Untuk Rambut Sihat

__________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Rambut Gugur! Zink Sahaja Cukupkah Untuk Rambut Tumbuh Semula?

One thought on “Rambut Gugur! Zink Sahaja Cukupkah Untuk Rambut Tumbuh Semula?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge