Rambut Gugur Selepas Bersalin Sebab Anak Menyembur? | Bangun pagi tadi, agak terkejut Cik Puan VK tengok beberapa helai rambut melekat-lekat di bantal, di cadar. Macam nak melompat rasanya terkejut sebab baru je perasan rambut gugur selepas bersalin ni. Tu belum kira yang lekat kat sikat lagi sewaktu menyikat rambut.. **haru mode**

products-for-hair-loss-1
Image googled ~ haru betul kalau rambut gugur macam ni punya banyak

“Owh! Baby dah start main-main air liur. Sebab anak menyembur kot ni jadi rambut gugur selepas bersalin. Orang tua-tua pun selalu cakap bila anak main air liur sembur-sembur tu boleh buat rambut ibu makin gugur” pujuk Cik Puan VK ni sorang-sorang nak menyedapkan hati.

Tapi betulkah? Rambut gugur selepas bersalin bila anak menyembur? Apa kaitan? Macam tak tercapai dek akal pula kaitannya.

Anak menyembur air liur yang sering dikaitkan penyebab rambut gugur selepas bersalin.
Anak menyembur air liur yang sering dikaitkan penyebab rambut gugur selepas bersalin.

Kenapa Rambut Gugur Selepas Bersalin?

Anak dah 4, tapi kali ni baru nak kisah. Dulu-dulupun gini juga masalah rambut gugur selepas bersalin tapi kes kali ni saya jadi teruja nak tahu apa kaitan? Kenapa? Bagaimana?

Semasa kita hamil, sepanjang tempoh mengandung tu, hormon progesteron dan estrogen sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini yang menyebabkan wanita hamil lebih cantik rambutnya. Berseri-seri, lebat, hitam berkilat dan bersinar-sinar. Proses normal pengguguran dan pertumbuhan rambut baru hampir terhenti (proses normal – setiap hari rambut kita gugur secara purata 50-100 helai, dan anak rambut baru yang tumbuh pun hampir sama).  Sebab tu la wanita hamil ni cantikkan? *_^

purata rambut gugur
Purata rambut gugur yang normal dalam sehari

Tetapi selepas bersalin iaitu sekitar usia baby tiga hingga empat bulan, hormon ibu akan kembali normal dan pada waktu itulah ramai ibu-ibu yang mengalami masalah rambut yang biasa disebut “rambut gugur selepas bersalin”. Dalam tempoh ini rambut memang akan gugur lebih banyak dari sebelum ini (fasa pertumbuhan terhenti). Bayangkan kalau sebelum ni sepanjang hamil tu rambut cantik, tak ada gugur.. sekali back to normal sampai gugur 100 helai sehari, mestila ibu-ibu ni makin panik kan? Ketara sangat beza bilangannya! **nak nanges**

Sewaktu baby berusia antara 3 ke 4 bulan juga waktu yang agak memenatkan untuk ibu itu sendiri menyesuaikan masa menguruskan sendiri hal-hal keluarga dan anak-anak. Maklumlah sebelum tu semasa pantang ada yang menolong. Sekarang ni dah habis pantang, ibu-ibu sendirilah yang kena uruskan. Penat, tertekan, sibuk dan mungkin terlupa untuk menjaga kesihatan rambut yang menyebabkan masalah rambut gugur ini menjadi serius selepas bersalin.

MITOS vs FAKTA.. bila usia baby dah mencecah 3 ke 4 bulan, waktu ini memang sangat-sangat pandai dah menyembur-nyembur air liur. Kebetulan kan? Tetapi rambut gugur selepas bersalin TIADA KAITAN dengan anak menyembur.

Okeh! Saya dah dapat jawapannya. Pandai-pandai je kan MITOS ni mempengaruhi pemikiran kita-kita ni.. hehehe..

Apa Nak Buat Untuk Kurangkan Rambut Gugur Selepas Bersalin?

  • jaga makan. anda boleh teruskan mengambil suplemen semasa hamil kerana badan kita memang sentiasa memerlukan nutrien yang secukupnya.
  • berhati-hati dan jangan terlalu kuat mengurut kulit kepala semasa mencuci rambut. Pemilihan sikat yang lebar juga membantu mengelakkan rambut dari kusut. Gunakan sepit rambut berbanding mengikat dengan getah dan jangan terlalu ketatkannya.
  • kurangkan penggunaan pengering rambut, juga apa-apa bahan kimia seperti mewarna rambut, keritingkan rambut sehinggalah masalah rambut gugur ini diselesaikan
  • sekiranya masih berlarutan dan masalah rambut gugur selepas bersalin ini semakin teruk, ada baiknya berjumpa dengan pakar perubatan kerana mungkin petanda anda mengalami masalah thyroid.

 Credit: What To Expect

Rambut Gugur Kembali Lebat

Vitamin Untuk Rambut Sihat

Nak dapatkan Vitamin Shaklee Untuk Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin?

rahsia rambut sihat cantik berseri
vitamin untuk rambut

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan dan penggunaan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

__________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Rambut Gugur Selepas Bersalin Sebab Anak Menyembur?

7 thoughts on “Rambut Gugur Selepas Bersalin Sebab Anak Menyembur?

Leave a Reply to Yana VitaminKita Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge