Vitamin Bukan Pengganti Ubat | Sehari dua ni ramai yang cari vitamin untuk masalah kesihatan yang serius seperti darah tinggi, buah pinggang, kencing manis, dan satu dua lagi masalah kesihatan yang agak serius. Dan dalam ramai-ramai tu, ada juga yang bertanya;
“Dah ambil vitamin ni jadi saya tak perlu la makan ubat yang doktor bagi kan?”
Okeh.. Cik Puan VK agak terkedu juga sebab ramai yang menyangka vitamin dan ubat ini sama tetapi hakikatnya sangat berbeza sama sekali. VITAMIN BUKAN PENGGANTI UBAT. Sekiranya kita dibawah pengawasan ubat dari pihak doktor, pengambilan vitamin masih boleh diteruskan (kecuali doktor tidak membenarkan) tetapi dalam masa yang sama, ubat doktor juga haruslah diteruskan.
Vitamin Bukan Pengganti Ubat.
Ada 2 fakta penting yang Cik Puan VK nak kongsikan tentang beza vitamin dan ubat
#1 ~ Ubat PERLU diambil untuk MERAWAT penyakit
#2 ~ Vitamin BOLEH diambil bila-bila masa sebelum sakit untuk MENCEGAH PUNCA penyakit.
Beza kan? Banyak penyakit berpunca dari kekurangan nutrisi tetapi tak ada penyakit terjadi disebabkan kekurangan ubat. Contoh paling mudah kalau kita demam, kita ambil paracetamol untuk merawat demam, tetapi bukanlah bermakna demam disebabkan kekurangan paracetamol dalam badan.
Berbeza sekiranya kita ikhtiar mengamalkan vitamin sebelum demam, kita berusaha melengkapkan lompong-lompong nutrisi yang tidak cukup dalam badan kita. Vitamin atau suplemen mengandungi nutrisi (vitamin dan minerals) yang perlu untuk sel-sel badan berfungsi dengan baik. Sistem imun pun bertambah kuat dan seteruskan boleh membantu badan sihat dan bertenaga.
Kekurangan nutrisi dalam badan boleh mengganggu fungsi sel dengan baik dan badan pun mudah jadi tak sihat.

Contoh sebaliknya pula kalau kita kerap kena selesema itu tandanya badan kita kurang Vitamin C atau mungkin juga sistem imun kita kurang aktif. Jadi, kita cegah punca selesema dengan mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari secara konsisten dan boleh juga sekali sekala ambil Nutriferon untuk mengaktifkan interferon badan.
Begitulah konsep sebenarnya. Vitamin BUKAN pengganti ubat. Sebarang masalah kesihatan yang kritikal atau serius perlu diteruskan pengambilan ubatnya. Dan in shaa Allah, semakin lama mungkin boleh dikurangkan dose nya sekiranya masalah kesihatan itu semakin beransur baik. Tidak dinafikan ikhtiar dengan vitamin dan suplemen juga boleh mambantu kesihatan yang lebih baik apabila punca penyakit itu sudah dapat diatasi.
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Vitamin untuk individu yang sihat, dan kekal sihat, hihi…
arnie recently posted…7 Tips Mengepam Susu Ketika Melancong Tanpa Baby
betul, vitamin boleh makan bila bila masa, ubat di makan masa sakit je 🙂
Ikhwan recently posted…Melawat Rumah Yang Nak Dibeli
ubat untuk dimakan mas sakit je 🙂
Sync recently posted…Peperiksaan Online Penguasa Kastam
Padat info Cik Puan VK 😉
nur razali recently posted…Suami Buatkan Air Selusuh
Terima kasih ?