“Lebam Digigit Hantu” | Pernah tak anda bangun pagi dan dapati lebam-lebam di bahagian badan. Tak ada terlanggar apa-apa pun. Dulu-dulu pernah juga la Cik Puan VK kena. Bila tanya mak, dijawabnya “alaaa tak ada apa-apa la tu.. lebam digigit hantu je.. nanti baik sendiri”
What? Tak ada apa-apa? Cuma lebam digigit hantu? Apa hal hantu gigit? Hantu dari mana dan kenapa pulak mak boleh relaks je dah anak dara dia kena gigit hantu kan? Aduh, persoalan yang memang mengelirukan. Lagi pulak hantu tu gigit nak buat apa?
Apa Itu Lebam?
Lebam sebenarnya berlaku apabila kulit di badan kita terdapat pengumpulan darah. Ini terjadi apabila saluran darah kecil yang dipanggil kapilari pecah di bawah kulit. Pengumpulan darah ini akan memberikan warna merah, biru kuning dan seterusnya akan hilang selepas dua minggu.
Ia juga dikenali sebagai ecchymosis, di mana ia sering berlaku apabila ada kecederaan trauma akibat terlanggar benda yang keras. Sebagai contoh, anak kecil bermain dengan kawan-kawannya dan terhantuk sesama sendiri. Salur darah kecil yang terdapat di bawah kulit akan pecah dan darah berkumpul di situ. Ini menyebabkan kawasan itu bengkak dan berwarna merah.
Akan tetapi menurut kajian Advanced Nutrition: Macronutrients, Micronutrients and Metabolism, punca utama lebam yang kerap terjadi adalah berpunca dari kekurangan nutrisi samada satu atau beberapa vitamin. Selalu juga kita tengok golongan berusia yang paling kerap “lebam digigit hantu” ni kerana kekurangan diet seimbang, kulit mereka juga semakin nipis, dan saluran darah yang semakin lemah sejajar dengan pertambahan usia.
Lebam Digigit Hantu? Sebenarnya Lebam Disebabkan Kekurangan Nutrisi
Apa yang kita makan, mempengaruhi kesihatan kita. Begitu juga halnya dengan lebam-lebam yang sering terjadi. Kajian telah membuktikan masalah yang terjadi sebenarnya tiada kena mengena dengan “digigit hantu” (mungkin ada situasi tertertu ianya benar), tetapi disebabkan badan kita kekurangan vitamin.
Kekurangan Vitamin C
Vitamin C, atau asid askorbik, adalah nutrien yang diperlukan secara menyeluruh dalam badan untuk pengeluaran kolagen, meningkatkan imun dan aktiviti antioksidan. Kolagen sangat perlu bagi penyenggaraan tisu penghubung dan pembaikan, terutama untuk dinding saluran darah. Vitamin C juga merupakan antioksidan yang kuat yang menghapuskan radikal bebas berbahaya, yang dianggap menjadi penyebab utama penuaan dan degenerasi tisu, termasuk saluran darah. Kekurangan vitamin C yang mild boleh menyebabkan terjadinya lebam-lebam pada kulit yang kerap, sakit sendi, imuniti menurun dan risiko penyakit kardiovaskular meningkat (sumber “Human Biochemistry and Disease”)
Akan tetapi kekurangan yang teruk vitamin C pada badan boleh mengakibatkan skurvi iaitu penyakit gusi berdarah, kemerosotan fungsi saluran darah, rambut, kuku dan gigi senang luruh, juga boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk iaitu kegagalan jantung.
Kekurangan Vitamin K
Vitamin K diperlukan sebagai kofaktor untuk enzim yang penting untuk lata pembekuan berlaku. Pembekuan adalah satu proses untuk menghentikan aliran darah dengan membentuk darah beku, yang sangat penting untuk proses penyembuhan kecederaan. Kekurangan vitamin K boleh meningkatkan risiko pendarahan yang tidak terkawal dan lebam besar jika kapilari lemah atau rosak. Menurut “Vitamins: Fundamental Aspects in Nutrition and Health,” kekurangan vitamin K ini selalunya cenderung atau lebih biasa terjadi kepada kanak-kanak.
Selain lebam besar yang sering terjadi, kekurangan vitamin K juga boleh meningkatkan risiko hidung berdarah, gusi berdarah, kencing berdarah, darah lambat beku yang boleh menyebabkan proses penyembuhan luka lambat baik. Wanita yang kekurangan vitamin K pula cenderung mengalami haid yang banyak.
Kekurangan Vitamin B9 dan B12
Walaupun tidak sebiasa masalah kekurangan vitamin C dan vitamin K, kekurangan vitamin B9 dan B12 juga boleh mengakibatkan lebam-lebam tanpa sebab.
Kekurangan B9 dan B12 membawa kepada peningkatan tahap homocysteine dalam darah yang merosakkan dinding salur darah dan juga turut merosakkan pembaikan DNA. Apabila pembuluh darah rosak, risiko resapan darah juga turut meningkat dan mudah terjadi lebam-lebam apabila kapilari darah pecah.
Sumber: Livestrong, Dr Zubaidi
Haaa.. rasa-rasa betul ke lebam digigit hantu yang kita alami selama ini? Sesapa yang mengalami yang sama, jom semak diet harian kita. Kita ubah diet kita jom. Kalau yang nak berikhtiar dengan Vitamin C tu, pastikan pilihan anda yang berflavonoids ye. Vitamin C Shaklee berflavanoids tau 🙂
In people with low vitamin C intake, increasing vitamin C has been found to reduce bruising. Taking vitamin C along with bioflavonoids is recommended, as they may improve vitamin C’s effectiveness and absorption. As reported by the University of Michigan Health System:
“…Reduce your tendency to bruise by taking a daily combination of at least 400 mg of vitamin C and 400 mg of flavonoids” ~mercola.com
Pun begitu, tidak dinafikan terdapat juga “makhluk lain” yang sentiasa cuba mengganggu kehidupan harian kita. Ada baiknya juga kita bentengkan diri dengan amalan-amalan zikir harian. Semoga Allah memelihara kita semua. Amin
__________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
kebanyakan masalah atau apa2 saja perkara yg berlaku nie ada penjelasan saintifik dia…bagus kalau tak terlalu taksub dgn “dunia makhluk halus” dll sebab kadang2 penyelesaiannya memang mudah je. 😉
Oja Samid recently posted…Lemak Yang Baik Untuk Kesihatan Wanita
Betul.. Dan banyak mitos2 auta ni memang pening kalau nak fikir ?
kita kan tahu semua penyakit datangnya dari Allah……dan setiap penyakit ada ubatnya.. .sebab tu lah ada doktor dan ada tok bomah