Percutian Percuma Shaklee 2015 (Part 1) | Hari ini husband bawa balik bag dan baju serta tag untuk Percutian Percuma Shaklee 2015. Alhamdulillah, rezeki kami lagi untuk merasa tahun ini. Nak nangis rasa time dapat email dan sms dari Shaklee yang bagitahu kami layak dapat tiket Percutian Percuma Shaklee 2015. Dan oleh kerana saya cik puan VK ni masih berpantang, jadi saya bagi hubby la enjoy percutian percuma Shaklee ini nanti.


Eh, boleh ke pass nama hubby sorang macam tu je? Boleh sangat.. Kalau kita layak 1 tiket, kita boleh pass kepada spouse, ibu bapa kita, atau anak-anak kita tau. Kalau layak dapat banyak tiket, boleh bawa yang disenaraikan tadi. Ada syarat-syarat tertentu juga.
Percutian Percuma Shaklee 2015
Kali ini bakal bertempat di Palace of The Golden Horses (POGH). Percutian 3 hari 2 malam (5 hingga 7 Jun 2015) dan dengar-dengarnya percutian percuma Shaklee ini antara yang termahal kategori dalam negeri setakat ini. Best kan? Dan valid untuk distributor yang layak sahaja. Exclusive gitu kan.
Belek-belek buku aturcara ni, full aktiviti diatur. Macam-macam ada.. ada KL City Tour (owh dengar macam KL aje… tapi jangan underestimate sebab pakej lawatan pun 1st class), ada dinner juga di Grand Hyatt KL, tak termasuk pakej makan kan Palace of the Golden Horses juga, ada duit elaun lagi.. dan yang pasti akan ada SURPRISE GIFT yang saya suka sangat tunggu-tunggu! Ingat last year dapat bag make up dengan Shaklee Collagen Powder, berserta towel exclusive Shaklee. Tahun ni apa la pula agak-agaknya ye.

Percutian Percuma Shaklee 2015 ini juga bakal berlangsung serentak dengan National Conference juga yang bertempat di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC) yang berdekatan. Ada shuttle bus disediakan untuk bawa kami-kami yang bercuti di POGH tu ke NC. NC ini memang acara tahunan terbesar bagi distributor Shaklee sebab ianya menghimpunkan hampir keseluruhan distributor Shaklee se Malaysia. Haaaa.. tiket masuk pun murah je tau. Cuma RM30 sahaja, tetapi goodie bag yang bakal diperolehi dengarnya bernilai hampir atau mungkin lebih RM200!! **superb**
Dan rezeki kami lagi sebab kami dapat TIKET NC PERCUMA kerana merupakan salah seorang penerima award nanti. Bukan 1 tiket dapat, 2 tiket tau. Sebab? Sebab register letak nama pasangan sekali. Haaa.. tu la kelebihannya bila kita register letak nama pasangan. Kalau yang register ahli tu letak nama sorang, 1 tiket je la yang dapat.
Dah nama tersenarai antara salah seorang penerima award, dapat juga invitation dinner sekali.. yeayy!! Masa tu Cik Puan VK ni dah ngam-ngam abis pantang, boleh la join kan? **ada hati**
Ok, ini baru intro tau. Nanti lepas dah berlangsung semua events (Percutian Percuma Shaklee 2015 & National Conference 2015) ni, saya update lagi ye.
Terima kasih kepada mentor hebat saya Master Arnie & Master Yazid juga Master Norita & Master Naquib yang tak jemu-jemu membimbing sehingga saya dapat merasa apa yang saya rasai sekarang.
Jom kawan-kawan yang mahu “bermimpi” bersama saya! Kita jadikan mimpi kita satu realiti dengan syarat kita bergerak dari sekarang. Bukan hanya mimpi kosong yang terus hilang bila kita terjaga dari tidur.
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Bestnya percutian PERCUMA oleh shaklee untuk semua qualifiers..
Noriza Rahman recently posted…Turunkan Bacaan Tahap Kolesterol ke Paras Normal