Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang | Cuti sekolah dah dekat, cuti raya haji pun dah dekat. Ramai yang ambil peluang bercuti kan? Tapi ramai yang rasa leceh nak bercuti bersama bayi sebab rasa renyah lebih-lebih lagi nak bawa bayi naik kapal terbang. Tambah-tambah lagi kalau bayi tu umur bawah 6 bulan. Fragile.

Cik Puan VK pun baru balik bercuti dan bawa bayi naik kapal terbang juga. Jadi molek sangat kalau Cik Puan VK share pengalaman peribadi kat sini ye.

tips bawa bayi naik kapal terbang1
Gambar ihsan google ~ Bawa bayi naik kapal terbang jadi mudah bila tau tips dan caranya

Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang

Anak Cik Puan VK masih di bawah umur 6 bulan lagi. Jadi perkongsian  ini pun lebih kepada tips bawa bayi naik kapal terbang yang masih menyusu badan sepenuhnya tanpa makanan pejal lagi ye.

#1 ~ Pilih waktu penerbangan yang sesuai

Biasanya kita tahu dan faham waktu tidur dan waktu jaga anak-anak kita. Sebaik-baiknya pilih waktu penerbangan yang sama waktu dengan masa tidurnya. Ini sangat-sangat saya ambil kira sebagai tips yang paling penting untuk mengelakkan baby meragam dalam perjalanan. Bila dia tidur semasa penerbangan, ibu pun boleh rest dan tidur sama kan? *_^

#2 ~ Pilih tempat duduk di dalam pesawat

Sebab baby masih menyusu badan, sesuai pilih tempat duduk yang selesa di tepi tingkap. Jauh dari pandangan orang lain dan lebih mudah untuk menyusukan bayi. Kalau bayi anda senang terganggu dan mudah merasa tidak selesa, mungkin anda patut pilih tempat duduk yang senang untuk anda bangun dan berjalan-jalan menenangkan baby.

#3 ~ Pilih pakaian yang sesuai dan mudah

Untuk ibu, pilih pakaian yang senang untuk menyusukan bayi. Sesuai juga bawa nursing cover atau pashmina untuk lindungi dari pandangan awam semasa menyusu. Selain tu sesuai juga jadikan selimut bila baby dah tidur,

Untuk bayi pula, pilih pakaian yang senang dibuka untuk menukar lampin dan selesa di dalam pesawat yang suhunya agak sejuk.

bayi naik kapal terbang
Pashmina (purple) yang digunakan sebagai nursing cover dan juga selimut baby

#4 ~ Bawa stroller dan carrier

Kalau kita bawa stroller, orang tau kita ada baby. Jadi nak checkin pun senang. Tapi stroller tu nanti kena check-in juga. Lebih mudah bawa SCC sekali untuk dukung baby sepanjang perjalanan ke gate berlepas.

#5 ~ Tukar lampin siap

Sebelum penerbangan, cek lampin baby. Kalau boleh, tak penuh pun tukar je yang baru. Bagi bayi selesa sepanjang penerbangan.

#6 ~ Bawa handcarry lengkap keperluan bayi

Saya biasa letak dalam handbag sahaja. Cuma keperluan emergency seperti pampers, sepasang baju persalinan, tuala kecil, selimut (saya gunakan pashmina yang sama digunakan untuk nursing cover juga), cream baby, dan tisu basah. Itu sahaja. Cuma yang penting sahaja.

bawa bayi naik kapal terbang
Carrier untuk memudahkan kendong bayi dari check-in counter ke gate berlepas. Dan bag kecil yang diisi segala kemudahan bayi semasa penerbangan.

#7 ~ Tutup telinga bayi

Semasa take-off dan landing, perubahan tekanan boleh menyebabkan bayi menangis kerana tidak selesa. Tutup telinga bayi anda atau paling mudah distract dia dengan menyusukan sepanjang take-off dan landing. Bila dia menelan susu, tekanan yang dirasai pada telinga juga berkurangan.

Jadi yang merancang nak bercuti tetapi memikirnya agak leceh sebab ada bayi, mungkin boleh mencuba tips bawa bayi naik kapal terbang ini. In shaa Allah, semoga sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan sekalian.

Saya nak tambah 2 tips tambahan kalau baby dah boleh makan makanan pejal, atau yang dah berumur 6 bulan ke atas. Mungkin anda boleh apply tips ini juga

  • main dengan baby anda sampai penat sebelum berlepas ~ bila dia penat, dia senang untuk tidur dalam penerbangan nanti.
  • pastikan baby kenyang ~ bagi baby anda makan sebelum berlepas, dan bawalah biskut bersama dalam penerbangan.

Selamat bercuti!

__________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang
Tagged on:

6 thoughts on “Tips Bawa Bayi Naik Kapal Terbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge