Cara Kira BMI Badan Dengan Mudah | Selalu dengar orang dok sebut-sebut BMI kan? Kadang-kadang Cik Puan VK sendiri pun confuse cara kira BMI ni (okeh sila baca confuse = lupa). Masa excited nak kira tu, ingatlah. Tapi bila dah lama sikit dah lupa langsung cara kira BMI ni.
Jadi, rasanya nak letakla kat blog ni bagi ada kekal terpahat sini je. Bila nak kira, saya boleh isi tempat kosong je *_^
Apa itu BMI?
Body Mass Index (BMI) merupakan indeks berat badan berbanding dengan ketinggian. Walaupun BMI bukan ukuran lemak badan, tetapi BMI ni adalah disyorkan sebagai cara yang lebih tepat untuk menilai kegemukan badan daripada mengukur berat badan semata-mata.
Secara umum, orang-orang dengan BMI dalam julat biasa mempunyai risiko masalah kesihatan yang rendah.
Tetapi, orang yang lebih tinggi BMI tidak semestinya bermaksud dia mempunyai terlalu banyak lemak dalam badan. Ada juga dikalangan kita ni yang lebih berat disebabkan rangka yang besar atau otot yang lebih padat. Sebagai contoh, atlet mungkin mempunyai BMI yang lebih tinggi daripada biasa kerana mereka mempunyai lebih banyak otot dan dengan itu berat lebih daripada orang biasa. Tetapi walaupun BMI yang tinggi, mereka sihat dan dalam keadaan sihat.
Walaupun BMI ada hubung kait dengan tahap lemak badan, ia bukanlah alat yang sempurna untuk menilai risiko kesihatan yang berkaitan dengan obesiti.
Cara Kira BMI Badan Dengan Mudah
Anda boleh mencuba kalkulator BMI di bawah ini untuk cara kira BMI dengan lebih cepat. Cuma masukkan berat anda (pouns atau kgs mengikut pilihan anda) bersama-sama angka ketinggian anda dalam ukuran inci atau cm.
Powered by BMI Calculator
Kalkulator BMI menggunakan kategori berat untuk skor BMI anda:
Kurang berat badan = kurang daripada 18.5
Berat badan normal = 18.5-24.9
Berat badan berlebihan = 25.0-29.9
Gemuk = 30.0 atau lebih
Tetapi, bagi anda yang nak aplikasikan cara kira BMI secara manual, boleh cuba formula ini
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
BMI nie jadikan rujukan boleh, tapi bak kata yana, utk org yg berangka besar atau yg berat otot tue, memang dah jadi tak tepat utk dijadikan ukuran kesihatan. ^_^
Oja Samid recently posted…Hidung Selalu Tersumbat | Tanda Resdung Atau Allergic Rhinitis?
Ada juga yg ajar cara ukur lilit pergelangan tangan.. Tapi ada je yg berat banyak sgt tp part pergelangan tangan tu kecik