Sihatkan Kolon Dengan Herblax ~ Detoks Kolon | Kolon, atau usus besar, adalah organ penting untuk menyerap nutrien, mensintesiskan vitamin dan mengawal paras air dalam badan. Kekurangan makanan yang seimbang, terutamanya makanan tinggi serat, boleh membawa kepada kolon tersumbat. Impak dari tersumbat ini pula boleh menyebabkan pelbagai gejala termasuklah malabsorption, keracunan darah, kekurangan vitamin, sembelit, sakit perut, dan kekurangan tenaga.

Detoks kolon rendahkan risiko kanser
Detoks Kolon ~ rendahkan risiko kanser

Sihatkan Kolon

Kolon yang sihat perlu melalui “proses pembuangan” yang normal 2 kali sehari, yang TIDAK mempunyai sebarang masalah seperti mengandungi lendir, darah atau makanan separa hadam.

Walaubagaimanapun, diet kita orang Malaysia ni, terlalu kurang serat kerana kurang mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, dan berlebihan dalam pengambilan karbohidrat dan pengawet yang mengganggu pergerakan usus yang lancar dan juga boleh membawa kepada melekatnya sisa-sisa makanan ini pada lapisan kolon kita. Lapisan membran yang melekat inilah yang akan meresap ke lumen, pengurangkan penyerapan nutrien makanan yang diambil, juga boleh menyebabkan kerosakan dan keracunan. Pembersihahan kolon yang lengkap atau detoks kolon ini boleh dilalukan dengan kaedah semburan air bertekanan tinggi ke dalam kolon. Tetapi lebih mudah dengan mengamalkan pemakanan tambahan herba (julap herba) seperti Senna.

lumen dalam kolon
Lumen di dalam kolon kita.

Apa itu Senna?

Senna, atau Cassia acutifolia, adalah tumbuhan asli China, India dan bahagian-bahagian lain di Asia dan dianggap sebahagian daripada keluarga kekacang. Senna dalam bentuk daun dan biji benih digunakan secara perubatan kerana ianya adalah sumber yang kaya dengan glikosida anthroquinone, yang merangsang pergerakan usus, mewujudkan kesan julap yang kuat, seperti yang dipetik dalam “The Way of Herba Cina.” Senna adalah ramuan dalam julap komersial, ex-Lax, yang digunakan secara meluas untuk melegakan sembelit. Pakar-pakar herba mengklasifikasikan senna sebagai julap semulajadi yang kuat dan berbanding herba lain yang lebih lembut yang mengandungi anthaquinones, seperti Sagrada cascara. Tetapi herba lain bukanlah pilihan yang baik untuk detoks kolon kerana banyak kesan sampingan. Sebab itulah senna banyak digunakan untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan proses detoks kolon.

Detoks Kolon Dengan Herblax Shaklee

Detoks kolon adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Ia perlu demi mengelakkan gangguan kepada sistem pencernaan, mengelakkan gangguan sistem peredaran darah dan sistem pertahanan badan. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

DETOX-DENGAN-HERB-LAX
Credit pic to Kedai Nutrisi

Apakah yang berlaku apabila sistem pencernaan terganggu?

Sistem pencernaan sangat penting demi menyahkan toksin dari tubuh badan. Jika ia tidak dapat berlaku dengan baik maka ia akan mengundang penyakit seperti

  • masalah kulit
  • gangguan pada buah pinggang
  • mulut dan nafas berbau
  • sesak dada
  • angin ahmar
  • wajah nampak tua
  • kembung perut dan
  • daya imun yang lemah.

Siapa Yang Sesuai Ambil Herblax?

Lelaki dan Wanita

  • Mereka yang dalam proses pembuangan lemak
  • Mereka yang ada masalah pencernaan
  • Mereka yang ingin menjaga kesihatan usus terutamanya dan sesiapa sahaja!!

Terutama mereka yang mengamalkan makan vitamin pemecah lemak seperti OmegaGuard dan Lecithin sangat perlu mengambil HerbLax demi memastikan lemak-lemak yang disingkirkan dapat dibuang dengan baik melalui proses penyahtinjaan.

Herblax Shaklee Yang Istimewa

Herblax Shaklee bukan terhasil dari daun Senna sahaja tetapi kombinasi 9 herba semulajadi iaitu senna leaves, buckhorn bark, licorice root, fennel seeds, anise seeds, rhubarb root, blue malva flower, culver’s root dan alfalfa leaves.

kandungan herblax shaklee

Apa Kata Testimoni Herblax?

“Saya amalkan ambil 4 biji Shaklee Herb-Lax seminggu sekali, untuk kesihatan perut, usus &
dalaman. Biasanya hujung minggu, hari Sabtu malam Ahad tue, supaya tak ganggu aktiviti
harian. Kadang-kadang 2-3 kali seminggu (ikut kerajinan! hehe).
Lain orang, lain efeknya. Ada orang yang keesokan harinya perut terus bersih. Bagi saya pula, efeknya lambat dan perlahan. Kadang-kadang petang keesokannya, kadang-kadang malam keesokan harinya.
Yang best nya, berbanding dengan ubat “benpi” yang pernah saya cuba dulu, sakit perut tue lebih mild (perlahan), dan boleh di kawal. Takdelah jam-jam tue jugak nak kena cari toilet. Sesuai dengan tag line nya, “encourages mild cleansing action”. Lagi satu, ia adalah vitamin, bukannya ubat. Jadi, saya yakin ia lebih selamat untuk badan kita, berbanding dengan ubat julap lain di pasaran. Dalam Herb-Lax nie juga ada kandungan alfalfa tau” – Arnie

Bagaimana mahu mendapatkan Herblax Shaklee?

Anda boleh menghubungi kami untuk pesanan atau boleh juga mendapatkannya terus di sini dengan pembelian melalui kad kredit atau kad debit. Selepas itu, boleh hubungi kami untuk konsultasi dan cara pengambilan yang betul dengan memberikan no invoice anda sebagai bukti pembelian.

esell shaklee

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Sihatkan Kolon Dengan Herblax | Detoks Kolon
Tagged on:             

3 thoughts on “Sihatkan Kolon Dengan Herblax | Detoks Kolon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge