Warna Air Kencing dan B Complex | Selalu menjadi persoalan warna air kencing dan B Complex ini. Secara jujurnya Cik Puan VK ini juga pun dulu-dulu sangat-sangatlah “bencikan” B Complex ni sebab tak suka dengan baunya apatah lagi warna air kencing akan berubah kuning bila ambil B Complex. Tak suka tau!! Cik Puan VK yang penakut ni akan jadi cepat cuak last-last tak makan terus B Complex ni tanpa ambil kisah kebaikan B Complex kepada tubuh badan.

Tapi dulu la ni punya cerita. Sewaktu saya ni kurang ilmu tentang kenapa warna air kencing bertukar warna sebenarnya.

Nampaknya kegusaran yang saya rasakan dulu-dulu tu juga turut menjadi persoalan ramai. Selalu sangat saya diajukan soalan;

“Kenapa warna air kencing saya jadi kuning sangat-sangat ye? Tu ok ke tak sebenarnya? Nak stop ke nak teruskan? Tapi saya dah minum banyak air tau..”

Mesej yang diterima petang semalam, juga bertanyakan hal yang sama.
Mesej yang diterima petang semalam, juga bertanyakan hal yang sama.

Kenapa Warna Air Kencing Kuning Selepas Ambil B Complex?

Hampir kesemua jenama vitamin B Complex (bukan Shaklee sahaja) akan menyebabkan warna air kencing kita bertukar. Baru je ambil beberapa jam, warna air kencing memang ketara sudah berubah walaupun kita minum banyak air.

warna air kencing kuning
Petanda BAHAYA kah?

Panik? Haaa.. saya memang la panik. Tapi tak ada apa yang perlu nak panik pun. Memang kesan dari pengambilan B Complex pun penyebab utamanya. B Complex ni sebenarnya bersifat vitamin larut air. Molekul vitamin B yang berwarna kuning inilah yang menyebabkan warna air kencing atau urin kita turut menjadi kuning, sebagai tanda badan kita menyingkirkan kembali vitamin B yang tidak diperlukan dan tidak diserap oleh badan.

Perubahan pada warna air kencing pula akan bergantung kepada jenis Vitamin B yang kita ambil. Vitamin tertentu seperti vitamin B1 iaitu thiamine, Vitamin B3 atau Niacin dan Vitamin B6 yang juga dikenali sebagai Pyridoxine diketahui berwarna putih dalam bentuk semula jadi mereka. Oleh itu, tidak ada perubahan ketara dalam pyridoxine, niasin dan warna thiamine pada air kencing. Walau bagaimanapun, Vitamin B2 (Riboflavin) adalah berwarna jingga dan oleh itu, ia juga mungkin penyebabkan warna air kencing kita bertukar jingga.

Sumber: Home Remedies, Share Care

Bahayakah Bila Warna Air Kencing Berubah? Perlu Berhenti Mengambil B Complex?

Memandangkan kita ambil B Complex yang memang akan menyebabkan air kencing kuning, kita tak perlulah nak bimbang apa-apa pun kan. Air kencing yang berubah warna kuning atau oren itu bukanlah petanda kita dah overdose ambil B Complex ni. Haaa.. tapi kalau tak ada apa-apa perubahan pada air kencing kita selepas amalkan B Complex ni, itu yang patut kita risau kerana ianya merupakan petanda vitamin B Complex itu tidak diserap oleh badan. Jadi, kalau berlaku kes sedemikian, mungkin kita kena konsider untuk menukar brand lain pula.

Ada juga yang ajukan soalan samada B Complex ni boleh buatkan air kencing jadi kaler hijau ke? Sebenarnya tidak ada molekul mana-mana vitamin B dalam B Complex yang berwarna hijau. Walau bagaimanapun, gabungan tertentu vitamin B yang terdapat dalam formula yang kompleks mungkin mempunyai kesan ini pada warna air kencing anda. Jika anda bimbang tentang membuang air kecil hijau, ia adalah yang terbaik untuk anda bercakap dengan doktor anda mengenainya.

air kencing hijau

Nak dapatkan B Complex Shaklee?

b complex shaklee lengkap b vit

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

__________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Warna Air Kencing Dan B Complex

One thought on “Warna Air Kencing Dan B Complex

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge