Tips Penjagaan Kulit Muka Ketika Jerebu | Jerebu datang lagi! Dah macam bermusim dah jerebu kat Malaysia ni. Ala-ala winter gitu. Datang pula bukan sekejap-sekejap. Mahu dua tiga minggu juga.

Perasan tak kulit muka kita pun dah teruk sangat. Kering, gatal-gatal, liang tersumbat, naik jerawat juga, bintik hitam dan ada yang dah jadi merah-merah (radang), walaupun amalan rutin penjagaan kulit muka tu tetap sama tak berubah pun.

penjagaan kulit muka jerebu

Kenapa Kulit Muka Bermasalah Ketika Jerebu

Jerebu ialah pencemaran udara yang disebabkan oleh kehadiran zarah-zarah halus yang terapung di dalam udara. Tau tak macam-macam yang ada dalam jerebu tu. Bahan-bahan partikel terampai seperti habuk, kotoran, abu, asap, bahan kimia seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon, nitrik oksida dan hidrokarbon.

Bayangkan kalau dah terhinggap kat kulit muka, apa yang jadi? Betul kita pakai mask tapi hanya menutupi sebahagian muka kita kan? Selebihnya, yang terdedah tu apa yang jadi? Aduuhh, naik stress Cik Puan VK fikir bab ni. Dah la kesihatan berisiko diserang masalah pernafasan, kulit pun dah mula bermasalah. **sedih!**

Hasil googling, Cik Puan VK ada la terjumpa few tips dari pakar aesthetic, Dr Georgia Lee dan Dr Low Chai Ling dari Singapura tentang penjagaan kulit muka ketika jerebu ini.

#1 ~ Makan Makanan Berkhasiat

Pemilihan makanan yang kaya sumber nutrien untuk kuatkan sistem pertahanan badan. Apatah lagi semasa menghadapi bacaan IPU tinggi dan semakin meningkat. Kita boleh membina imuniti (dengan makan) makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran, kerana ini akan membantu memuatkan kulit dengan antioksidan penting. Pastikan kita makan kekacang, kerana ia mengandungi vitamin E, dan akhir sekali, makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.

Asid lemak omega 3 mempunyai sifat antiradang yang sangat membantu mengurangkan masalah kulit kesan dari jerebu dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

makanan sihat semasa jerebu

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, mungkin boleh mengurangkan pengambilan makanan manis seperti kek, atau bijirin yang mempunyai indeks glisemik tinggi. Diet tinggi glisemik indeks boleh membawa kepada rintangan insulin (sel-sel tidak sensitif terhadap kesan insulin). Jadi, insulin yang lebih tinggi diperlukan untuk hormon insulin bertindak dengan baik di dalam badan. Tapi, kesannya hormon androgen juga turut meningkat yang selalunya jadi penyebab masalah jerawat.

Yang paling penting, minum air secukupnya untuk memastikan badan dan kulit kekal hidrat.

#2 ~ Membersih dan Melembapkan Muka Dengan Baik

Jerebu yang mengandungi bahan-bahan kotor melekat pada muka. Ini pun kita panggil radikal bebas juga ni. Bila dah lama sangat melekat pada kulit muka, itulah yang jadi penuaan pra-matang atau TUA SEBELUM WAKTU. Kulit jadi cepat kedut, kusam, tompok hitam dan bermacam-macam lagi kesan yang tidak sihat pada kulit.

Dr Lee mencadangkan menggunakan makeup remover atau penanggal mekap yang bukan berasaskan minyak, untuk menyingkirkan segala macam kotoran melekat ni sebelum kita mencuci muka. Makeup remover untuk yang tak bermekap? Penting juga tau, untuk memastikan kulit kita benar-benar bersih sebelum guna pencuci muka. Tapi jangan pula sampai berlebih-lebih pula cuciannya.

Macam mana nak tahu kita dah terlebih cuci kulit muka kita? Bila dah jadi tegang semacam, dan rasa kering gitu. Tu maknanya habis lembapan semulajadi yang patutnya ditinggalkan pada kulit muka, turut disingkirkan sekali.

Pelembap jangan dilupa pula. Pelembap yang baik bukan sahaja menghidrat kulit kita, tetapi ia juga mengunci (tinggalkan kesan positif) kebaikan daripada produk penjagaan kulit yang kita gunakan, serta mewujudkan sebuah “tembok” di antara kulit dan kekotoran dari alam sekitar.

#3 ~ Hentikan Penggunaan Skrub

Seperti yang kita tahu, kotoran-kotoran ni melekat pada kulit dan ada yang memasuki liang-liang kulit muka, jadi menggosok kulit muka kita sangatlah tidak wajar. Elakkan menggunakan pencuci yang agak kasar dan toner yang berasaskan alkohol kerana boleh menyebabkan kulit muka kita bertambah kering dan menghilangkan kelembapan semulajadi kulit.

Dr Lee juga berpesan untuk elakkan penggunaan produk yang mengandungi alpha hidroksil acids (AHA) dan juga exfoliants adapalene dan tretinions kerana bahan-bahan ini boleh membuat kulit kita lebih sensitif kepada bahan pencemaran. Tapi malangnya, produk-produk yang ada sekarang memang mengandungi bahan-bahan ni. Jadi, apa kata kali ini semak dulu kandungan bahan pencuci muka, toner dan krim pelembap kita.

tips penjagaan kulit muka ketika jerebu
Membersihkan muka juga merupakan salah satu tips penjagaan kulit muka ketika jerebu

Ok. Alang-alang dah tau tips penjagaan kulit muka ketika jerebu ni, Cik Puan VK nak semak la apa yang Cik Puan VK kena make sure tak boleh culas > Vitamin C + Vitamin E + Omega Guard, ok checked!

Dan makeup remover Cik Puan VK ada NutriWhite Gentle Action Makeup Remover. Ada kandungan istimewa dari ekstrak pokok bic yang mampu menanggalkan kotoran serta sel-sel kulit mati dengan lembut. Bukan itu je, Whitehead dan blackhead pun boleh hilang.

Cleanser pun Cik Puan VK pakai Nutriwhite Gentle Action Deep Foaming Cleanser. Superb sangat resultnya kulit memang boleh rasa beza lembutnya. Dan pastinya ianya BUKAN berasaskan minyak.

set penjagaan muka shaklee

__________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Tips Penjagaan Kulit Muka Ketika Jerebu
Tagged on:

6 thoughts on “Tips Penjagaan Kulit Muka Ketika Jerebu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge