Ais Untuk Mekap Tahan Lebih Lama | Semalam masa tengah scroll instagram, ada Cik Puan VK ternampak satu tips bersolek ni yang dikongsi oleh seseorang, sumber asalnya dari #kerjakahwin kalau tak silap sebab nampak ada hashtag di situ.

image

“Basuh muka dengan ais sebelum bersolek untuk membuatkan solekan lebih tahan lama”

Waaahh.. ilmu baru sangat ni. Sayangnya Cik Puan VK dah kawen dah.. hahahaha… kalau tak boleh la nak apply kan šŸ˜›

Ais Untuk Mekap Tahan Lebih Lama

Menarik sangat tips bersolek ni, tetapi Cik Puan VK ni teringin sangatlah nak tahu apa yang buatkan ais tu boleh dijadikan agen long lasting makeup ni? Bagaimana agaknya ais ni tolong mekap tahan lebih lama di muka pengantin? Eh, kita-kita yang dah jadi pengantin lama ni pun boleh sangat nak apply. Kalau keluar dinner ke, ada function ke, boleh aje nak apply tips bersolek ni. Jimatla mekap kita kan? Tak ada la kejap-kejap nak ke ladies nak topup bedak dan foundation ^_*

mekap tahan lama dengan ais

Pakar solek Gunjan Gaur dari ALS beuty clinic pun ada menyarankan supaya menggosok kiub ais pada keseluruhan kulit muka sebelum pakai mekap. Manfaatnya, ais ini membantu menutup liang roma yang terbuka di samping boleh membantu kulit muka kurang berpeluh sepanjang hari. Ā (Sumber : The Health Site)

Hmmm.. bila saya baca-baca lagi, rupanya ramai juga makeup artist kita yang guna cara ini juga terutamanya bila didapati bakal pengantin atau yang nak disolek tu mempunyai masalah kulit berminyak dan cepat berpeluh. Bila disapu ais sehingga kulit muka kebas, kelenjar-kelenjar mintak dan peluh akan menjadi kurang aktif di samping pori-pori mengecut dan kulit muka jadi smooth. Sapuan ais ni boleh membantu melancarkan proses mekap dan mengurangkan minyak pada kulit muka. Jadi bila ambil gambar pun tak ada la berkilat-kilat jadinya.

Lagi satu, tips ni boleh juga kita lakukan pada bibir ye untuk mengekalkan gincu kekal lebih lama. Jadi tak perlulah pakai yang waterproof semata-mata. Yang waterbased pun boleh tahan lama kalau kena gayanya.

Tips solekan yang sangat best. nanti Cik Puan VK pun nak cuba. Selama ni sejak guna Enfuselle Balancing Moisturizer, memang dah boleh rasa kulit dah kurang berminyak dan kalau sapu bedak pun tahan lama sikit. Tak apa, mana yang baik kita boleh je cuba apply kan?

“Atasi Kulit Berminyak Dengan Mudah”

“Kecilkan Liang Pori Muka”

“Rahsia Kulit Kembali Remaja”

Anda mahu mendapatkan Enfuselle Balancing Moisturizer?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini denganĀ menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan penggunaan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

__________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee diĀ yanavitaminkita@gmail.comĀ atau boleh hantarkan sms/whatsapp keĀ 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Ais Untuk Mekap Tahan Lebih Lama

One thought on “Ais Untuk Mekap Tahan Lebih Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge