Percutian Percuma Shaklee (Part 2) ~ Hadiah Dari Shaklee | Alhamdulillah, dah selamat berakhirnya events Shaklee sepanjang 3 hari lepas. Percutian Percuma Shaklee 2015 (National) dah pun habis. Dan National Conference 2014/2015 pun dah melabuhkan tirainya semalam juga. Penat walaupun Cik Puan VK yang baru habis pantang ni cuma join Gala Dinner untuk award achiever pada Sabtu malam dan juga separuh hari NC pada hari Ahad. Tu pun banyak duduk je sebab masih lagi tak berapa larat nak jalan-jalan sangat. 🙂
Tapi yang paling excited Cik Puan VK nak kongsi hari ini tentang hadiah dari Shaklee yang dah dikumpul sepanjang 3 hari events Shaklee ini berlangsung. Hahahaha.. suka betul bila hadiah banyak-banyak ni kan?
Hadiah Dari Shaklee Sepanjang Percutian Percuma dan National Conference 2014/2015
Dah la dapat percutian percuma, dapat hadiah dari Shaklee juga tau. Sebelum pergi bercuti, Shaklee dah bagi bag travel dan baju-T. Bag tahun ni bag sandang belakang. Ringan je dan kemas. Cantik sangat dan Cik Puan VK dah tahu lepas ni boleh hadiahkan pada anak yang nak masuk darjah 1 nanti. Senang sebab ada roda tak perlu nak galas bagai.
Sampai kat Palace of the Golden Horses, waktu check in tu, Shaklee terus bagi goodie bag sempena National Conference terus. Kami dapat 2 untuk suami dan isteri. Dapat jut bag yang ekslusif untuk NC, ada pen, shaker khas (bukan yang dijual sebelum ini), Shaklee Collagen Powder 4 sachets (bernilai RM80 dah ni), voucher produk RM50, sticker untuk road tax kereta, dan juga sticker Shaklee. Banyaknya… untuk 2 pax berganda 2 la jadinya.
Malam hari pertama percutian tu, waktu makan malam di Grand Hyatt KL, dapat doorgift coklat istimewa Shaklee (ada printed logo Shaklee pada coklat tu tai tak nampak) dan juga Plate Pewter National Conference 2014/2015.
Balik dari dinner, dapat pula SURPRISE gift elok je berletak kat atas katil. Suka! Sekotak Shaklee Collagen Powder yang bernilai RM298 tu. Wow!! Wow!! Wow!!
Yang lebih excited bila hari kedua dapat lagi surprise gift yang memang surprise betul, shawl yang sangat lembut, cantik, dan senang sangat nak pakai **okeh saya ngaku terus pakai esoknya..hihihi** Katanya memang shawl Burberry, almaklumlah owner Shaklee Roger Barnett pun pemilik Burberry juga. Wah, terharu sungguh. Tak pernah lagi saya mampu memiliki sendiri barang-barang berjenama Burberry ni. Terima kasih, Shaklee.
Dan di NC pula, dapat award “Leadership Consistency Award”. Eh ni kira hadiah dari Shaklee la juga kan?
Owh lupa nak share masa NC tu juga, Shaklee siap buka Day Care khas untuk kanak-kanak main. Full activity untuk kanak-kanak juga. Jadi anak-anak kami pun join sama la. Dah join macam-macam program, terselitla juga 2 hadiah yang dibawa balik iaitu pencil warna dan crayon.
Waaaahh!! Penuh bag kami dengan hadiah dari Shaklee je bila balik ke rumah. Terharu, seronok, mixed feelings. Rasa berbaloi penat lelah kami selama ni dalam Shaklee dan perjuangan ini in shaa Allah akan diteruskan lagi. Semoga Allah memberkati jalan yang saya pilih ini.
Buat kawan-kawan yang masih ragu-ragu nak berShaklee, jom tekadkan semangat. Kita pasti boleh berjaya. Rugi kalau kita tak ambil peluang ni sebab Shaklee boleh bagi macam-macam apa yang kita impikan.
Buat anda yang nak join Shaklee, jom hubungi saya segera! Tak rugi daftar ahli sebab bukan dapat harga ahli sahaja bila anda membuat pembelian, macam-macam benefits lagi yang anda akan dapat. Dan tak mustahil, Shaklee menjadi sumber pendapatan anda satu hari nanti.
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Tahun ni menjadi pemerhati saja..tahun depan naik pentas pula..insyaAllah
Noriza Rahman recently posted…Turunkan Bacaan Tahap Kolesterol ke Paras Normal
Sesungguhnya, patik amat jelly dengan shawl Burberry itewww… Sekian…
arnie recently posted…Bagaimana NutriFeron Menyokong Sistem Imun Badan