Kitaran Haid: Apa Yang Kita Patut Tahu? | Perkongsian hari ni macam agak simple je. Tapi dalam pada hal simple macam ni pun ramai juga yang keliru nak memahami kitaran haid sendiri dan seterusnya nak tahu bila waktu subur yang sebenarnya.

Pentingkah? Penting sangat bagi yang nak merancang kehamilan. Merancang untuk menambah bilangan anak atau juga merancang untuk tidak hamil.

Jadi, kat sini Cik Puan VK share sedikit ye apa yang basic tentang kitaran haid kita.

Adakah Kitaran Haid Kita Normal?

kitaran haid normal

Kitaran haid yang normal dan teratur ialah yang mempunyai kitaran antara 21 hingga 35 hari. Kebanyakan dari kita mempunyai kitaran haid sekitar 28 hingga 30 hari. Dan teratur bermaksud tetap setiap kitaran. Contohnya, setiap bulan mempunyai kitaran 28 hari atau berbeza sehari dua sahaja.

Bagaimana Menentukan Kitaran Haid?

Pengiraan kitaran haid bermula atau dikira dari hari pertaman haid sehingga hari terakhir sebelum haid yang seterusnya.

kira kitaran haid

Contoh;

Hari pertama haid ialah 1hb April

Haid seterusnya ialah pada 28hb April

Jadi kitaran haid anda ialah 27 hari.

Kebiasaannya doktor menyarankan kita mencatat kitaran haid kita sekurang-kurangnya untuk 6 bulan terdahulu supaya mudah untuk menentukan kiraan purata kitaran haid.

Anda boleh juga cuba kalkulator ini (klik) untuk mengira kitaran haid anda

Bilakah LMP anda? (Last menstrual period)

last menstrual period

LMP yang dimaksudkan ialah hari pertama anda datang haid pada kitaran yang terakhir. Sebagai contoh, anda datang haid 13hb Jan dan berakhir 17hb Jan. Kemudian anda langsung tidak datang haid sehingga 2 bulan berikutnya. Jadi LMP anda ialah 13hb Januari.

Berapa lama tempoh haid normal anda?

Ini pula ialah pengiraan haid pada hari pertama sehingga bersih. Ramai yang salah faham tempoh haid ini adalah tempoh di mana darah pekat yang keluar sahaja.

Purata temph haid normal adalah sekitar 4-7 hari.

“GLA Complex Atasi Haid Tidak Teratur”

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Kitaran Haid: Apa Yang Kita Patut Tahu?
Tagged on:             

3 thoughts on “Kitaran Haid: Apa Yang Kita Patut Tahu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge