Jenis-jenis Gemuk | Kawan-kawan perasan tak, kalau kita gemuk (bagi siapa yang senang naik badan), mesti ada bahagian feveret lemak berkumpul kan? Selalu sangat dengar kawan-kawan cakap;
“Macamana nak kurus ni? Berat naik banyak tapi tak nampak sangat sebab lemak berkumpul kat paha. Dah jadi drumstik dah ni”
Cik Puan VK pun jumpa satu artikel dari laman web www.naturalhealthcareforyou.com tentang jenis-jenis gemuk atau jenis-jenis obesiti dan tanda kenapa lemak berkumpul pada tempat tertentu sahaja.

Jenis-Jenis Gemuk
Ada 6 jenis gemuk dan sebab menyumbang kepada lemak berkumpul pada sesuatu tempat. Ini bergantung kepada gaya hidup seseorang itu serta cadangan untuk mengurangkan lemak berkumpul itu.
Ok, nak mudah faham, kita refer gambar ni ye
#1 ~ Jenis ni paling banyak di dunia. Lemak berkumpul di bahagian atas badan dari leher hingga ke perut. Masalah perut buncit pun banyak dari kumpulan ini. Ianya berlaku disebabkan pengambilan makanan dan gula yang berlebihan.
Nak kurangkan lemak berkumpul? Ubah diet anda dengan mengurangkan jumlah makanan, kurangkan pengambilan gula dan bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit.
#2 ~ Ini jenis gemuk disebabkan oleh tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Orang yang mengalaminya mempunyai amalan pengambilan gula yang banyak. Perkara terbaik untuk dilakukan ialah mengawal tekanan anda dan membuangnya dengan aktiviti fizikal.
#3 ~ Ini jenis gemuk yang paling biasa di kalangan wanita menopaus dan wanita dengan ketidak seimbangan hormon. Dipanggil gemuk gluten dan lemak berkumpul di bahagian punggung ke paha. Elakkan duduk terlalu lama, merokok dan mengambil alkohol (haram bagi orang Islam). Sangat digalakkan mengamalkan senaman angkat berat.
#4 ~ Lemak berkumpul di bahagian perut sahaja. Ini disebut jenis gemuk metabolik. Selalu dikaitkan dengan amalan minum arak, orang yang mempunyai masalah psikoligi dan masalah pernafasan.
#5 ~ Jenis gemuk ini adalah disebabkan oleh peredaran darah. Ini kebanyakannya diwarisi secara genetik obesiti. Ia berlaku semasa mengandung dan pada orang yang mengalami kaki bengkak. Penyelesaiannya adalah sentiasa lakukan senaman ringan dan mudah seperti berjalan dan menaiki tangga.
#6 ~ Ini pula jenis gemuk hasil dari gaya hidup yang dah tak aktif. Selalunya terjadi kepada mereka yang aktif bersukan atau atlit sebelum ini. Kunci untuk menghapuskan lemak ini adalah jangan berlapar ataupun jangan biarkan perut kosong. Makanlah ikut waktu yang betul kerana badan boleh mempercepatkan metabolisme dan membakar lemak dengan cepat.
Anda yang mana satu? Harapnya perkongsian ini boleh membantu kita semua faham jenis gemuk dan tahu kenapa lemak berkumpul hanya pada tempat tertentu sahaja. Jadi, bolehlah kita ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat selepas ini. Semoga bermanfaat!
__________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
good sharing yana~~ barulah ai tauuuuuu …^_^
Oja Samid recently posted…Bagaimana Makanan Kita Boleh Atasi Masalah Kulit Kering?
Tak tau nak cakap gemuk kategori yang mana…hahaha
Noriza Rahman recently posted…Makanan Mengandungi Asid Amino Tryptophan Membantu Tidur Nyenyak ?
ha’ah.. tak tahu gemuk kategori mana sebab gemok di semua bahagian.. hahahahaa.. :p
blogwalking ke sini dari group FB Kelab Blogger..
nice entry.. salam kenal.. 🙂
DRAMATIC UNIQ recently posted…HariSukanNegara 10.10.15 | Sudahkah Anda Bersedia ?
Sama kot kita ni ?
Macam 3-4-5 aje… *tutup muka*
arnie recently posted…Clearance Sale Vitamin E Shaklee Beli 2 Diskaun 50%
Pingback: Rahsia Perut Kempis, Seluar Semakin Kecil - Vitamin Kita