Kebaikan Teh Putih Yang Ramai Tak Tahu | Anda suka minum teh tak? Pernah minum teh putih? Cik Puan VK memang suka minum teh. Tak kiralah teh o ke, teh tarik ke, teh merah, teh hitam, teh orang putih (english tea) ke.. semua saya telan je. Tapi tak perasan pulak dalam dok minum macam-macam teh tu, pernah ke ek minum teh putih? Hihihi.. Confuse jap.

Tapi yang pasti lepas fikir-fikir balik, ada rupanya yang selalu saya minum teh putih ni. Banyak kebaikan teh putih ni tau. Meh la kita sesama berkongsi informasi yang best ni. Sebab saya pun teruja baru tahu dan saya pasti ramai tak tahu juga kebaikan teh putih ini kan? *_^

teh-putih

Kebaikan Teh Putih Kepada Kesihatan

Selalu yang kita dengar teh hijau dan teh hitam yang sangat baik untuk kesihatan kan? Jarang-jarang je ada di pasaran teh putih ni. Dan sebenarnya teh putih ni sangatlah tinggi kandungan antioksidannya. Ada sesetengah kajian tu siap boleh claim teh putih ni sebagai SUPREME DRINK OF HEALTH.

#1 ~ Antioksidan

Antioksidan ialah nutrien yang melindungi badan dari kerosakan oleh radikal bebas. Radikal bebas ialah perkara-perkara buruk yang berlegar di sekeliling yang mengakibatkan kemusnahan pada badan kita, merosakkan DNA dan mempercepatkan proses penuaan. Kebaikan teh putih yang mengandungi antioksidan membantu meneutralkan kembali proses ini dan dalam masa yang sama memberi perlindungan serta menghalang proses oksidatif dalam badan.

#2 ~ Cegah Kanser

Teh putih mempunyai kuasa mendalam terhadap sel-sel penyebab kanser dan berupaya menentang pelbagai jenis kanser termasuklah kanser kolon, prostat, dan kanser perut. Kandungan flavanoid dalam teh putih (salah satu kelas antioksidan), menyekat perkembangan sel-sel kanser serta mencegah pertumbuhan sel yang baru.

#3 ~ Menstabilkan tekanan darah

Kajian menunjukkan kebaikan teh putih untuk mencairkan darah dan mempertingkatkan keupayaan dan fungsi arteri. Teh putih boleh mambantu merendahkan tekanan darah untuk mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan membantu menstabilkannya. Salur darah sihat, tekanan darah pun stabil, fungsi arteri yang baik… jadi kesimpulannya boleh mencegah serangan jantung dan strok.

#4 ~ Merendahkan paras kolesterol

Catechins, satu lagi kumpulan antioksidan, telah didapati boleh mengurangkan kolesterol, dan teh putih mempunyai kandungan yang sangat tinggi catechins. Teh putih membantu mengurangkan kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik.

#5 ~ Menguatkan tulang

Kajian telah mendapati orang yang selalu minum teh putih mempunyai kepadatan dan kekuatan tulang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak minum teh putih. Oleh sebab itu, kebaikan teh putih terhadap pengidap artritis dan osteoporosis tidak dapat disangkal lagi.

#6 ~ Antibakteria dan antivirus

Teh putih adalah pembunuh semula jadi bakteria dan virus. Kandungan antioksidan di dalam teh putih yang begitu tinggi membantu menguatkan sistem imun dan menyediakan perlindungan terhadap pelbagai jenis serangan penyakit. Demam-demam ringan dan selsema pun boleh cepat baik dengan mengamalkan teh putih ini.

#7 ~ Gigi dan gusi yang sihat

Teh putih mengandungi jumlah kecil fluorida dan nutrien lain yang boleh membuatkan gigi lebih kuat dan sihat. Ia juga membunuh bakteria yang menyebabkan plak, kerosakan gigi, dan nafas yang busuk.

#8 ~ Kulit sihat dan cantik

Pendedahan terhadap radikal bebas, sinaran uv cahaya matahari, tekanan, dan diet yang tidak seimbang boleh merosakkan kulit dan mempercepatkan proses penuaan. Teh putih boleh membantu melindungi kulit dari kerosakan dan dalam masa yang sama boleh mambantu “mengundurkan” proses penuaan. Haa, awet muda la kiranya ni bahasa mudahnya. Teh putih juga dipercayai boleh membuatkan kulit sihat, lembap dan lebih cerah gebu.

Credit: White Tea Guide, Organic Facts, Tea Talk

kebaikan teh putih

Banyak lagi kebaikan teh putih ni. Excited pulak Cik Puan VK ni malam-malam buat entry pasal teh putih ni. Jakun la katakan.

Teh putih ni boleh turunkan paras gula dalam darah juga tau. Sah-sah la boleh elak penyakit bahaya macam diabetes tu.

Teh putih juga dikatakan boleh mengurangkan stress dan meningkatkan tenaga.

Kalau untuk kurus atau turun berat badan pulak, banyak pendapat sikit. Ada yang kata boleh turunkan berat, ada yang kata tak ada kaitan. Tapi hampir kesemua kajian bersetuju teh putih meningkatkan metabolisma badan dan menggalakkan pembakaran lemak. Tapi mestilah dibantu oleh diet yang sihat juga senaman yang bertepatan. Maksudnya boleh kurus tapi janganlan bergantung kepada teh putih semata.

Wowww!!! Ternganga kejap saya. Dalam tak sedar rupanya saya minum teh putih ni setiap hari.
cinch tea shaklee istimewaIni yang saya minum. Cinch Energy Tea Mix atau lebih dikenali sebagai Cinch Tea. Saya suka amalkan ini sebagai penggalak tenaga. Pastu bila minum rasa semangat nak buat kerja. Badan lemau pun boleh jadi segar bugar. Lagi best bila berpeluh-peluh dan rasa macam dalam sauna. Tak perlu ke gim pun dah boleh bersenam. Itu yang saya sangat suka tu.

Ooohhh… baru saya ingat. Kalau nak demam dan selsema pun saya minum Cinch Tea ni konon-konon nak bagi bertenaga la kan. Rupanya saya tak sedar yang kandungan teh putih dalam ni pun boleh kuatkan sistem imun. Patutla cepat baik. Alhamdulillah.. dengan izin Allah juga kan?

“Cara Minum Cinch Tea Shaklee”

“Hilangkan Ketagihan Kafein Dengan Cinch Tea”

Bagaimana mahu mendapatkan Cinch Tea Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

 

Kebaikan Teh Putih Yang Ramai Tak Tahu
Tagged on:         

3 thoughts on “Kebaikan Teh Putih Yang Ramai Tak Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge