Legakan Batuk Dengan HaliaĀ | Halia.. memang banyak sangat manfaat kepada kesihatan. Ya, halia yang kita guna hampir setiap hari untuk memasak tu sebenarnya mempunyai banyak kebaikan kepada tubuh badan kita. Home remedies gitu.

Halia ~ halia serbuk dan halia yang telah dipotong
Halia ~ halia serbuk dan halia yang telah dipotong

Salah satunya adalah rahsia halia untuk legakan batuk. Cik Puan VK cerita pasal halia untuk legakan batuk sahaja ye kat sini. Tapi bukan bermakna tiada manfaat yang lain, cuma lebih fokus kepada legakan batuk sahaja.

Halia Legakan Batuk

Untuk Cik Puan VK sendiri pun sangatlah tak suka ubat batuk. Bukan sahaja mengantuk, tapi buat dada semakin sakit, boleh tambah lagi dengan sesak nafas, penat sebab batuk lagi kuat, pening, macam kesannya lagi “teruk” untuk diri saya (kesan mungkin berbeza kepada setiap orang). Jadi, rajinlah sedikit saya mencari alternatif bagaimana nak legakan batuk ni secara semulajadi selain dari mencuba madu dan limau. Tak salahkan kita cari banyak-banyak cara, nanti boleh cuba ikut apa yang ada dalam rumah šŸ™‚

batuk teruk
Batuk teruk boleh menyebabkan dada sakit, tegang otot, dan ketidak selesaan hampir keseluruhan badan

Menurut “The Encyclopedia of Medicinal Plants”, halia yang berasal dari India ini adalah salah satu herba yang sangat kuat dan berkesan sebagai penawar jangkitan dan kerengsaan. Ia juga bermanfaat sebagai pemanas badan dan pembersih terutamanya pada sistem penghadaman dan pernafasan kita. Best kan?

Halia Sebagai Ubat Tahan Sakit Semulajadi

Halia adalah analgesik semulajadi — penahan sakit (pain killer) — yang boleh melegakan kesakitan dan kerengsaan juga masalah sakit tekak. Bermula dari masalah sakit tekak, gatal-gatal kerongkong dan kerengsaan inilah yang selalunya menjadi penyebab utama terjadinya batuk. Banyak juga sumber-sumber yang membuat kesimpulan makan halia mentah, atau minum jus halia, atau minum teh halia mampu membantu melegakan batuk dan merawat kerongkong secara perlahan-lahan sebelum batuk pulih sepenuhnya.

Halia Legakan Batuk Dengan “Bersihkan” Sistem Pernafasan

Halia berkerja keras pada sistem respiratori kita dengan membantu proses pembersihan dan penyembuhan. Halia ni sifatnya agak “panas” dan kelebihan ini sangat-sangat membantu menghapuskan lendir dari paru-paru yang menjadi punca batuk. Minum air halia boleh melegakan tekak dan paru-paru, menyokong sistem imun dan mengeluarkan lendir.

Minum teh halia, atau menyapu dada dan bahagian belakang badan dengan minyak halia juga salah satu cara untuk melegakan batuk. Halia juga boleh membantu merelakskan otot yang selalu jadi “stress” bila kita batuk dengan kuat.

teh halia legakan batuk

Ada juga yang mencadangkan mandi dan berendam dengan air halia. dengan cara merendamkan halia yang dah diketuk separa hancur ke dalam air panas, sebelum digunakan air itu untuk mandi atau berendam. Dipercayai wap air halia ini juga mampu melegakan batuk dan melancarkan sistem pernafasan serta menguluarkan mukus dari paru-paru.

Credit: Sumber

Khasiat halia selain legakan batuk
Khasiat halia selain legakan batuk

Macam best je kan? Untuk Cik Puan VK yang sentiasa sibuk (konon-konon) ni, berikhtiar dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee sahajala.

peppermint ginger plus

Ramuan pudina dan halia dalam satu tablet sangat-sangat membantu legakan batuk Cik Puan VK.

Peppermint, an herb widely used to treat coughs and other cold symptoms, contains menthol, which thins mucus and helps loosen it from your lungs. The University of Maryland Medical Center recommends using peppermint to treat wet and dry coughs at home. For the best results, make a soothing peppermint tea. drink up to three cups daily when plagued with a cough. ~ Livestrong.com

Peppermint mengandungi menthol yang memberi sensasi “sejuk dingin” yang berupaya mencairkan kahak atau mukus serta membantu proses pengeluarannya lebih mudah. Sebab itu gabungan pudina dan halia dalam Peppermint Ginger Plus ini sangat berkesan untuk saya legakan batuk.

Mudah sahaja, saya bancuh teh dan letakkan 2 tablet dalam teko. Sedia diminum bila-bila masa sahaja. Kalau tak batuk pun sangat sedap minum teh pudina halia ni sebab boleh bantu buang angin dari badan dan elakkan saya rasa bloated juga. Lagi satu, baik untuk sistem pencernaan dan penghadaman. Saya suka sangat!

Anda mahu mendapatkan Peppermint Ginger Plus Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini denganĀ menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee diĀ yanavitaminkita@gmail.comĀ atau boleh hantarkan sms/whatsapp keĀ 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Khasiat Halia Legakan Batuk

4 thoughts on “Khasiat Halia Legakan Batuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge