Kualiti Sperma Rendah Penyebab Keguguran? | Selalunya bila terjadi keguguran, seringkali wanita yang dikaitkan sebagai penyebab. Yang biasa kita dengar “rahim tak kuat” atau “hormon tak stabil” atau “ada masalah dalaman seperti fibroid atau cyst” atau bermacam-macam lagi penyebab keguguran yang berpunca dari masalah wanita.
Kualiti Sperma Rendah Penyebab Keguguran
Cik Puan VK ada terbaca status facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang salah satu faktor penyebab keguguran juga adalah dari kualiti sperma yang rendah.
“Pemeriksaan air mani adalah pemeriksaan yang dilakukan bagi menentukan tahap kesuburan seorang lelaki. Ibarat menanam pokok, sungguhpun tanah yang subur dicampakkan benih yang tidak berkualiti, benih itu hanya akan hidup beberapa hari dan kemudian akan mati.
Sperma yang rendah kualitinya selalunya akan menghamilkan isteri, tetapi akan keguguran sebelum mencapai 10 minggu. Ini kerana janin yang dihasilkan adalah kualiti rendah dan mudah gugur. Jika ia selamat dilahirkan, kemungkinan akan mengalami kecacatan fizikal atau masalah genetik yang lain”
Kualiti Sperma Yang Rendah
Setiap 90 hari, lelaki menghasilkan kelompok baru sperma dan kualiti sperma boleh berbeza-beza dari segi morfologi, motilitas dan jumlah sperma. Itulah sebabnya ia tidak cukup kuat untuk bergantung kepada hanya satu hasil daripada analisis sperma kerana kualiti dan kuantiti mungkin bergantung kepada gaya hidup dan diet manusia itu dari bulan sebelumnya. Ia juga perlu diambil perhatian bahawa ubat-ubatan, tahap tekanan, demam dan selesema boleh memberi kesan kepada kualiti sperma.
Sperma menjalani pelbagai peringkat pembangunan, termasuk belajar bagaimana untuk berenang. Apabila mereka akhirnya dilepaskan, perjalanan ke persenyawaan bermula.
Sperma yang berjaya memenangi ovum akan disenyawakan tetapi seperti kata Dr Zubaidi “yang kualiti rendah akan tetap menghamilkan isteri” tetapi berdepan dengan risiko keguguran yang besar.
Credit: Sumber
Kajian yang dijalankan oleh Carrell et al, yang disiarkan dalam edisi Jun 2003 Obstetrik dan Ginekologi, mengkaji hubungan antara sperma tidak normal dan keguguran berulang. Pasangan telah dipilih dari kalangan mereka yang telah mengalami keguguran sekurang-kurangnya 3 kali pada usia kandungan kurang 20 minggu.
Kajian ini mendapati bahawa pasangan ini motilitas spermanya adalah rendah, peratusan sperma normal juga rendah dan peratusan sperma rendah kualiti adalah sangat banyak.
Sumber kajian *bella online*
Meningkatkan Kualiti Sperma
Agak sukar sebenarnya menentukan kualiti sperma dan tahap kesuburan seorang lelaki kerana sangat subjektif berbanding wanita. Wanita semakin kurang subur selari dengan pertambahan usia ke arah menopos. Tetapi lelaki sangat berbeza dan hanya boleh ditentukan dengan ujian air mani. Ramai juga yang mampu menjadi ayah di usia 70 tahun tetapi ramai juga yang mempunyai masalah kesuburan walaupun seawal usia 30 tahun.
Kualiti sperma yang sihat datangnya dari lelaki yang sihat, amalkan pemakanan yang sihat, gaya hidup yang sihat, dan sentiasa positif dalam kehidupan. Sekiranya anda pernah mengalami keguguran, bukan ini masanya mencari salah siapa dan saranan terbaik adalah mendapatkan konsultasi yang sesuai dari pakar kesuburan.
Sekiranya anda mahu berikhtiar dengan suplemen Shaklee, kami ada Zinc Complex, Omega Guard (Omega 3), Vitamin E (juga mengandungi Selenium), Cinch Tea (green tea), dan ESP (L-carnitine).
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink
Bukan hanya disebabkan rahim, tetapi sperma juga menyumbang kepada penyebab keguguran kan
Noriza Rahman recently posted…Awet Muda dan Sihat di Usia Emas
Betul tu. Byk sebab sebenarnya.. Dari suami.. Dari isteri.. Dan dari persekitaran juga..
Kena check both sides juga kan bila cerita tentang TTC nie.. masyarakat cenderung nak blame wanita aje..
arnie recently posted…Pengalaman Bercuti Ke Italy Dengan Trip Percuma Shaklee