Vitamin Untuk Kulit Cantik | Semua orang nak cantik kan? Secara khususnya kulit yang cantik, bebas jerawat, bebas parut, licin, halus, tona sekata, sentiasa lembap dan berseri-seri. Sebelum Cik Puan VK cerita lebih lanjut tentang vitamin untuk kulit cantik ni, meh nak belanja sikit dengan testimoni hangat ni. Ni perkongsian dari kawan seperjuangan Shaklee juga ni, Mama Olin.
“Awal puasa hari tu, muka saya tiba-tiba “dihinggapi” jerawat besar. Tengok je la dalam gambar tu. Nampak jelas kan, 2 tompok merah tu. Sampai kawan-kawan ofis ramai yang tegur. Lepas dah baik jerawat ADA PARUT pulak. Adoi dah bulan puasa ni baru la jerawat nak tumbuh. Tak lama lagi nak raya. Macam mana nak raya dengan muka bertompok ni?
Maka saya pun gigihla consume suplemen kecantikan saya, ESP, Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Tak miss setiap hari. Vitamin E tu bukan saja saya makan, malah saya sapu kat parut jerawat tu.
Hasilnya selepas 2 minggu, tadaaaa….. Alhamdulillah JERAWAT CEPAT KERING dan PARUT CEPAT HILANG. “ – Mama Olin
Pentingkah Vitamin Untuk Kulit Cantik?
Vitamin memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan kulit yang sihat dan mencegah jerawat. Walaupun kekurangan vitamin tidak menjadi masalah utama bagi kebanyakan orang, kita sebenarnya memerlukan lebih daripada minimum RDA untuk menangani jerawat. Diet yang sihat adalah satu langkah penting untuk kulit cantik, sihat dan berseri. Walau bagaimanapun, diet tidak selalu mencukupi. Ada juga dikalangan kita yang mungkin perlu mengapply vitamin pada luaran untuk keputusan yang lebih baik, macam yang Mama Olin lakukan ~ sapu vitamin E kat parut juga.
Yang Mana Satu Vitamin Untuk Kulit Cantik?
Selalu je Cik Puan VK dihubungi dan diajukan dengan soalan, “Mana satu set vitamin untuk kulit cantik ye? Confusenya kejap itu kejap ini..”
Yang paling basic, ianya terdiri daripada kombinasi 3 vitamin untuk kulit cantik iaitu Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Namun, untuk hasil yang lebih superb, juga rahsia awet muda, ambillah bersama 3 lagi kombinasi vitamin kulit yang sangat awesome iaitu ESP, GLA Complex dan Collagen Powder. Atau kalau rasa banyak sangat, boleh tambah sekurang-kurangnya ESP seperti perkongsian testimoni ini.
Secara ringkasnya (sebab banyak lagi peranan vitamin ni bukan hanya apa yang saya nak kongsikan ini) kalau kita kecilkan skop untuk kulit cantik sahaja, vitamin ini berfungsi sebagai;
Vitamin C ~ merangsang pembetukan kolagen semulajadi untuk kulit kekal awet muda supaya kulit kekal kenyal dan anjal. Membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen jeragat. Ia akan membuatkan kulit kesihatan bersinar dan gebu.
Vitamin E ~ merupakan anti-oksida dan anti-penuaan (melambatkan penuaan), membantu mengurangkan kedutan dan garis halus pada kulit juga mengekalkan keremajaan kulit. Membantu mengurangkan parut jerawat ataupon parut lain dengan cepat. Ia juga mampu memulihkan tekstur kulit dan tona kulit untuk lebih sekata.
B Complex ~ yang ni special sebab B Complex Shaklee lengkap 8 jenis vitamin B. Menjaga kesihatan kulit dari dalam. B Complex membantu mengurangkan garis halus pada kulit juga bersifat memberikan ketenangan sewaktu menghadapi tekanan. Nak cantik tak boleh stress tau. Bila rasa tenang, garis-garis halus dan kedutan sukar terbentuk di wajah kita kan. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberikan warna pada kulit. Lebih kerap di bawah cahaya matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.
