Kenapa Bulu Mata Gugur? Ada Yang Rindu? | Pernah tak dengar macam ni? Selalu sangat kan kalau bulu mata gugur je, mesti kaitannya dengan “ada yang merindui”. Tapi bagaimana pula bulu mata kita ni tau bila ada yang rindu? Apa kaitan pula “akar” bulu mata tiba-tiba jadi “tak kuat” bila ada yang merindu. Hihihi… Sorry Cik Puan VK suka fikir macam-macam tambah-tambah kalau sesuatu yang dirasakan tidak logik. 🙂

bulu mata gugur

Kenapa Bulu Mata Gugur?

Tahukah kita semua bahawa bulu mata kita ini juga melalui pertumbuhan setiap hari macam rambut kita. Dianggarkan bulu mata kita ini boleh memanjang sehingga 0.15 mm setiap hari. Setiap helai bulu mata kita ini juga mempunyai jangka hayat sekitar 5 hingga 6 bulan maksimum, sebelum gugur. Dan akan tumbuh bulu mata yang lain pula dalam masa 8 hingga 10 minggu.

Jeng-jeng-jeng.. Jadi, yang selalu sangat gugur bulu mata tu tak boleh la nak fefeeling sangat kan? Hahahaha.. Cik Puan VK la tu suka perasan bila bulu mata jatuh ;p

Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Bulu Mata Gugur

Secara normalnya, seperti yang saya explain di atas bahawa bulu mata kita ini mempunyai jangka hayat sehingga 5 atau 6 bulan sebelum gugur. Namun begitu, terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan bulu mata gugur sebelum tempoh maksimum jangka hayatnya. Mungkin kita perlu dapatkan rawatan yang sepatutnya sekiranya bulu mata jatuh terlalu banyak dan hilang kekal (madarosis).

Ada beberapa faktor yang menyebabkan bulu mata gugur terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan madarosis.

#1 ~ Blepharitis

Blepharitis adalah keradangan kelopak mata dan bulu mata folikel, yang boleh menyebabkan kemerahan, gatal-gatal, dan kerengsaaan, dan mungkin dalam beberapa kes membawa kepada bulu mata gugur. Blepharitis mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara, termasuk alahan, jangkitan parasit, atau jangkitan bakteria.

#2 ~ Meibomian Gland Disfungsi

Satu bentuk posterior blepharitis yang memberi kesan bengkak pada kelenjar air mata di sekitar kelopak mata.

#3 ~ Demodex blepharitis

Demodex adalah pelbagai hama parasit yang tinggal di folikel rambut manusia dan mamalia lain. Dalam beberapa kes, kehadiran hama ini boleh menyebabkan kerengsaan, dan apabila kita menggosok atau menggaru di kerengsaan ini boleh membawa kepada bulu mata gugur. Walau bagaimanapun situasi ini sangat jarang-jarang berlaku.

faktor bulu mata gugur

Keadaan dermatologi yang boleh menyebabkan madarosis:

  • Dermatitis atopik gangguan alahan
  • Dermatitis atau gangguan kulit yang lain
  • Keradangan
  • Rosacea jerawat
  • Psoriasis
  • Ekzema

Sebab-sebab lain madarosis:

  • Tiroid / hormon tidak normal / ketidakseimbangan
  • Alopecia, satu keadaan yang menyebabkan rambut gugur
  • Karsinoma
  • Trauma
  • Trichotillomania – keterlaluan, keinginan kompulsif menarik rambut keluar (ini tidak terhad kepada bulu mata)

*Sumber*

Ok..faham. Jadi adalah tidak benar sama sekali bulu mata gugur ini dikaitkan dengan kes rindu merindu kan?

Dan sangat-sangatlah disarankan sesiapa yang mempunyai masalah bulu mata gugur terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan hilang kekal ini membuat pemeriksaan pakar perubatan yang sepatutnya. Patutlah Cik Puan VK pernah mempunyai kawan yang mengalami masalah kesihatan tiroid, selalu nampak bulu matanya gugur. Ada kaitan rupanya.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak bermanfaat untuk semua.

___________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Kenapa Bulu Mata Gugur? Ada Yang Rindu?
Tagged on:     

4 thoughts on “Kenapa Bulu Mata Gugur? Ada Yang Rindu?

Leave a Reply to arnie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge