Tips Mudah Hilangkan Urat Simpul Dengan Bawang Putih | Sapa pernah kena urat simpul? Cik Puan VK dulu selalu kena. Boleh nampak urat timbul terutamanya kat bahagian bawah betis ni. Lepas tu lama dah tak perasan ada ke tak ada sampailah seorang customer Cik Puan VK kontek bertanya;

“Kak Yana, nak hilangkan urat simpul nak ambil apa ye?”

Zass.. flashback gitu terus Cik Puan VK tengok bawah betis sendiri “eh eh dah tak ada la…sejak bila ye? jeng jeng jeng..” 🙂

Apa Itu Urat Simpul

Urat simpul ni kalau bahasa perubatan panggil vena varikos atau disebut varicose veins.

urat simpul

Pakar Bedah Am dan Vaskular, Dr. Tan Kong Hean berkata, urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Urat simpul ini banyak berlaku kepada wanita tetapi lelaki pun tidak terkecuali juga.

Kesan Urat Simpul

Walaupun banyak kes biasa urat simpul ini tidak menyakitkan, tetapi ada juga kesan yang mungkin boleh didapati sekiranya urat simpul atau vena varikos ini semakin membesar. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan, keletihan, keresahan, berdenyut, kebas-kebas, atau berat di kaki. Kemunculan urat membonjol juga menjadi perhatian untuk ramai orang.

Faktor Terjadinya Urat Simpul

Faktor-faktor biasa yang menyumbang kepada vena varikos adalah;

  • keturunan
  • pekerjaan yang memerlukan banyak berdiri
  • obesiti
  • penggunaan pil perancang
  • sembelit
  • perubahan hormon dalam badan semasa mengandung
  • putus haid (menopos)

Hilangkan Urat Simpul: Tips Mudah Dengan Bawang Putih

Bagi yang selalu mengalami masalah urat simpul ini, mungkin boleh mencuba petua ini. Salah satunya ialah urutan dengan minyak bawang putih;

minyak bawang putih untuk urat simpul

Cara penyediaannya

  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3 biji oren (ambil jusnya sahaja)
  • 2-3 sudu minyak zaitun

Bawang putih dicincang halus dan di campur bersama jus oren serta minyak zaitun. Biarkan semalaman atau sekurang-kurangnya 12 jam. Kemudian dah boleh digunakan untuk menyapu pada bahagian urat simpul dan mengurut-urutnya perlahan.

Garlic-Prevents-Inflammation-a-Cause-of-Varicose-Veins-How-to-Make-Garlic-Oil
Testimoni sumber asal dari Healthy Food Advice

Tak sempat nak buat minyak bawang putih? Paling mudah, boleh tambah bawang putih banyak-banyak dalam diet harian anda. Nak lagi mudah, cari pil suplemen bawang putih 🙂

*Sumber*

Kenapa Bawang Putih Boleh Hilangkan Urat Simpul?

Bawang putih ni nampak je kecik tapi khasiatnya superb sangat. Antibiotik semulajadi yang boleh membantu kesihatan seluruh badan. Kalau dari sudut kecil hilangkan urat simpul ini, bawang putih berperanan;

hilangkan urat simpul dengan bawang putih

#1 ~ memecahkan fibrin, iaitu protein di dalam darah berupa serat-serat benang yang tidak larut dalam plasma pada proses penggumpalan atau pembekuan darah. Inilah yang menyebabkan saluran darah menyempit

#2 ~ membantu memecahkan toksin dan pembuangannya

#3 ~ mengurangkan inflamasi atau radang

#4 ~ melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan

#5 ~ meningkatkan sistem imun badan

Waaaahhh.. tu sebahagian sahaja tu manfaat bawang putih. Patutla Cik Puan VK dah tak ada urat simpul ni sebab Cik Puan VK memang konsisten ambil Garlic Complex. 2 biji Garlic Complex tu bersamaan 500mg bawang putih atau satu labu tu.. haaaa agak-agak kalau nak makan bawang putih original tu mampu ke nak telan satu labu? Cik Puan VK memang surrender 😀

Selamat Mencuba!

“Vitamin Bantu Cegah Urat Simpul”

Nak dapatkan Garlic Complex?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

__________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Hilangkan Urat Simpul: Tips Mudah Dengan Bawang Putih
Tagged on:

11 thoughts on “Hilangkan Urat Simpul: Tips Mudah Dengan Bawang Putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge