Berpantang Selepas Bersalin | Penting ke amalan berpantang selepas bersalin? Pantang tu apa sebenarnya? Cik Puan VK ni dah 4 kali berpantang selepas bersalin dengan 3 kali pantang sendiri. Kadang-kadang tergugat juga iman nak langgar pantang ni. Pernahlah terdetik dalam hati;

“Orang Putih pun tak pantang. Sihat je diorang tu”

"Betul ke orang putih tak pantang?"
“Betul ke orang putih tak pantang?”

Mana tahu orang putih tak pantang? Pandai je Cik Puan VK ni kan? Mungkin cara dia nampak macam open bebas nak buat apa, tapi sejauh mana mereka berpantang selepas bersalin tu kita pun tak tahu kan?

Bila tanya encik google tentang amalan selepas bersalin bagi mereka yang berada di negara barat, dapatlah tahu sikit-sikit yang orang putih pun ada cara pantang dia. Lebih kepada “ibu yang berehat dengan secukupnya”. Sama la tu kan dengan amalan kita pun nak bagi ibu cepat baik dan pulih tenaga segera kan?

Apa Itu Berpantang Selepas Bersalin?

Kalau menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke3, pantang bermaksud sesuatu yang dilarang untuk melakukannya mengikut adat dan kepercayaan tertentu. Turut disebut tentang pantang 44 hari bagi wanita yang melahirkan anak. Meskipun banyak pakar perubatan tidak bersetuju dengan amalan pantang ini, tetapi ianya tetap diamalkan oleh masyarakat kita secara turun temurun.

Hakikatnya tempoh berpantang itu dilakukan untuk melindungi ibu dalam proses pemulihan rahim, tubuh badan dan emosi. Di samping itu tempoh berpantang juga adalah masa yang sebaiknya untuk ibu berehat kerana telah banyak tenaga yang digunakan semasa mengandung dan bersalin. Tempoh ini jugalah proses penyesuaian ibu dan bayi juga tempoh pemulihan luka bersalin ibu.

Cantik sebenarnya amalan berpantang ni kan? Nak cakap lebih tentang amalan ni Cik Puan VK tak berapa arif tapi suka rujuk blog Kak Engku ni sebagai panduan.

Cukup ke Amalan Berpantang Selepas Bersalin Sahaja?

Selain daripada amalan bertungku, bertangas, berurut, pengambilan makanan yang bersesuaian dan berkhasiat juga boleh membantu penyembuhan rahim dengan cepat di samping membantu memulihkan tenaga si ibu.

Berurut dan bertungku dapat melancarkan peredaran darah
Image googled ~ Berurut dan bertungku dapat melancarkan peredaran darah

Melahirkan anak memang best, tetapi mengandung dan melahirkan boleh “mengambil tol” pada badan wanita. Sebab itu penting untuk makan makanan yang seimbang dan menjaga diri sendiri selepas kelahiran bagi memastikan pemulihan yang lebih cepat. Tambahan pula kalau ibu menyusukan anak, memang ada tekanan pada tubuh badan. walaupun badan kita lebih ideal untuk mendapatkan nutrien dari makanan semulajadi, tapi ada ketikanya kita perlu vitamin dan makanan tambahan untuk menampung apa yang tak cukup.

Kajian telah menunjukkan bahawa pemakanan yang baik boleh menghalang perubahan emosi dan dengan itu dapat mengurangkan kemurungan (meroyan) selepas bersalin.

Kalau menurut pakar kesihatan, pamakan yang seimbang ini mestilah lengkap nutrien dan vitamin yang merangkumi;

  • Zat Besi ~ untuk pembinaan semula sel darah merah yang hilang semasa melahirkan. Tak cukup zat besi boleh menyebabkan pendarahan yang banyak dan berpanjangan
  • Vitamin B ~ untuk membantu memberikan tidur lena, mood yang baik, dan selera makan yang bagus.
  • Vitamin C ~ untuk meningkatkan sistem imun ibu, juga membantu baik pulih luka yang cepat
  • Zink ~ antibakteria untuk menghalang pembiakan kulat, bakteria pada luka dan bantu cepat baik pulih luka juga
  • Kalsium ~ semasa hamil ibu kehilangan banyak kalsium tambahan pula kalau menyusukan, lagi banyak yang hilang.
  • Asid lemak omega 3 ~mengurangkan keradangan, membantu mengawal tekanan darah dan mungkin mengurangkan sedikit gejala kemurungan selepas bersalin

Credit: Livestrong, Healthy Eating, PostNatal Vitamins

Betulkah Orang Putih Tak Pantang?

Haaa… kalau nak cakap orang putih tak pantang, satu point yang saya rasa memang kena dengan batang hidung saya ni iaitu orang putih tak minum ais dan orang putih tak dok ber’ekon’. (ini yang orang kita boleh tahan waktu tempoh pantang je tapi sebelum dan selepas pantang memang minum ais dan asyik dok dalam ekon je. Saya tak cakap orang lain tapi diri saya sendiri)

Sedapnyaaaaa...
Sedapnyaaaaa…

Ada yang gelak ye? Memang la orang putih tak minum ais sebab kat negara mereka tu sejuk. Tak perlu minum ais pun. Tapi ramai yang tak tahu bahawa minum ais tu bukan semata boleh buat sejuk badan, tapi banyak KESAN BURUK kepada tubuh badan kita. (Cik Puan VK up kat entry seterusnya ye.. panjang sangat dah sini)

Kalau orang kita pantang minum ais cuma sewaktu pantang selepas bersalin sahaja kan? Selepas tu minum ais balik. Jadi lemau lagi badan. Rahim pun tak baik sepenuhnya. Tapi orang putih tak berpantang pun tak minum ais. Sebab tu kesan kesihatan mereka pun tak sama macam kita.

Jamu Atau Vitamin? Mana Satu Pilihan Anda?

Perubahan zaman, kalau dulu jamu-jamu jadi pilihan untuk berpantang selepas bersalin. Tapi sekarang ni masyarat bandar pun susah nak cari akar-akar kayu, malah nak cari ikan haruan untuk cepat baik luka pun ada kekangan. Ramai juga yang tidak mampu sebab harga pun mahal. Nak cari pun kadang-kadang tak semua pasar ada. Jadi tepuk dada, tanya hati.

Ini pastinya pilihan saya 🙂

set bersalin asas shaklee

set bersalin shaklee pakej lengkap

“Tips Berpantang Sendiri”

Bagaimana mahu mendapatkan Set Berpantang Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

 

Berpantang Selepas Bersalin: “Orang Putih Pun Tak Pantang?”

3 thoughts on “Berpantang Selepas Bersalin: “Orang Putih Pun Tak Pantang?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge