Jenis-jenis Gemuk | Kawan-kawan perasan tak, kalau kita gemuk (bagi siapa yang senang naik badan), mesti ada bahagian feveret lemak berkumpul kan? Selalu sangat dengar kawan-kawan cakap;

“Macamana nak kurus ni? Berat naik banyak tapi tak nampak sangat sebab lemak berkumpul kat paha. Dah jadi drumstik dah ni”

Cik Puan VK pun jumpa satu artikel dari laman web www.naturalhealthcareforyou.com tentang jenis-jenis gemuk atau jenis-jenis obesiti dan tanda kenapa lemak berkumpul pada tempat tertentu sahaja.

lemak bekumpul
Agaknya kenapa lemak berkumpul di perut? Jenis gemuk apa ni?

Jenis-Jenis Gemuk

Ada 6 jenis gemuk dan sebab menyumbang kepada lemak berkumpul pada sesuatu tempat. Ini bergantung kepada gaya hidup seseorang itu serta cadangan untuk mengurangkan lemak berkumpul itu.

Ok, nak mudah faham, kita refer gambar ni ye

jenis gemuk dan lemak berkumpul

#1 ~ Jenis ni paling banyak di dunia. Lemak berkumpul di bahagian atas badan dari leher hingga ke perut. Masalah perut buncit pun banyak dari kumpulan ini. Ianya berlaku disebabkan pengambilan makanan dan gula yang berlebihan.

Nak kurangkan lemak berkumpul? Ubah diet anda dengan mengurangkan jumlah makanan, kurangkan pengambilan gula dan bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit.

#2 ~ Ini jenis gemuk disebabkan oleh tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Orang yang mengalaminya mempunyai amalan pengambilan gula yang banyak. Perkara terbaik untuk dilakukan ialah mengawal tekanan anda dan membuangnya dengan aktiviti fizikal.

#3 ~ Ini jenis gemuk yang paling biasa di kalangan wanita menopaus dan wanita dengan ketidak seimbangan hormon. Dipanggil gemuk gluten dan lemak berkumpul di bahagian punggung ke paha. Elakkan duduk terlalu lama, merokok dan mengambil alkohol (haram bagi orang Islam). Sangat digalakkan mengamalkan senaman angkat berat.

#4 ~ Lemak berkumpul di bahagian perut sahaja. Ini disebut jenis gemuk metabolik. Selalu dikaitkan dengan amalan minum arak, orang yang mempunyai masalah psikoligi dan masalah pernafasan.

#5 ~ Jenis gemuk ini adalah disebabkan oleh peredaran darah. Ini kebanyakannya diwarisi secara genetik obesiti. Ia berlaku semasa mengandung dan pada orang yang mengalami kaki bengkak. Penyelesaiannya adalah sentiasa lakukan senaman ringan dan mudah seperti berjalan dan menaiki tangga.

#6 ~ Ini pula jenis gemuk hasil dari gaya hidup yang dah tak aktif. Selalunya terjadi kepada mereka yang aktif bersukan atau atlit sebelum ini. Kunci untuk menghapuskan lemak ini adalah jangan berlapar ataupun jangan biarkan perut kosong. Makanlah ikut waktu yang betul kerana badan boleh mempercepatkan metabolisme dan membakar lemak dengan cepat.

Anda yang mana satu? Harapnya perkongsian ini boleh membantu kita semua faham jenis gemuk dan tahu kenapa lemak berkumpul hanya pada tempat tertentu sahaja. Jadi, bolehlah kita ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat selepas ini. Semoga bermanfaat!

__________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Jenis-Jenis Gemuk. Tanda Kenapa Lemak Berkumpul
Tagged on:     

6 thoughts on “Jenis-Jenis Gemuk. Tanda Kenapa Lemak Berkumpul

Leave a Reply to Yana VitaminKita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge