Tips Memilih Soya Yang Selamat | Luangkan sedikit masa anda untuk melihat pelbagai produk soya di pasaran. Ada dalam bentuk serbuk, ada cecair dan ada dalam bentuk pepejal. Ada yang melalui proses penapaian, dan ada yang tidak ditapai. Pelbagai jenis. Tetapi yang pasti bila disebut tentang soya ini tentu mengundang KONTROVERSI. Banyak sisi hitam dan keburukan soya yang lebih diperkatakan berbanding kebaikannya. Betulkah soya semuanya tidak selamat? Atau masih ada soya yang selamat di pasaran?
Bagaimana memilih soya yang selamat?
Jom periksa senarai semak ringkas ini untuk memastikan anda memilih soya yang selamat untuk kesihatan. ADAKAH IANYA;
- ditaman secara organik?
- tidak diubah genetik semulajadinya (bukan GMO)?
- mengandungi 9 asid amino penting dan perlu?
- dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
- bahan anti-tiroid/anti-pertumbuhan telah disingkirkan?
- diproses tanpa haba?
- ditambah kalsium? (ini penting kerana apabila minyak dikeluarkan, soya akan bersifat asid dan penambahan kalsium boleh meneutralkannya kembali)
Sumber: Health Choice
Bagaimana dengan soya anda? Adakah mempunyai kesemua ciri-ciri soya yang selamat ini? Kalau ditanya saya, jawapan saya YA! Pilihan saya tentunya Shaklee Energizing Soy Protein atau lebih popular dikenali sebagai ESP.
Jom kita semak ciri-ciri soya yang selamat pada ESP Shaklee ini pula;
KACANG SOYA ORGANIK
Kacang soya yang ditaman secara tidak organik menggunakan baja kimia, pestisid, etc yang boleh menghilangkan kandungan nutrien tetapi pada masa yang sama meningkatkan kandungan nitrat. Nitrat yang tinggi inilah yang boleh menyebabkan terjadinya KANSER!
Soya yang selamat seperti ESP Shaklee menggunakan kacang soya yang ditaman secara organik, tanpa baja kimia dan apa-apa sahaja yang boleh mengurangkan kandungan khasiatnya. Kualiti dan nutriennya terjaga dan dapat menghalang kanser.
KACANG SOYA BUKAN GMO (TIDAK DIUBAH GENETIK SEMULAJADINYA)
Tidak dinafikan 94% dari sumber soya di USA adalah GMO soya. Itulah puncanya juga ramai yang menuding jari mengatakan soya ini membahayakan. Tetapi ladang Shaklee tergolong dalam 6% yang lainnya. GMO adalah satu proses pengubahsuaian genetik soya itu sendiri dan kaedah ini tidak dinafikan lebih murah dan cepat. Tetapi ianya menghasilkan toksid dan boleh memberikan risiko alahan kepada para pengguna.
Soya yang selamat, ESP tidak diubah secara genetik dan dihasilkan oleh 100% kacang soya bukan GMO.
MENGANDUNGI KESEMUA 9 ASID AMINO
Salah satu ciri yang paling berharga dari kacang soya adalah bahawa ia adalah protein yang lengkap dan memberi SEMUA sembilan asid amino penting. Badan memerlukan ini setiap hari untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, dan enzim. WALAU BAGAIMANAPUN, tidak semua kacang soya adalah sama kualiti dan kandungan asid amino dan ianya akan berbeza-beza mengikut keadaan tanah, dan berubah-ubah mengikut teknik tuaian.
Jika salah satu asid amino penting ini hilang, sistem imun boleh berkurangan 30%, dan banyak fungsi badan yang penting akan terganggu atau terhenti.
Soya yang selamat seperti ESP mengandungi kesemua 9 asid amino lengkap ini.
KACANG SOYA DIPROSES DENGAN AIR
Membasuh dengan alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavon sehingga 88%! Isoflavon penting kerana dapat mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, paru-paru dan kanser usus! Juga, ia adalah isoflavon yang begitu bermanfaat dalam keseimbangan hormon dan meningkatkan jisim tulang.
Soya yang selamat, ESP dibasuh dan diproses dengan menggunakan air untuk memelihara kandungan isoflavon nya.
BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN DISINGKIRKAN
Penting untuk mengelakkan sebarang gangguan kesihatan dan fungsi tubuh serta mencegah kanser. Dan ESP Shaklee telah direka khas dengan mengasingkan bahan-bahan tersebut
KACANG SOYA DIPROSES TANPA HABA ATAU PEMANASAN
Asid amino adalah sangat sensitif kepada haba. Dalam beberapa kajian, memasak protein telah menunjukkan boleh memusnahkan sehingga 50% daripada beberapa Asid Amino perlu. Jika seorang individu secara konsisten mengamalkan diet yang kekurangan semua asid amino yang diperlukan, pertumbuhan otak dan hormon akan terganggu, atau pertumbuhan tisu badan juga boleh terbantut atau terhenti.
Sebab itulah ESP tidak digalakkan untuk disediakan dengan air panas. Sumber proteinnya boleh rosak.
KACANG SOYA DITAMBAH KALSIUM
Soya mentah bersifat neutral. Namun begitu, semasa proses untuk menjadikannya serbuk, minyak dari kacang soya ini telah disingkirkan dan sekaligus menjadikannya bersifat lebih asid. Jadi penambahan kalsium di dalam serbuk kacang soya ini akan mengembalikan kenuetralan soya itu tadi.
Pilih soya yang selamat yang mengandungi campuran kalsium kerana banyak pengeluar soya tidak menambah kalsium di dalam produk soya mereka.
Credit: Health Choice
Jadi… pilihlah ESP yang memang menepati semua piawaian tadi. Sebab itu saya tidak teragak-agak mengatakan ESP soya yang selamat dan terbaik yang pernah saya jumpa.
Jom dapatkan ESP sekarang!
Promosi ESP sedang berlangsung sepanjang Mac 2015
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Soya ESP juga enak diminum begitu sahaja. Sooo PURE, tak perlu tambah perisa2 lain pun dah memang sedap… Pilihan saya, 3 sudu besar ESP + warm water = wallahhhh! Mabeles!!! 😉
arnie recently posted…Petanda dan Punca Leaky Gut
Pingback: 5 Makanan Terbaik Putihkan Kulit Secara Semulajadi | Nak Kulit Putih
Pingback: Kurus Dengan ESP | Rahsia Hilang Berat Badan 10kg
Pingback: 5 Tips Untuk Pilih Sumber Protein Berkualiti Tinggi