Haaaa… sebab peranan ketiga-tiga vitamin untuk kulit cantik ni superb sangat, sebab tu la resultnya pun sangat-sangat superb.
ESP Shaklee pula adalah protein. Dan protein ni memainkan peranan yang penting sangat-sangat untuk kulit yang anjal. Kulit kenyal adalah tanda bahawa seseorang itu mempunyai kolagen yang mencukupi, bahan simen seperti yang kuat yang mengikat bersama sel-sel badan kita. Kolagen adalah tisu struktur dan ia digantikan secara perlahan-lahan. Ia diperbuat daripada protein berserabut. Malah, kolagen terdiri daripada 30 peratus daripada jumlah protein badan.
Saya Masih Confuse Nak Pilih Vitamin Untuk Kulit Ni. Yang Mana Sesuai?
Pertama sekali kena faham konsep vitamin ni adalah pelengkap kepada kekurangan nutrisi dalam tubuh badan kita. Dan setiap dari kita ini level “kekurangan nutrisi” itu berbeza. Maka hasilnya pun berbeza, berbeza juga berdasarkan cara hidup, metabolisma badan, pengambilan air yang secukupnya, pendedahan kepada radikal bebas dan macam-macam faktor lagi.
Ada yang hanya amalkan Vitamin C, tapi resultnya pun dah gempak. Kulit cantik halus mulus. Ada yang hanya amalkan kombinasi Vitamin C dan Vitamin E (klik untuk info lanjut) sahaja malah hasilnya pun tetap superb. Tak kurang juga yang hanya amalkan ESP, tetapi tetap cun melecun kulit cantik gebu gebas!
Yang penting, pemilihan vitamin untuk kulit cantik ini bersesuaian dengan keperluan dan masalah anda. Nak pilih yang mana sesuai, jom order dan dapatkan konsultasi dari saya. (Konsultasi percuma dengan setiap pembelian dari Vitamin Kita).
Jom saya kongsi testimoni lagi;
Nak dapatkan Vitamin Untuk Kulit Cantik dari Shaklee?
Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.
__________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
saya suka entry nie..mantap!! ^_^
Oja recently posted…Cara Berhenti Merokok dengan Mudah
Alahai Oja.. tak ada la mantap pun.. biasa-biasa je.. terima kasih sebab suka 🙂
Dapat inspirasi dari para pembaca jugak ni yang sering kontek dan tanyakan soalan tu.. mudah-mudahan dapat membantu clearkan walaupun cuma sedikit perkongsian dari saya 🙂
Yana VitaminKita recently posted…“Yang Mana Satu Vitamin Untuk Kulit Cantik?”
Penjelasan yang bagus membuka minda pengguna untuk memilih set mana yang sesuai dengan kulit mereka.
auntiekemai recently posted…Tips Balik Kampung Di Hari Raya
Cantik-cantik belaka testimoni pelanggan shaklee
Noriza Rahman recently posted…Kaedah Semulajadi Menghilangkan Jerawat TANPA Kos yang Mahal
Alhamdulillah.. Sihat itu kan cantik?
Dengan izin Allah juga?
Pingback: Punca Jerawat Di Sekitar Wajah - Vitamin Kita
hee~ kengkadan saya pun keliru yang mana satu vitamin untuk kulit cantik..
konsep vitamin ni lengkapkan nutrisi… bukan mcm ubat… jd kalau kita dapat bekalan nutrisi yang cukup, in shaa Allah kulit pun nampak glowing.. ada juga yg hanya amalkan multivitamin sahaja pun nampak beza kulitnya makin cantik.. sebabb bekalan nutrisi dah cukup untuk kulit dia di samping dia amalkan minum air banyak utk pastikan kekal lembap dan tido cukup pun penting juga
Pingback: Top 10 Best Seller Vitamin Shaklee | Produk Shaklee Paling Laris
Shaklee is the best supplement and sangat recommended!!
Alhamdulillah… rezeki Allah juga dipertemukan dengan produk yang hebat 🙂
Pingback: 3 Cara Mudah Putihkan Kulit Secara Semulajadi