Resepi Udang Butter Nestum | Pening nak fikir juadah simple tapi boom untuk anak-anak? Cik Puan VK pun dah buntu nak masak apa. Buka peti tengok lauk udang banyak lagi (sebab asyik makan ayam dan ikan je minggu ni), pastu tengok nestum ada, butter ada.. ok lahh .. Terus dapat idea nak masak udang butter nestum versi campak apa yang ada je *hehehe*

Resepi udang butter nestum ni senang sangat. Saya pun tak boleh nak masak yang rumit-rumit nanti baby dah meragam kena stop-stop pula.

resepi udang butter nestum cover

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Resepi Udang Butter Nestum

  • 15-20 ekor udang saiz besar (dalam 500 gram)
  • 3 ulas bawang putih (cincang atau mayang halus)
  • 10 tangkai cili kering (potong kasar)
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar mentega
  • garam dan serbuk lada sulah secukup rasa (kalau guna salted butter, kurangkan garam)
  • 1/2 cawan susu cair / susu segar / atau Meal Shakes (1 sudu besar dibancuh bersama 1/2 cawan air)
  • 1/2 cawan nestum

Cara-cara Penyediaan Udang Butter Nestum

1 ~ perap udang sekejap (2-3 minit) dengan garam dan serbuk lada sulah

2~ panaskan butter, kemudian tumiskan bawang, cili kering dan daun kari sehingga naik bau.

3 ~ masukkan udang dan goreng sehingga setengah masak

4 ~ tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga bahan masakan menjadi sedikit pekat (api perlahan). kacau-kacau sehingga udang masak (masak udang tak perlu lama ye nanti liat isinya)

5 ~ padamkan api, dan tabur nestum di atasnya.

resepi udang butter nestum

Tadaaaa.. siap dan sedia untuk dihidang. Mudah dan simple kan resepi udang butter nestum versi Cik Puan VK ni. Maaflah saya terlupa nak snap gambar bahan-bahan dan gambar penyediaan. Almaklumlah dengan berkejar-kejar sementara baby tidur. Nak sediakan udang butter nestum ni sekejap sangat tau. Tak sampai setengah jam dan boleh siap

Secara jujurnya kata anak-anak saya, campur dengan Meal Shakes lagi wallah sebab ada rasa lemak-lemak berkrim dan harum vanilla tu. Laju je anak-anak makan. Seronok hati ibu tengok kan? *wee*

Selamat Mencuba ye resepi udang butter nestum versi Cik Puan VK ni 🙂

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Resepi Udang Butter Nestum
Tagged on:     

One thought on “Resepi Udang Butter Nestum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge