Elak Obesiti Dengan Cendawan | Ramai sangat nak elak obesiti. Dah jaga pemakanan dan bersenam juga tapi tetap tak dapat nak elak obesiti. Cik Puan VK terjumpa satu informasi yang menarik ni dan mungkin boleh dicuba untuk tips elak obesiti. Boleh elak obesiti dengan makan cendawan tau. Haaa.. macam superb je kan fakta ni? *_^

mushroom-weight-loss-fb

Agaknya Alice In Wonderland tu dah lama tahu “kuasa cendawan” ni sampai boleh kecilkan dirinya dengan meminum ekstrak cendawan. Apa-apa je la Cik Puan VK ni kan?

Elak Obesiti Dengan Cendawan

Menurut penyelidikan terbaru, cendawan, terutamanya ekstrak cecairnya, boleh membantu melawan obesiti. Sebenarnya ekstrak ini telah lama digunakan dalam amalan perubatan tradisional Asia lebih 2,000 tahun dahulu. Ianya dikatakan mempunyai keupayaan untuk melindungi tubuh daripada peningkatan berat badan yang melampau, di samping mengelakkan radang yang disebabkan oleh obesiti dan sistem metabolik yang tidak berfungsi dengan baik (metabolisme yang sangat rendah). Kajian yang dilakukan ke atas tikus gemuk ini memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan.

manfaat cendawan elak obesiti

Para penyelidik di Chang Gung University, Taiwan mengkaji cendawan ganoderma lucidum, yang dikenali sebagai lingzhi di China dan mannentake atau Reishi di Jepun. Kajian ini menunjukkan bahawa cendawan mempunyai keupayaan untuk membetulkan mikroorganisma yang tidak sihat, pada usus tikus ujikaji. Mikroorganisma yang tidak sihat inilah sebenarnya yang menjadi punca obesiti yang datangnya dari diet tinggi lemak mereka.

Owh oooo… gitu rupanya kaitannya ye. Dari diet tinggi lemak akan menyebabkan mikroorganisma yang tidak sihat di dalam usus. Dan dari mikroorganisma tidak sihat itu pula menjadi penyebab terjadinya obesiti. Wow!! Elak obesiti haruslah elak diet tinggi lemak!

Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Nature Communications, di mana para penyelidik mengambil kesempatan daripada reputasi cendawan sebagai salah satu rawatan masalah pencernaan yang sangat popular. Tetapi hasil yang dijumpai lebih menarik kerana melibatkan mikrob usus. Hasil penyelidikan mendapati mikrob usus memainkan peranan yang sangat besar dalam masalah obesiti dan masalah-masalah kesihatan lain yang berpunca dari obesiti. Walaupun para penyelidik ini masih confuse nak simpulkan mana satu menjadi penyebab yang mana, tetapi mereka tetap bersetuju dan yakin bahawa prebiotik dan probiotik boleh membantu melindungi tubuh dari kesan-kesan kesihatan yang tidak bagus.

Manfaat Cendawan dan Peranan Untuk Elak Obesiti

Ujikaji dan penyelidikan ke atas tikus ini mendapati cendawan sangat memberikan kesan yang positif terhadap bakteria usus. Cendawan mampu membantu menghadkan jumlah lemak terkumpul dan kenaikan berat walaupun tikus-tikus ini mengambil makanan tinggi lemak. Cendawan juga mampu mengurangkan radang, yang selalunya sangat berkait rapat dengan rintangan insulin, penyakit hati berlemak, kanser, apnea tidur, dan diabetes type 2.

*Sumber*

Seronok pula dapat tahu fakta ni. Bagus sangat penyelidikan cendawan ni kan? Sekurang-kurangnya dapat membantu elak obesiti yang sekarang ni dah jadi macam kelaziman. Dah jadi ancaman kesihatan dah obesiti ni. Mana tidaknya, kira-kira 500 juta orang gemuk dan 1.4 billion mempunyai berat badan berlebihan di seluruh dunia. Bila berat badan semakin meningkat dan berlebihan, ianya mempunyai risiko yang sangat sukar mencegah obesiti. ** Takuttt!!**

Walaupun cendawan dicadangkan untuk elak obesiti, ianya tidak boleh dianggap sebagai penawar ajaib. Para saintis bersetuju masih perlu menjalankan kajian terhadap manusia sendiri walaupun tikus dipilih kerana kesannya hampir sama terhadap manusia. Tetapi walau bagaimana pun mereka (saintis ini) tetap yakin dengan kesan positif ganoderma licidum/cendawan/reishi/lingzhi pada berat badan yang berlebihan.

manfaat cendawan reishi
Kalau ada simptom-simptom ini, boleh cuba cendawan juga

Tetiba Cik Puan VK teringat pada produk DTX Complex yang mempunyai ramuan Reishi ni. Patutlah digunakan sebagai salah satu bahan utama untuk detoks hati. Hati kan organ dalam badan yang paling besar. Bila ambil DTX Complex ni, boleh la “bersihkan” hati dari lemak-lemak degil ni juga kan. Bila lemak dah tak ada, microorganisma usus pun sihat. Usus sihat, dengan sendirinya boleh elak obesiti. Patutlah saya pernah dengan feedback mereka yang amalkan DTX Complex ni lebih kurus dan kempis je perutnya. Ini rupanya rahsia mereka (Y)

DTX

Rupanya manfaat yang diperolehi bukan semata-mata untuk detoks tapi lebih dari tu.. Wah, bertambah sayangla pada DTX Complex lau gini šŸ™‚

Anda mahu mendapatkan DTX Complex Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini denganĀ menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee diĀ yanavitaminkita@gmail.comĀ atau boleh hantarkan sms/whatsapp keĀ 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

 

Elak Obesiti Dengan Cendawan
Tagged on:     

2 thoughts on “Elak Obesiti Dengan Cendawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge