lazada after party sales

Tanda-tanda Bersalin Semakin Hampir | Disebabkan Puan VK pun memang menanti kelahiran cahaya mata ke4 bila-bila masa sahaja ni, dan ambil feel bersembang dengan doktor semasa checkup tadi apa tanda-tanda bersalin yang boleh kita lihat? Cuak juga la ye walaupun dah anak ke4. Lagipun tanda-tanda bersalin setiap anak pun berbeza. Jadi kena buat revision lebih sikit la supaya tak kelam kabut bila tiba masanya nanti.

tanda-tanda bersalin

10 Tanda-Tanda Bersalin Yang Perlu Anda Tahu

Tanda-tanda awal (Biasanya 5 hingga 4 minggu sebelum bersalin)

#1 ~ Perut semakin jatuh

Ini petanda bayi sudah engaged! Dah memasuki “jalan” yang betul dan bersedia untuk kelahiran. Kalau tengok kat cermin pun boleh nampak perut kita dah semakin jatuh dan ke bawah. Waktu ini pula kita memang senang rasa sakit di bahagian bawah perut dan ari-ari disebabkan kedudukan bayi dan berat yang ditampung. Jalan pun boleh terkedek-kedek macam peguin **saya la tu selalu jadi dugong**

Waktu ini juga ibu-ibu merasakan semakin susah nak kontrol air kecil disebabkan kedudukan bayi yang dah menekan bladder. Tetapi berit baiknya, ibu-ibu lebih banyak ruang bernafas dan kurang dah rasa pedih ulu hati disebabkan kedudukan bayi dah semakin “jauh” dari paru-paru dan hati **kalau tak tu asyik kena kick je**

#2 ~ Pembukaan serviks mula berlaku

Tanda hampir bersalin ini jarang disedari secara terang-terangan. Kadang-kadang berlaku Braxton Hicks. Tetapi kebanyakan ibu-ibu tidak menyedari proses pembukaan serviks secara perlahan-lahan ini, terutamanya untuk mereka yang pernah bersalin.

#3 ~ Semakin kerap berlaku kekejangan dan sakit belakang

Normal tau keadaan macam ni. Badan kita sedang bersiap sedia nak menghadapi proses kelahiran nanti. Jadi, kalau berlaku situasi begini, cuba bertenang sahaja dan banyakkan berjalan. Pengambilan suplemen magnesium juga boleh membantu mengurangkan kekejangan.

#4 ~ Sendi-sendi lenguh dan rasa “longgar”

Sepanjang kehamilan, hormon relaxin akan bertindak “melonggarkan” sendi-sendi badan kita. Semasa nak masuk labor room pun nanti kita boleh rasanya segala sendi kita longgar dan seolah-olah nak tercabut. Jangan panik tau. Ini adalah proses persedian biasa tubuh badan kita bagi menyediakan pelvis mudah terbuka untuk proses kelahiran.

#5 ~ Diarrhea atau Cirit-Birit

Kebanyakan otot-otot badan berada dalam keadaan relaks untuk bersedia menghadapi kelahiran. Begitu juga dengan otot rektum. Ini boleh menjurus kepada “loose bowel movement”. Kadang-kadang memang boleh menyakitkan dan memenatkan. Tetapi itu pun perkara biasa dan petanda yang baik. Sentiasa pastikan badan kita hidrat dan minum lebih banyak air supaya tenaga tidak hilang.

#6 ~ Penurunan berat badan

Jangan risau kalau ini terjadi. Normal ye, ibu-ibu boleh kehilangan sedikit berat badan bila semakin hampir saat bersalin. Tetapi baby tetap membesar dan bertambah beratnya dengan sihat.

#7 ~ Ibu semakin mudah penat

Ya. Dah macam 1st trimester pula. Ini juga merupakan tanda-tanda hampir bersalin. Ibu akan merasa lebih penat dari biasa dan mula rasa nak tidur je. Nak buat kerja rumah dan aktiviti ringan pun dah tak berdaya. Tetapi perlu diingat, ibu-ibu juga perlu banyak bergerak untuk merangsang pembukaan jalan yang baik nanti. Dan juga perlu boost energy untuk push baby out bila tida masanya nanti.

Tanda-tanda Bersalin (beberapa jam sebelum bersalin)

#8 ~ Lelehan dari vagina

Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.

#9 ~ Kontraksi semakin kerap

Kontraksi berlaku semakin kerap, masanya semakin lama, dan semakin sakit. Itu tandanya proses bersalin yang serius sudah bermula. Kontraksi yang sebenar ialah;

  • semakin bertambah bila kita bergerak aktif  atau menukar posisi badan (Braxton Hicks menghilang bila kita menukar posisi badan)
  • kontraksi bermula dari bawah pinggang, bergerak dan menarik bahagian bawah abdomen dan kadang-kadang boleh dirasai sampai ke kaki
  • kesakitan semakin kuat dan semakin kerap mengikut pola masa yang tetap

#10 ~ Air ketuban pecah

Tanda-tanda bersalin yang semakin dan tersangat hampir bila air ketuban pecah TETAPI disertai dengan kontraksi juga yang membuka serviks anda.

Ok, dah habis 10 tanda-tanda bersalin yang saya tahu (hasil dari perbincangan dengan doktor dan sedikit bacaan di BabyCenter)

doa mudah bersalin

Selamat menyambut orang baru!

Tips Berpantang Sendiri

“… Buatkan Nurse Tergelak di Bilik Bersalin”

“Pengalaman Bersalin Induce”

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di [email protected] atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Tanda-Tanda Bersalin Semakin Hampir
Tagged on:     

5 thoughts on “Tanda-Tanda Bersalin Semakin Hampir

      • 16 January 2016 at 11:45 AM
        Permalink

        Sy dah seminggu kne cirit birit…tp due date tgh bln 3

        Reply
  • 8 June 2016 at 12:36 AM
    Permalink

    Perut sya slalu mgras. Stu hr x taw brp kli….apekh itu tbda dh dkt?

    Reply
  • 24 August 2016 at 6:46 PM
    Permalink

    Alhamdulillah, berpeluang rasa bersalin cara natural untuk anak ke-4.. Sebelum tue semua induce.. kali nie, memang tunggu semua tanda seperti di atas tue, selain dari kira contraction, siap tunggu sampai vaginal mucus keluar, hampir 36 jam jugalah nampak sign no.8 nie selepas keluar 1st blood show.. Bila sampai hospital dah 6cm, dan Alhamdulillah tak perlu tunggu lama untuk jumpa baby..

    Tapi untuk ibu2 baru, better pergi hospital secepat mungkin kan.. lain orang, lain tanda2 nak bersalin nya… 😀
    arnie recently posted…5 Tips Mudah Cara Makan Minyak Ikan OmegaGuard Bagi Kanak-KanakMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge