Salam Maal Hijrah 1437H | Pejam celik dah sampai tahun baru Islam sekali lagi. Rasanya baru je kita sambut tahun baru 1436H, tup-tup dah “hijah” lagi.. Hari ini 14hb Oktober 2105 bersamaan dengan 1 Muharram 1437H. Salam maal hijrah 1437H buat semua kawan-kawan Cik Puan VK.

maal hijrah 1437 (tema)

Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

Itulah tema sambutan maal hijrah tahun ini. Hijrah itu transformasi.. dan untuk merealisasikan satu transformasi yang berjaya, kita semua memerlukan perpaduan.

Azam Baru, Maal Hijrah 1437H

Tahun Masihi pasti disambut dengan azam dan semangat yang baru, cita-cita yang penuh bervisi, sama juga halnya dengan tahun Hijrah. Semoga keazaman kita untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada diri sendiri, ummah, demi menjadikan Islam agama yang terulung dan dihormati.

Apa azam tahun baru kawan-kawan semua? Jom kita ambil peluang sambutan maal hijrah ini untuk kita sama-sama “hijrah” diri ke arah yang lebih gemilang. Rugilah kalau sambutan setiap tahun ini sekadar sambutan semata-mata tanpa ada perubahan untuk kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dan baiki diri kita untuk jadi yang lebih baik. In shaa Allah.

Salam Maal Hijrah dari saya dan seluruh team Victorious Krew dan Vitamin Kita (VK) kepada anda semua. Semoga ketibaan tahun baru ini akan menjadikan kita ummah yang lebih hebat dan sentiasa “berhijrah” dan mentransformasikan minda kita ke arah yang lebih positif dalam dunia yang serba mencabar ini.

Salam Sayang,

___________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Salam Maal Hijrah 1437H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge