Nak Putihkan Kulit. Vitamin C Boleh? | Selalu tak dengar soalan ni? Dah jadi trend sekarang ni ramai yang nak putihkan kulit. Sampai ada yang terlalu obses nak result yang serta merta paling kurang pun 3 hari! Ish, sel kulit baru pun berganti selepas 21 hari… Owh, boleh ke sebenarnya putihkan kulit? Sejauh mana benar? Sekiranya kita dari genetik yang berkulit sawo matang, atau hitam manis, masih ada peluang ke untuk bertukar kepada kulit yang putih berseri?

How to lighten your body skin

Nak jadi cerita, ramai pula adik-adik yang bertanya

“Vitamin C boleh bagi putihkan kulit, kan kak?”

Cik Puan VK pun rasa teruja nak mencari informasi yang best, jadi Cik Puan VK share sini la ye apa yang dijumpai tentang vitamin C yang memainkan banyak sangat peranan untuk kulit.

Fakta Tentang Pigmentasi Kulit

Untuk memahami bagaimana vitamin bekerja pada kulit kita, ada baiknya kita faham sedikit tentang pigmentasi kulit ini.

melanin-the-color-code-of-the-skin-bioskinrejuvenation

  • warna kulit datangnya dari pigmen yang dipanggil melanin. Pigmen ini terhasil dari melanocytes iaitu jenis sel yang berada jauh pada dasar kulit kita
  • melanocytes berfungsi untuk menukarkan asid amino tyrosine kepada melanin
  • pigmen ini akan dihantar ke lapisan atas kulit di mana ianya disimpan
  • lebih banyak melanin terhasil, lebih gelap tone kulit kita
  • terdapat 2 jenis melanin, satu yang agak kekuningan Pheomelanin, dan satu lagi yang lebih gelap Eumelanin
  • aktiviti melanocytes boleh meningkat dah lebih aktif disebabkan beberapa faktor seperti terdedah kepada cahaya uv matahari, hormon yang tak seimbang, pengambilan ubat, radang, asap rokok, radikal bebas dan juga proses oksidatif

Peranan Vitamin C Putihkan Kulit

Produk-produk putihkan kulit ini bekerja dengan cara memperlahankan pengeluaran melanin. Begitu juga dengan Vitamin C

  • Vitamin C bertindak sebagai anti-oksidan yang menentang radikal bebas yang menyebabkan kulit cepat tua dan semakin gelap. Vitamin C juga meningkatkan paras glutathione dan Vitamin E dalam badan kita. Haa.. dua-dua ni sangat-sangatlah dikenali sebagai antioksidan yang bagus. Glutathione yang terhasil akan merangsang penghasilan Pheomelanin yang lebih cerah berbanding penghasilan melanin Eumelanin.
  • sapuan Vitamin C pada kulit juga telah dibukti melalui beberapa penyelidikan bahawa mampu membaiki kulit yang rosak disebabkan pendedahan cayaha matahari
  • Vitamin C juga berupaya menanggalkan sel-sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat

Manfaat Vitamin C Putihkan Kulit

Bukan sekadar mencerahkan kulit dan memutihkan kulit sahaja, Vitamin C juga memainkan peranan yang sangat besar untuk kulit yang sihat dan cantik

  • Vitamin C adalah penting untuk sintesis kolagen. Kolagen adalah bahagian yang penting dalam kulit yang memberikan keanjalan dan menjadikan ia kelihatan muda dan tegang. Vitamin C memberitahu badan untuk menghasilkan lebih banyak kolagen. Ia juga merupakan ko-faktor yang penting dalam pengeluaran kolagen.
  • Vitamin C melawan kesan kemerahan dan keradangan pada kulit.
  • Vitamin C adalah penting dalam penyembuhan luka. Ia membantu untuk menjaga dinding saluran darah dan kapilari sentiasa kuat dan utuh. Ia merangsang pengeluaran kolagen baru dalam luka. Vitamin C juga melindungi luka daripada jangkitan bakteria dan kotoran luaran.

Tingkatkan Vitamin C Dalam Diet Anda

Makan makanan yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk meningkatkan tahap Vitamin C dalam badan anda. Buah-buahan seperti jambu batu, betik, kiwi, oren, laici, strawberi dan nenas kaya dengan Vitamin C.

sumber vitamin c

Anda juga boleh mengambil jus buah-buahan semula jadi. Sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C termasuk lada, brokoli, kubis, pucuk brussel, kacang salji, kubis, kubis bunga, kale, tomato dan kentang.

Perlu diingat bahawa haba yang berlebihan dalam masakan boleh memusnahkan Vitamin C.

*Sumber asal*

Cara paling mudah, mungkin anda boleh mencuba suplemen Vitamin C. Ada yang berjaya putihkan kulit dengan vitamin c tak? Meh saya kongsikan.

putihkan kulit dengan vitamin c 1
Credit pic : Cheq Nik Jual Vitamin

putihkan kulit dengan vitamin c 2

putihkan kulit dengan vitamin c 3

putihkan kulit dengan vitamin c 4

putihkan kulit dengan vitamin c 5

putihkan kulit dengan vitamin c 6

Anda mahu mendapatkan Vitamin C?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian. 

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Nak Putihkan Kulit. Vitamin C Boleh?
Tagged on:     

11 thoughts on “Nak Putihkan Kulit. Vitamin C Boleh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge