Sembelit Ketika Pantang | Sembelit ketika pantang adalah masalah biasa yang dihadapi ramai wanita. Kalau sebelum bersalin atau sewaktu hamil kita langsung tidak mengalami masalah sembelit ini, jangan pula panik kalau tiba-tiba kena sembelit ketika pantang.

Kenapa Sembelit Ketika Pantang?
#1 ~ Tidak Selesa
Mungkin perkara biasa tidak membuang air besar untuk sehari dua yang pertama selepas bersalin. Ada yang rasa tidak selesa menggunakan tandas hospital, dan ramai yang lebih risau sekiranya jahitan episiotomi terbuka dan menyebabkan infection pula.
#2 ~ Diet Tak Seimbang
Selain itu, diet yang tidak seimbang juga menjadi faktor penyebab sembelit ketika pantang. Selalu kan ibu-ibu pantang ni makan nasi kering dan lauk-lauk kering sahaja. Buah dan sayur yang berserat tak ambil sebab takut “sejuk” yang boleh sebabkan bentan. Tak ada serat, sembelit pula kesannya.
#3 ~ Hormon
Hormon kehamilan yang masih ada di peringkat awal selepas bersalin juga boleh menyebabkan sembelit ketika pantang. Hormon progesteron yang tinggi boleh menyebabkan sembelit dan memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda.
#4 ~ Ubat
Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa. Pengambilan zat besi atau ubat antidepresi juga boleh menyebabkan sembelit bagi sesetengah orang.
Bagaimana Nak Atasi Sembelit Ketika Pantang?
Anda mungkin boleh mencuba beberapa petua di sini bagi mencegah dan mengurangkan sembelit:
- Jangan mengabaikan resa yang dirasai, walaupun anda rasa risau dan tak selesa. Lebih lama anda bertangguh, lebih tinggi risiko sembelit ketika pantang yang bakal dihadapi
- Ikhtiarkan makan makanan-makanan berserat tinggi seperti bijirin tulen dan roti, beras perang, buah segar dan sayur setiap hari. Banyak juga sebenarnya sayur dan buah yang selamat diambil ketika pantang.

- Minum banyak air. Amalkan juga mengambil satu gelas jus setiap hari. Jus prun sangat-sangat membantu melancarkan pembuangan.
- Bangun dan buat pergerakan dengan berjalan-jalan sedikit. Boleh jadi agak menyakitkan pada mulanya terutamanya untuk ibu-ibu yang bersalin czer kan. Tetapi pergerakan ringkas ini sangat -sangat membantu usus yang aktif.
- Boleh juga berikhtiar dengan ubat pelembut najis. Tetapi tidak boleh bergantung dengan bantuan ini terlalu lama. Biasanya pihak hospital pun cuma membenarkan pengambilan untuk satu minggu sahaja.
Cara Yang Lebih Mudah Mungkin Anda Boleh Berikhtiar Dengan OSTEMATRIX.
Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium yang sinomin untuk kesihatan tulang tetapi juga mengandungi magnesium yang sangat bagus untuk sistem perkumuhan. Memang superb kuasa lawasnya.
Magnesium meningkatkan air dalam usus yang membantu memulakan peristalsis (menggerakan kotoran melalui usus anda). Peristalsis juga menolak makanan ke dalam perut.
Magnesium melegakan otot-otot di dalam usus — ini membantu untuk mewujudkan irama yang lebih lancar yang membantu menghilangkan sembelit.
Magnesium juga menarik air — jumlah ini meningkat air di dalam kolon berfungsi untuk melembutkan najis, membantu menjadikan najis lebih mudah untuk dikeluarkan dan dengan itu mengelakkan sembelit.
Baca di sini untuk info yang lebih lanjut
“Bagaimana Ostematrix Membantu Lebih Lawas”
“Tips Berpantang Sendiri”
Nak dapatkan Ostematrix?
Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.
__________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Ni kes lama dah masa bersalin anak sulung, memang seksa nak ‘membuang’
Noriza Rahman recently posted…Ibu Menyusukan Bayi Risau Tidak Datang Haid ?
Best sangat OsteMatrix nie! Langsung takde problem sembelit masa pregnant & dlm pantang, lepas amalkan ostematrix…
arnie recently posted…10 Kebaikan Minum Air Lemon