Ambil Multivitamin Selepas Makan Atau Sebelum Makan? | Ramai yang utarakan persoalan ni sebenarnya. Tambah-tambah lagi multivitamin ni antara vitamin yang paling ramai orang makan. Ada yang cakap kalau makan waktu perut kosong, penyerapan lebih cepat. Tapi ada juga yang cakap lebih baik selepas makan kerana enzim dalam makanan boleh bantu serapan lebih baik.

Jom Cik Puan VK share sedikit ye kat sini.

ambil multivitamin bila?

Ambil Multivitamin Selepas Makan atau Sebelum Makan?

Kandungan multivitamin setiap brand pun berbeza-beza, jadi pengambilannya juga mungkin turut berbeza. Sangat susah nak menentukan cara terbaik pengambilan multivitamin ini samada selepas makan atau sebelum makan. Tetapi secara umumnya, kebanyakan pengeluar multivitamin menyarankan ambil multivitamin selepas makan kerana boleh membantu elakkan rasa tidak selesa pada perut. Tapi bukan itu sahaja alasan sebenarnya, ambil multivitamin selepas makan atau pada masa perut sedang penuh juga memastikan penyerapan nutrien yang lebih bagus. Apabila kita mengambil multivitamin dengan hidangan tertentu, ia boleh membantu bekalan nutrien lebihan seperti dari vitamin larut air tidak disimpan di dalam badan.

Kebanyakan multivitamin juga mengandungi minerals, jadi langkah berhati-hati perlu diambil kira kalau multivitamin yang kita makan itu ada mengandungi zat besi seperti Vitalea Shaklee kerana tidak bersesuaian diambil bersama-sama sesetengah jenis makanan atau minuman.

Penyerapan dan Pencernaan Maksima

Apabila kita ambil multivitamin selepas makan, makanan di dalam usus akan meningkatkan asid perut, yang meningkatkan pencernaan multivitamin tersebut. Sesetengah makanan seperti protein, lemak, dan karbohidrat kompleks akan memperlahankan pergerakan (penyerapan) multivitamin melalui saluran penghadapan. Jadi, tentunya badan kita boleh menyerap lebih banyak nutrien kan? Vitamin larut air iaitu vitamin B dan vitamin C akan melalui sistem penghadaman dengan cepat untuk penyerapan optimum semasa perut kita kosong. Tetapi, vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E, dan K tidak akan diserap atau dicerna tanpa asid hempedu. Sebab itulah ianya memerlukan kehadiran makanan yang mengandungi lemak untuk mencetuskan asid hempedu.

Kurangkan Loya dan Ketidak Selesaan Perut

loya dan pening ambil multivitamin

Ambil multivitamin sebelum makan boleh menyebabkan loya, sakit perut, rasa nak muntah atau juga boleh menybabkan cirit-birit. Biasanya kandungan tembaga (copper) dan zat besi dalam multivitamin yang selalu menyababkan kesan sedemikian. Begitu juga kesannya kalau multivitamin yang kita makan itu mengandungi vitamin berasid seperti vitamin C dan vitamin B3.  Vitamin dan mineral dalam multivitamin datang dalam dos yang sangat besar, walaupun kurang berasid tetap boleh memberi kesan sebegitu juga, seperti vitamin A dan E. Oleh itu, kita perlu sentiasa mengambil multivitamin dengan makanan.

Credit : Sumber asal

Elakkan Makanan Ini Sekiranya Multivitamin Mengandungi zat Besi

Jadi kalau kandungannya ada zat besi seperti MultiVitamin Shaklee Vitalea, sangatlah disarankan ambil multivitamin selepas makan walaupun dalam kadar yang sedikit. Tetapi perlu berhati-hati kerana ada sesetengah makanan boleh menghalang penyerapan zat besi.

  • elakkan ambil multivitamin mengandungi zat besi bersama susu atau minuman berkafein kerana boleh mengganggu penyerapan zat besi
  • elakkan ambil multivitamin mengandungi zat besi bersama makanan berserat tinggi sepertu sayuran, bijirin dan kekacang ~ juga boleh mengganggu penyerapan zat besi
  • sangat disarankan mengambil multivitamin mengandungi zat besi bersama-sama vitamin C kerana sangat membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif
multivitamin shaklee

Anda mahu mendapatkan Multivitamin Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Ambil Multivitamin Selepas Makan Atau Sebelum Makan?
Tagged on:     

One thought on “Ambil Multivitamin Selepas Makan Atau Sebelum Makan?

Leave a Reply to Oja Samid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge