5 Tanda Kekurangan Protein Yang Anda Perlu Ambil Kisah | Sebut je tentang protein,mesti ramai yang terbayangkan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan macam-macam lagi la kan. Lepas tu mesti ingat kita ni dah cukup ambil protein setiap hari sebab banyak makan lauk-lauk ni. Tetapi sedarkah kita, protein memang mudah rosak bila melebihi suhu tertentu (protein denaturation). Sebab tu la kadang-kadang kita ni dah makan banyak dah sumber protein (pada pendapat kita la), tetapi masih lagi mengalami masalah kekurangan protein. Sayang kan?

kepentingan protein

Nak tahu tak apa 5 tanda kekurangan protein yang utama?

#1 ~ Hilang fokus dan sukar memberi tumpuan

tanda kekurangan protein 1

Kekurangan protein akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita boleh turun naik dengan tiba-tiba dan tidak stabil. Mempunyai paras gula dalam darah yang rendah akan menyebabkan kita susah memberi tumpuan dan mudah hilang fokus. Protein yang cukup juga membantu membebaskan karbohidrat secara berterusan di dalam badan dan sekaligus membantu menghasilkan tenaga mental.

#2 ~ Menginginkan makanan yang manis-manis

Tanda kekurangan protein apabila anda mula berasa sentiasa lapar dan mengiginkan makanan yang manis-manis je. Protein berkait rapat dengan paras gula dalam darah. Jadi bila kita kekurangan protein, badan kita mula demand sesuatu yang manis-manis.

#3 ~ Otot menggeleber dan lemah

tanda kekurangan protein 2

Memang tak cantik jika otot badan kita menggeleber atau menggelebeh. Tahap protein yang rendah ini akan menjejaskan pembentukan otot badan. Ini sering terjadi kepada mereka yang menjalani diet tetapi kekurangan protein untuk membentuk kembali bentuk badan yang telah berubah. Selain itu kekurangan protein juga boleh menyebabkan tubuh kita kehilangan berat badan secara tiba-tiba. Ini bukanlah penurunan berat badan yang sihat kerana  sel tubuh memerlukan protein. Apabila sumber protein tidak mencukupi, maka badan akan memecahkan protein dari otot untuk digunakan. Maka kita akan kehilangan otot tubuh sekaligus kehilangan berat badan.

#4 ~ Senang ditimpa sakit

Protein bukan sahaja membina otot tetapi juga penting untuk sistem imun yang kuat dah berdaya tahan tinggi. Kalau kita memang sihat secara generalnya tetapi sering juga diserang selesema, itu pun salah satu tanda kekurangan protein juga tau.

Sementara itu, kuku dan kulit juga boleh dilihat sebagai tanda kekurangan protein. Mereka yang kekurangan protein akan mudah kering, kusam, dan pecah-pecah kulitnya. Begitu juga dengan kuku yang senang patah dan rapuh.

#5 ~ Masalah rambut

tanda kekurangan protein 3

Folikel rambut kita dihubungkan dengan akar umbi di kulit kepala dengan bantuan protein. Kekurangan protein boleh memyebabkan akar rambut menjadi longgar dan terjadilah masalah keguguran rambut. Bukan itu sahaja, rambut pun senang rosak kerana tidak mendapat nutrien yang baik disebabkan gangguan kesihatan pada akar rambut. Maka, pelbagai masalah rambut boleh timbul seperti rambut rapuh, bercabang, menipis dan sebagainya.

*Credit*

Berapa banyak sebenarnya protein yang “cukup” untuk badan kita?

keperluan protein
image sumber dari www.goodhealth.com.sg

Tiada kiraan yang tepat kerana semuanya berdasarkan keperluan masing-masing. Kita ni jenis yang biasa-biasa je ke? Atau yang memang selalu buat kerja berat-berat ke.

Kalau dikira secara average, keperluan protein harian untuk golongan biasa (low to moderate), ialah;

0.8 gram x berat badan dalam kg

Contoh mudah, kalau berat 60 kg; 0.8 gram x 60 = 48 gram protein setiap hari

tetapi kiraan ini tak boleh nak diambil kira untuk ibu hamil dan menyusu ye. ^-*

Nak Protein Shaklee?

Shaklee ada 3 jenis minuman protein;

protein shaklee

1 ~ ESP

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal

2 ~ Cinch Shakes Mix

Campuran Proprietari Protein dengan Leusina Cinch® Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan “Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?” atau “Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?”. Cinch®Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berkhasiat untuk membantu anda memelihara otot penting serta membuat anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas semasa mengurangkan berat badan;

  • Rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh satu hidangan
  • Mengandungi 24gram protein dalam setiap hidangan bagi rasa puas dan kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi, 6 gram dalam setiap sajian
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting

3 ~ Meal Shakes

Hidangan lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

  • Sarapan segera penuh berkhasiat
  • Sajian yang lazat, murah dan cepat disediakan
  • Makanan segera untuk dinikmati oleh semua
  • Snek yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa
  • Sajian ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium

Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan dala

Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.

Sumber: Shaklee Malaysia

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

5 Tanda Kekurangan Protein Yang Anda Perlu Ambil Kisah
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge