Cara Turunkan Paras Estrogen Lelaki | Macam terkejut pula kan bila sebut “estrogen lelaki” sebab hormon estrogen ini terlalu sinonim dengan wanita.

Walaupun estrogen kebanyakannya dikaitkan dengan wanita, lelaki juga menghasilkan jumlah estrogen yang kecil. Sebanyak 8% daripada testosteron yang dihasilkan lelaki akan bertukar menjadi estrogen.

Perbezaan testosterone dan estrogen
Perbezaan testosterone dan estrogen

Bahayakah Paras Estrogen Yang Tiggi Pada Lelaki?

Penghasilan hormon estrogen yang berlebihan pada lelaki boleh menyebabkan;

  • buah dada membesar
  • lemak berlebihan di perut / buncit / boroi
  • masalah lemah eraksi
  • kedinginan seksual
  • jerawat
  • mood tidak menentu
  • kenaikan berat badan
  • masalah penyakit tiroid
  • metabolisma yang rendah
  • cepat penat
  • mudah lupa
  • insomnia atau susah tidur malam
  • masalah pembesaran prostat

estrogen tinggi bagi lelaki

Paras estrogen yang meningkat juga seringkali berkait dengan masalah alahan, penyakit gangguan autoimmune, pembekuan darah (salur darah tersumbat), masalah kesuburan, dan beberapa jenis kanser organ pembiakan, strok juga serangan jantung.

Makanan Yang Boleh Turunkan Paras Estrogen

Lelaki yang berkemungkinan mendominasi estrogen ini haruslah menitik beratkan pengambilan diet yang boleh membantu meningkatkan penghasilan testosteron, dan dalam masa yang sama boleh membantu turunkan paras estrogen.

Estrogen disingkirkan dari badan melalui pembuangan najis, tetapi sekiranya penghadaman bermasalah dan makanan yang dimakan masih tertinggal di dalam kolon, estrogen akan diserap kembali ke dalam tubuh. Jadi, pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti celery, epal, buah beri, oat, kekacang dan juga bijirin dipercayai mampu menyerap estrogen dan disingkirkan melalui perkumuhan.

Hati pula akan bekerja menapis darah yang mengandungi estrogen yang berlebihan. Makan yang boleh membantu hati bekerja dengan sempurna adalah bawang merah, bawang putih, dan kuning telur, lemon, limau, sayur bayam, dan juga sayuran hijau.

Golongan ini juga disaran untuk TIDAK mengambil karbohidrat dan lemak dalam satu masa di samping mengurangkan pengambilan gula dalam diet seharian.

Ambil makanan seimbang dalam anggaran 30-35 gram protein, lemak yang sihat, dan sekurang-kurangnya 5 saiz hidangan sayur-sayuran setiap hari.

Elakkan Xenoestrogens

Cuba untuk mengurangkan pendedahan bahan kimia yang mengandungi xenoestrogen, seperti racun perosak, racun herba, baja kimia, pembersih rumah, detergen dobi dan bahan kimia sintetik yang digunakan dalam pemprosesan makanan, farmaseutikal, plastik dan kosmetik, termasuk cologne lelaki.

Sentiasa Bersenam

Senaman ringkas tetapi berterusan boleh membantu mengurangkan lemak-lemak di perut (gejala tinggi estrogen) dan dalam masa yang sama boleh mengekalkan stamina juga.

Vitamin Untuk Turunkan Paras Estrogen Lelaki

Sesetengah makanan tambahan sangat berkesan untuk meningkatkan paras testosteron dan dalam masa yang sama juga membantu turunkan paras estrogen lelaki. Yang paling banyak memainkan perasan ialah Vitamin E dan Zink.

Tetapi dalam pemilihan Vitamin E haruslah sedikit berhati-hati kerana terdapat 2 jenis vitamin E sebagai suplemen iaitu Tocopheryl yang mengandungi estrogen dan satu lagi adalah Tocopherol yang tidak mengandungi estrogen. Sudah tentu yang tidak mengandungi estrogen yang terbaik untuk masalah ini. Jadi pilih TOCOPHEROL.

Kekurangan zink dalam badan boleh menyebabkan lemahnya sistem imun badan, penurunan jisim badan, dan penurunan juga dalam paras hormon testosteron. Zink berperanan membantu sistesis testosteron. Tetapi pengambilan zink juga tidak seharusnya terlalu berlebihan kerana boleh mengganggu peranan copper dan zat besi. Saranan pengambilan harian memadai dengan 15 mg atau maksimum 40 mg sahaja, mengikut saranan Food and Nutrition Board.

Credit *sumber asal*

Nak Cuba Suplemen Shaklee?

Vitamin E kami adalah TOCOPHEROL dan diperkaya dengan selenium serta ektrak biji anggur.

Zinc Complex kami pula membekalkan 15 mg zink dalam 1 tablet.

___________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Cara Turunkan Paras Estrogen Lelaki
Tagged on:             

4 thoughts on “Cara Turunkan Paras Estrogen Lelaki

Leave a Reply to Yana VitaminKita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge