Night Cream Shaklee: Mengapa Ramai Yang Sukakannya?| Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream atau lebih glamor lagi disebut night cream Shaklee je, memang menjadi buruan ramai sekarang ni. Mengapa ramai yang sukakannya agak-agaknya ye? Best sangat ke night cream Shaklee ni?

teruja night cream shaklee

Sesambil Cik Puan VK buat entry ni pun ada seorang customer yang sms dan begitu teruja nak dapatkan night cream Shaklee ni terus minta no akaun tanpa tanya harga terlebih dahulu. Excited kan? Mesti ada sesuatu yang sangat istimewa kan?

Mengapa Pakai Night Cream Shaklee?

Saya sendiri telah menggunakan produk rangkaian Nutriwhite ni dah bertahun-tahun. Lebih 3 tahun dah rasanya. Dan produk Nutriwhite yang paling saya suka sejujurnya memang Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream.

Kulit kan organ terbesar kita. Dan pentingnya kulit melalui proses pemulihan sebab kita pun selalu terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat, makanan pun mungkin tak cukup nutrisi, apatah lagi proses oksidatif disebabkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan kulit.

Malam adalah waktu yang paling sesuai untuk badan kita melalui proses pemulihan termasuklah kulit kita juga. Waktu ini degup jantung pun lebih tenang, otot-otot lebih relaks, organ-organ tubuh badan kita pun banyak yang berehat dan direhatkan.

Istimewanya night cream Shaklee ini dirumus khas dengan 16 sumber semulajadi dari 16 buah negara berlainan hasil penyelidikan dan ujikaji lebih 3 tahun ke seluruh dunia untuk mencari sumber yang betul-betul baik untuk kulit kita.

Nak tahu tak, ada rahsia best pada night cream ini. Jeng jeng jeng.. **eh eh main teka teki pulak**

Ada ramuan vitamin C aktif sebenarnya yang buatkan kulit muka si pemakai nampak lebih berseri di samping membantu kurangkan tompok-tompok hitam juga. Penggunaan yang konsisten memang ketara boleh nampak perbezaannya.

Selain tu ada juga Linden yang membekalkan khasiat serta melembapkan lapisan kulit paling dalam juga Scullcap yang berperanan mencerahkan dan melegakan keradangan kulit.

Hahaha, jangan salahkan Cik Puan VK pula ye kalau lepas pakai night cream Shaklee ni, anda bangun pagi feeling-feeling perasan kulit makin halus, makin gebu, makin lembut.. dan segala macam “makin” yang positif. Lagi best night cream Shaklee ni boleh nak apply kat seluruh muka. Hilangkan lingkaran gelap bawah mata, hilangkan eyebag pun superb juga tau.. Banyak lagi nak cerita. Ringkasnya anda kena CUBA, dan RASAInya sendiri.

Kepentingan Menggunakan Krim Malam

Secara umumnya, menggunakan krim malam ini (tidak dikhusukan night cream Shaklee sahaja) memberi banyak manfaat kepada kulit kita. Antaranya;

  1. melembapkan bahagian-bahagian wajah yang kering. dalam masa yang sama krim malam juga memastikan kulit muka kita sentiasa terhidrat
  2. menyegarkan kulit muka
  3. tona muka yang sekata serta tekstur kulit yang lebih halus lembut
  4. meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit
  5. membantu peredaran darah yang baik
  6. mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada muka
  7. mengurangkan kekenduran kulit
  8. membantu kulit lembut dan lebih gebu
  9. proses penuaan kulit berkurangan
  10. mengembalikan keanjalan kulit
  11. membantu penghasilan sel-sel kulit baru yang lebih sihat

*Credit*

Night Cream Shaklee: Mengapa Ramai Yang Sukakannya?

Jom kita tengok apa kata mereka yang dah mencuba dan merasainya sendiri;

Paling viral, selain dari dapat efek kulit muka halus mulus, ramai yang sukakan night cream Shaklee ini sebab boleh hilangkan lingkaran hitam atau lebam bawah mata.

lebam bawah mata
Ini pengalaman Cik Puan VK sendiri. Tapi hasil dari penggunaan yang konsisten sekian lama, juga pengambilan vitamin dalaman juga.
night cream 2
Perkongsian dari Puan Tuty Rahiza
night cream 3
Perkongsian dari Puan Oja; penggunaan bersama Enfuselle Eye Treatment

Tak kurang juga hasilnya pada kulit muka yang halus, lembap, bebas jerawat, dan tona yang sekata. Best!!

testimoni night cream 2

testimoni night cream 1Juga berpuluh-puluh feedback excitement daripada para pengguna (tanpa gambar) tentang night cream Shaklee ini.

testimoni night cream shaklee 1

testimoni night cream shaklee 3

testimoni night cream shaklee 2

Nak dapatkan NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pemakaian yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Night Cream Shaklee: Mengapa Ramai Yang Sukakannya?
Tagged on:     

2 thoughts on “Night Cream Shaklee: Mengapa Ramai Yang Sukakannya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge