Cara Minum Air Cukup Semasa Puasa | Semasa puasa ni agak sedikit mencabar untuk kita minum air secukupnya kan? Ramai yang minum hanya 2-3 gelas sahaja air sehari sepajang bulan puasa ini iaitu 2 gelas mungkin semasa berbuka, dan 1 gelas air semasa bersahur. Owh, air yang dimaksudkan di sini ialah air masak ye. Bukan air sirap, teh, oren atau apa-apa sahaja yang sejenis dengannya.
Cara Minum Air Secukupnya
Air penting untuk kelangsungan hidup kita. Kita boleh bertahan beberapa hari dengan tidak mengambil sebarang makanan tetapi badan kita boleh mengalami masalah yang serius sekiranya kita tidak cukup minum air. Air yang diperlukan oleh setiap orang adalah berbeza mengikut berat badan masing-masing. Setiap 25kg berat badan, 1 liter air diperlukan. Jadi kalau berat badan 50kg, kita perlukan minimum 2 liter air masak sehari. Lebih banyak lebih bagus. Kalau 2 liter tu lebih kurang 8 gelas kan? Dengan purata segelas ialah 250ml (lebih banyak berat badan anda, lebih banyak air diperlukan). Tetapi yang selalu disarankan kita mengambil 3 liter air sehari. Terutamanya untuk kita yang ambil suplemen ni kan. Lagi banyak kita minum, lagi bagus untuk meningkatkan metabolisme badan dan juga untuk penyerapan nutrien yang baik ke dalam saluran darah.
Saya pernah berkongsi tips minum air 3 liter setiap hari sebelum ini. Mudah saja, cuma minum 500ml setiap 2 jam di pejabat (siang hari). Tapi itu kalau hari-hari biasa boleh la kan? Siang hari memang kita banyak minum air. Tapi bagaimana pula nak minum air cukup semasa puasa yang memang kita langsung tidak minum air di siang hari?
Cara Minum Air Cukup Semasa Puasa
Mudah sahaja, boleh ikut carta yang disediakan oleh Puan Nurul Aziyana yang dikongsi oleh Dr Zubaidi ini.
Tips no 2 dan 3 itu anda boleh tukar bersesuaian dengan cara anda berbuka, makan dahulu atau pun solat Maghrib dahulu.
Naaaahhh!! dah cukup 8 gelas air atau bersamaan 2 liter air. Kalau anda rasa berat anda memerlukan lebih lagi pengambilan air semasa puasa, anda boleh gunakan gelas yang lebih besar (kuantiti air yang banyak) semasa minum. Mudah kan tips minum air cukup semasa puasa ni?
Panduan Pengambilan Air Semasa Bersahur
Saya juga suka nak berkongsi tips atau panduan pengambilan air semasa bersahur dari Kevin Zahri ini. Semoga bermafaat untuk semua.
Masih Rasa Susah? Tak Mampu Minum Air Cukup Semasa Puasa?
Kesian badan kita bila tak dapat cukup air, nanti mudah penat dan boleh berlaku dehidrasi tambah-tambah lagi kalau bekerja di luar yang akan membuatkan anda berpeluh dan kehilangan air.
Mungkin anda boleh mencuba Performance Drink untuk membantu. Saya sendiri pun amalkan minuman ini setiap hari kerana lebih memerlukan banyak air untuk menyusukan baby. Penat, dan flat rasanya nak kena minum air berganda-ganda ni kan. Untuk diri sendiri, untuk baby lagi.
Kebaikan Performance Drink Shaklee
- Bebas gas atau tidak berkarbonat.
- Kurang kandungan gula (less sugar).
- Tidak mengandungi lemak
- Tidak mengandungi kolestrol
- Tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna atau pengawet tambahan
- Dirumus KHAS dengan kandungan sodium, potasium dan karbohidrat yang mencukupi
- Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus.
- Membantu mengatasi masalah dahaga (sesuai sangat utk minum ketika bersahur di bulan puasa)
- Bersifat isotonik . Jumlah kepekatan karbohidrat yang ada didalam Performance Drink adalah sama dengan darah kita. Ini memudahkan proses penyerapan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah. Kesannya? Tubuh lebih bertenaga dan cergas!
Baca lebih lanjut tentang Performance Drink Shaklee di sini
“Elak Dehidrasi dengan Performance Drink”
“Performance Drink Pilihan Elfira Loy”
“Ibu Menyusukan Bayi Mudah Haus”
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)