Vitamin C Naikkan Berat Badan? | Siang tadi saya dihubungi pelanggan tetap Vitamin Kita yang nak dapatkan Vitamin C. Nak grab sementara tengah promo katanya. Tapi ada satu soalan yang buatkan saya terdiam sejenak;

“Yana, Vitamin C naikkan berat badan ye? Adik saya cakap dia dengan kawan-kawan dia memang selera sangat makan lepas ambil Vitamin C ni. Itu yang plan nak bagi Vitamin C ni kat suami. Dia tu kurus sangat. Harapnya ambil Vitamin C ni naikkan berat badan dia la..”

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Betulkah Vitamin C Naikkan Berat Badan?

Kalau menurut rujukan Livestrong, vitamin C adalah vitamin antioksidan larut air yang membantu menguatkan sistem imun tubuh badan kita dan melindungi badan kita daripada kerosakan akibat radikal bebas. Bila berlaku kerosakan akibat radikal bebas inilah yang meningkatkan selera makan kita. Haaa.. kan dah terbalik tu. Pengambilan vitamin C sebenarnya boleh membantu mengurangkan selera makan.

Menurut Swami Sadashiva Tirtha, pengarang buku “Ayurveda Encyclopedia: Natural Secrets to Healing, Prevention, and Longevity.” vitamin C juga menghalang kelaparan pra-matang, mengimbangi hormon, mengawal selera makan, mengurangkan keinginan terhadap makanan, meningkatkan tenaga, mengurangkan risiko ketagihan makanan dan membuang toksin dari badan. Toksin yang banyak juga boleh mencetuskan rasa lapar juga tau. Bagusnya vitamin C ni dang singkir buang semuanya. Tiada alasan vitamin C naikkan berat badan dan membuatkan anda gemuk.

Jadi Mengapa Lapar Bila Ambil Vitamin C? Katanya mitos sahaja Vitamin C Naikkan Berat Badan tu..

kenapa lapar

Haaa.. jadi kenapa masih lapar? Kalau menurut sumber livestrong.com itu, dah gayanya macam boleh kurus je bila ambil Vitamin C kan? Tapi pelik pula bila customer saya ini cakap adiknya serta kawan-kawan semakin berselera makan selepas mengambil Vitamin C. Kalau nak diet, mereka kena stop ambil Vitamin C. Apa yang terjadi sebenarnya?

Vitamin C yang kita ambil akan “digunakan” untuk membaiki sel-sel yang rosak di dalam badan kita. Proses pemulihan ini memerlukan tenaga yang banyak, dan metabolisme badan juga akan turut meningkat. Metabolisme yang tinggi ini memerlukan makanan untuk dibakar dan ditukar kepada tenaga. Sebab tu la kita lapar sebenarnya. Tapi bila rasa lapar je, kita makan roti canai la.. mee goreng la.. nak lai sedap? minum pula teh tarik, milo ais konon-konon nak hilangkan rasa lapar dan konon-konon Vitamin C ni lah penyebab selera makan meluap-luap kan?

Jadi salah siapa sebenarnya? Salah Vitamin C atau salah kita sendiri? (sebenarnya vitamin apa-apa pun akan meningkatkan metabolisme badan kerana badan memerlukan tenaga untuk vitamin itu bertindak secara efektif di dalam badan kita).

Apa nak buat sebenarnya bila lapar?

  • minum banyak air kosong.. dan bukan air manis yang boleh menambahkan kalori sekaligus menaikkan berat badan
  • ambil snek sihat seperti energy bar ke, ESP Shaklee pun boleh
  • waktu makan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam), cuba ambil makanan yang betul-betul mengenyangkan. Seperti, lebih baik makan sepinggan nasi yang betul-betul mengenyangkan berbanding 2 keping roti yang kita anggap kudap-kudap sahaja. Tahukan nilai kalorinya sama? Haaa.. jangan ada yang tetiba terkejut pula. 🙂

Jadi kesimpulannya Vitamin C ini tidaklah menggemukkan ataupun menaikan selera makan ataupun naikkan berat badan. Semuanya TIDAK!

Anda mahu mendapatkan Vitamin C?

Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian. 

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Vitamin C Naikkan Berat Badan?
Tagged on:     

One thought on “Vitamin C Naikkan Berat Badan?

Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge