Asid Folik Untuk Kehamilan | Selalu dengar kan orang yang planning nak hamil atau yang sedang hamil disarankan ambil asid folik yang cukup. Kalau yang baru-baru nak pregnant tu lagilah sangat-sangat digalakkan amalkan asid folik ni. Dan sebab itu jugalah Cik Puan VK selalu je dapat soalan macam ni;

“Penting ke kak sebenarnya asid folik untuk kehamilan? Kalau tak ambil asid folik tak apa ke?”

Haish.. jangan la cepat “tak nak ambil” tanpa kita tahu apa kebaikan dan kepentingan asid folik untuk kehamilan dulu. Kalau dah pakar-pakar kesihatan pun sangat-sangat menggalakkan pengambilan asid folik, mestilah untuk kebaikan kita juga. Meh kita explore.

Apa itu ASID FOLIK?

kepentingan asid folik

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ianya bukanlah ubat subur atau jaminan untuk yang berikhiar hamil, tetapi banyak juga kajian yang telah membuktikan asid folik mampu membantu kesuburan dan kehamilan.

Dikenali sebagai folate atau vitamin B9, asid folik sangat diperlukan untuk membina sel-sel dalam tubuh. Ia penting untuk pembinaan DNA baru dan memperbaiki DNA yang telah rosak. Sebab itulah asid folik untuk kehamilan sangat-sangat disarankan tidak kira samaada anda sedang merancang kehamilan atau sedang melalui proses kehamilan.

Mengapa Penting Asid Folik Untuk Kehamilan?

Kita tak sedar kan peranan asid folik, malah ramai kot yang tak tahu asid folik ni sangat-sangat penting di awal kehamilan. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan kecacatan saraf bayi seperti spina bifida. Masalah kecacatan ini terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bati tidak menutup dengan sempurna. Jangan ambil mudah tau sebab spina bifida ini sebenarnya serius yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal pada bayi.

spina-bifida

spina_bifida

Pada trimester pertama iaitu 12 pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi sedang membentuk dan berkembang pesat. Dan disebabkan spina bifida ini berlaku dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan, jadi pengambilan asid folik setiap hari (400mcg) adalah penting bagi mereka yang merancang untuk hamil kerana hampir separuh kehamilan adalah tidak dirancang. 

*Sumber*

Asid Folik Dari Shaklee Cukup Ke?

Selalu juga yang bertanya, kalau dah ambil B Complex Shaklee, kena ambil lagi ke asid folik dari farmasi atau klinik?

Istimewanya Shaklee, vitamin asas kami iaitu Vitalea (multivitamin dengan iron formula) dan B-Complex mengandungi 200mcg Asid Folik. Jadi pengambilan 1 biji Vitalea + 1 biji B-Complex setiap hari boleh memberikan keperluan minimum 400mcg Asid Folik yang diperlukan oleh ibu hamil dan mereka yang merancang untuk hamil. Kekurangan asid folik juga cukup sinonim dengan keguguran. Dengan sebab itu ibu yang merancang untuk hamil perlu melengkapkan diri dengan asid folik yang mencukupi.

kandungan b complex shaklee
Kandungan Asid Folik dalam B Complex
asid folik dalam vitalea
Kandungan Asid Folik dalam Vitalea (klik untuk besarkan imej)

 

Jadi tidak perlulah anda menambah asid folik yang berbeza sekiranya anda telah mengamalkan Shaklee Vitalea dan B-Complex. Tetapi sekiranya anda masih ragu-ragu, suka saya nasihatkan anda merujuk dan berbincang dengan doktor mengenai makanan tambahan ini.

Pengalaman saya? Konsisten mengamalkan Vitalea dan B-Complex sejak kelahiran anak ke2 6 tahun lepas, dan saya memang mengakui senang conceived untuk anak ke 3 dan ke 4 tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah kerana rahim saya memang tidak kuat dan sudah 2 kali keguguran sebelum kehamilan anak ke2.

Nak dapatkan Vitalea dan B Complex Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

__________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Asid Folik Untuk Kehamilan: Mengapa Penting?
Tagged on:         

5 thoughts on “Asid Folik Untuk Kehamilan: Mengapa Penting?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge