Pengalaman Bersalin Induce | Alhamdulillah.. Dah selamat lahirkan cahaya mata ke4 dan syukur kedua-dua ibu dan baby sihat walafiat.

Pengalaman bersalin kali ini memang totally different bagi saya. Ha, dah macam orang beranak sulung betul. Hihihi..

Saya kena induce tau. Anak no 4 ni pulak yang kena “paksa” keluar sebab seronok sangat agaknya berada di dalam perut ibu.

pengalaman bersalin induce 1

Kenapa Kena Induce?

Ada beberapa sebab kalau doktor decide untuk induce ni. Tapi kes saya pula, kisahnya, EDD kalau ikut 1st heartbeat baby patutnya pada 21hb April, tapi kalau ikut cycle period EDD pada 26hb April. Tup-tup 21hb masih relax je. Checkup 25hb pun masih steady tak ada tanda-tanda dah nk bersalin pun walaupun baby dah engaged seawal minggu ke 35!!

Final checkup tu, doktor kira air ketuban, cod blood flow, heartbeat, macam-macam lagi. Semua ok! Ibu pun sihat tak ada apa-apa masalah seperti pregnancy dulu-dulu macam HB rendah, gula rendah dalam darah la, urine ada protein sikit la, tekanan darah turun naik la.. Tapi alhamdulillah kali ni semua ok even doktor pun cakap “pregnancy kali ni dalam sejarah you paling sihat.. Alhamdulillah” **happy!!**

Tapi masalah pula kan bila semuanya sihat doktor cakap boleh tunggu normal contraction for normal delivery. Aduh! Berapa lama nak tunggu? Baby overdue ni cepat besar. Saya dah serik dan trauma untuk push baby besar ni. Dan setelah berbincang dengan doktor, kami setuju nak induce 28hb April. Macamna pun nak bagi bersalin jugak 28hb tu.

Pengalaman Bersalin Induce

Cuak! Memang cuak sebab ini pengalaman baru bagi saya. Balik rumah, terus stadi pasal induced labour ni. Ada yang cakap “biasa-biasa je”, ada yang cakap “sakit sangat-sangat”.. Berpeluh-peluh juga la baca banyak info ni.

Hari Selasa 28hb tu pagi-pagi lagi lepas kenyang kami suami isteri terus ke labor room. Saya pastikan saya telan 2 biji Vitalea, minum ESP dan Performance Drink pagi tu. Bawa bekal sekali Ostematrix dengan B Complex untuk telan dalam labor room nanti bersama-sama kurma dan air zam-zam. Sampai hospital je, terus bincang tentang procedure step by step apa yang doktor nak buat kat saya sebab banyak sangat procedure induced labour ni dan applicationnya bergantung pada keadaan diri kita juga sebenarnya.

10:30 a.m ~ 1st sekali, buat CTG. Nak tengok ada contraction tak. Kot-kot dah ada mild tapi saya tak rasa. Ok, masa ni memang tak rasa apa-apa kecuali dup dap je lebih. Tapi sebenarnya dah ada mild contraction dalam 30-40%.

mesin ctg
image googled ~ Mesin CTG untyk bacaan heartbeat baby dan level of contraction.

11:30 a.m ~ 2nd step, sebab dah ada contraction sikit-sikit walaupun tak rasa apa-apa, nurse kena buat VE nak tahu dah buka ke jalan. Bila dah cek, baru 2cm dan memang saya kena induce dengan cara masuk ubat melalui vagina! Masa ni dah dekat pukul 12 tengah hari. Dah start kena puasa dah time ni, minum air je boleh. Cepat-cepat saya telan B Complex dan Ostematrix time ni nak bagi bertenaga sikit.

Lepas dah masuk ubat ni, sejam kena duk atas katil je baring tak boleh bangun. Takut ubat yang ala-ala macam pil tu terkeluar balik.

Seriously, tak ada rasa apa sangat sebab ubat ni cuma rangsangan nak bantu buka jalan sahaja. Nak lembutkan otot-otot sekitar serviks. Dan kalau bernasib baik, akan ada contraction sekali (tu petanda baik!). Tapi kalau tak disertai contraction, kena add cara induce pula untuk rangsangan contraction. Nak bersalin kena contraction dan buka jalan seiring.

Estimated time untuk ubat induce ni bertindak lebih kurang 1-2cm setiap jam. Jadi, nurse bagi tempoh kat saya 4 jam boleh jalan-jalan dan relaks tapi dalam bilik bersalin tu je la. Dah tak boleh keluar jauh-jauh. Ok, sepanjang 4 jam ni memang boleh relaks la. cuma cuak melebihi segalanya. Masa tu sempat fikir “ok jugak induce ni tak de la seteruk orang cerita”. *_^

4:00 pmNurse datang nak pasang CTG lagi, tapi saya minta tunggu jap lps Asar saya nak solat dulu. Hihihi, masa ni dah berdebar tahap gaban

Dah settle semua, pukul 5 nurse cek jalan dah buka 6cm. Alhamdulillah. Dan buat CTG lagi dah dapat rasa contraction dah makin kuat dalam 70% gitu. Syukur sangat jalan dan contraction seiring, jadi saya tak perlu dah kena induce untuk rangsangan contraction pula.

Ok, dah tak boleh bangun kata nurse. Kena baring je. Ni yang memang boring dan menyakitkan badan! Layanla contraction tu sambil baring je. Sakit pinggang betul!

6:00 pmDah start rasa macam serba tak kena. Masa ni dah 8cm! Waahh serius dah rasa macam nak cepat-cepat push tapi kena tahan lagi. Saya dah kena amik gas (lupa pula namanya) yang memang buat lalok tapi tak membantu langsung hilangkan rasa sakit. Huhuhu.. Lepas tu dah tak ingat pukul berapa nurse pecahkan ketuban sebab by that time memang dah terasa sangat-sangat nak bersalin.

Dah tak fikir apa, zikir banyak-banyak dan amalkan doa-doa untuk mudahkan segalanya je time ni.

doa mudah bersalin

petua mudah bersalin

Alhamdulillah, sakit yang “sangat-sangat” tu tak lama cuma dalam sejam je. Baby selamat lahir jam 6:55 pm.

Saya selepas bersalin. Pukul 7:20 pm lebih kurang waktu ini
Saya selepas bersalin. Pukul 7:20 pm lebih kurang waktu ini

Fuuuhh!! Memang lama sangat “journey” nak lahirkan anak ke4 ni. Dok bertapa dalam labour room pun lama sangat. Dari pagi sampai ke malam! Dahla tak stop berdebar-debar fikir “induce sakit!”

Sakit ke Bersalin Induce?

Tak seteruk mana pun sebenarnya. Sakit tetap sama bersalin induce ke tak induce ke. Yang bezanya mental kita dah set kalau bersalin induce ni sakit dan tak induce ni natural je. Lagi satu ramai dok cakap kalau induce kena buat itu ini. Tak juga, induce ni rangsangan dan bantuan. Bergantung kepada situasi dan keadaan kita dan kandungan. Banyak procedure kita boleh skip. Macam saya mula-mula pun fikir nak kena itu ini. Tapi alhamdulillah, satu step induce masuk ubat je yang kena. Jadi kawan-kawan kalau ada yang senasib dengan saya kena induce ni, jangan panik sangat macam saya. In shaa Allah, kita doakan yang baik-baik je ye.

Tips dari saya;

  • jangan panik, banyakkan bertenang dan berselawat
  • amalkan zikir-zikir dan doa-doa yang boleh membantu kita tenang dan memudahkan proses bersalin
  • suami pun kena bagi sokongan moral juga
  • solat tetap boleh buat macam biasa walaupun dah turun tanda nak bersalin, even kalau bersalin waktu zuhur baru azan, kita tak sempat solat lagi, kena qada’ lepas dah bersih nifas
  • pastikan perut kenyang dan betul-betul bertenaga bila ke labor room.

“Set Lengkap Kehamilan Murah dengan YES Pack”

Tips Berpantang Sendiri

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Pengalaman Bersalin Induce

6 thoughts on “Pengalaman Bersalin Induce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge