Legakan Senggugut Dengan Lecithin | Senggugut atau “period pain” ni seringkali menyerang kaum wanita terutamanya waktu datang bulan. Otot-otot rahim kejang dan boleh buat satu badan rasa sakit. Bukan sesuatu yang pelik kalau ramai yang terpaksa ambil “cuti sakit” bila senggugut menyerang.

Selalunya kalau masalah senggugut ni, ramai yang cari GLA Complex kerana dah memang sangat sinonim dengan fungsi utamanya mengatur sistem badan yang betul.

Tapi agak “baru” untuk Cik Puan VK hari ini kerana dapat testimoni Lecithin Shaklee boleh legakan senggugut! Waahh.. sangat teruja.

lecithin legakan senggugut

Bagaimana Senggugut Berlaku?

Senggugut berlaku apabila hormon estrogen dan progesteron berkurang di dalam badan sebaik sahaja sebelum haid datang. Dinding rahim menguncup dengan kuat. Proses ini akan mengeluarkan ketulan darah haid atau darah kotor bersama-sama tisu daripada selaput endometrium. Penguncupan rahim dengan kuat adalah disebabkan kehadiran hormon ‘prostaglandin’ dan sangat mempengaruhi emosi dan psikologi seseorang wanita. Hormon ini lah yang menyebabkan semua gejala haid seperti sakit pada bahagian ari-ari, mual, pening dan lenguh-lenguh berlaku. Secara kesimpulannya, kes-kes senggugut dan simptom PMS adalah semuanya berpunca dari HORMON.

legakan senggugut
Senggugut ~ Boleh buat satu badan sakit dan boleh juga akibatkan demam.

Bagaimana Lecithin Membantu Legakan Senggugut?

Lecithin adalah sebahagian daripada unsur yang mengelilingi fiber saraf tunjang otak. Kekurangan lecithin akan menyebabkan operasi sistem terganggu. Jadi, dipercayai pengambilan lecithin yang mencukupi mampu mengurangkan rasa “sakit” (signal ke otak) termasuklah senggugut atau PMS.

Menurut www.periodmakeover.com pula, kolesterol adalah punca utama kestabilan hormon. Sekiranya paras kolesterol sihat, maka hormon badan pun akan turut stabil dan cantik. Begitu juga sebaliknya, kolesterol yang tinggi selalu berkait dengan hormon yang tak stabil dan kacau bilau.

Lecithin terbukti boleh meningkatkan fungsi hati dan hempedu yang lebih baik. Apabila hati melakukan “tugasnya” menyingkirkan toksin dari badan, secara langsungnya juga menyingkirkan hormon berlebihan di dalam badan.

Lagi info menarik tentang lecithin dan kolesterol di sini

Lechithin Shaklee

Oooo.. gitu rupanya ya. Banyak sangatlah fungsi dan kebaikan lecithin ni sebenarnya. Hari tu Cik Puan VK dah teruja dah dengan testimoni Lecithin dan kesan kulit cantik, hari ni dapat ilmu baru lagi. Terima kasih buat cik adik manis yang sudi berkongsi dengan Cik Puan VK.

Tetapi, testimoni Lecithin ini mungkin berbeza dengan setiap individu. Sebab suplemen ini semua adalah pelengkap nutrisi badan kita yang kurang, bukan bertujuan untuk mengubati. Tetapi kebaikan Lecithin ini memang tidak dapat disangkal lagi. Tak salah kan kalau kita berikhtiar?

lecithin legakan senggugut 2

“Lecithin untuk Kesihatan dan Kecantikan”

Bagaimana mahu mendapatkan Lecithin Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Legakan Senggugut Dengan Lecithin
Tagged on:             

2 thoughts on “Legakan Senggugut Dengan Lecithin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge