Perlukah Pakai Toner (Penyegar) Muka? | Ramai betul yang tidak sukakan toner (penyegar) muka ni. Selalu juga customers bertanya setiap kali membeli skin care Shaklee;

“Perlukah pakai toner ye? Boleh tak kalau saya pakai pencuci muka sahaja lepas tu terus apply moisturizer?”

Toner sebenarnya adalah produk kecantikan asas, selain pencuci dan pelembap (moisturizer). Tapi apa yang toner lakukan pada kulit muka kita sebenarnya ye? Kita faham pencuci menanggalkan kotoran, dan pelembap pula memelihara kelembapan kulit selain memberi perlindungan daripada sebarang kotoran dan juga sinaran uv untuk “menyerang” kulit secara terus.

perlukah pakai toner?

Tetapi apa pula peranan toner? Betulkah perlu pakai toner? Kalau ditanya pendapat saya, YA… SANGAT PERLU untuk mengecutkan pori dan menyegarkan kulit.

Apa Toner Lakukan Pada Wajah Kita?

Sebelum itu, mari kita fahamkan apa yang pencuci muka lakukan pada wajah kita. Semasa kita mencuci muka, pencuci muka akan membuka liang-liang pori untuk mengeluarkan segala kotoran pada wajah, mengurangkan minyak juga pada wajah kita. Jadi apa kaitannya dengan kepentingan toner selepas mencuci muka?

1. Mengecutkan Liang-liang Pori

Menggunakan toner yang mengandungi ekstrak botani boleh membantu mengetatkan dan mengecutkan kembali liang-liang pori wajah kita, secara langsung akan mengehadkan risiko alergik atau kotoran dari terus memasuki liang pori. Bayangkan ye kalau liang pori itu dibiarkan terus terbuka, kan senang mengundang segala kekotoran dan boleh pula mengundang jerawat-jerawat yang tidak diingini. Liang-liang pori yang terbuka besar juga akan menyebabkan kulit lebih berminyak dan mudah mengundang terjadinya whitehead dan blackhead.

2. Menyingkirkan Kulit Mati

Kebanyakan toner mengandungi agen pengelupasan lembut yang boleh membantu membuang lapisan kulit mati pada wajah. Betul, ada sesetengah pencuci muka juga menanggalkan kulit mati, tetapi penambahan sapuan toner pada wajah boleh membantu membersihkannya lagi. Penyingkiran kulit mati ini boleh membantu menonjolkan lagi kecerahan semulajadi wajah dan dalam masa yang sama boleh menghalang pertumbuhan bulu-bulu halus pada muka. Haaaa.. siapa yang ada bulu muka tebal tu cuba amalkan toner. Tengok hasilnya selepas anda konsisten *_^

3. Seimbangkan pH Kulit

Kulit kita secara semulajadi berasid dengan keseimbangan pH sekitar 5-6. Apabila kita mencuci muka dengan pencuci muka, minyak yang terhasil secara semulajadi (yang berfungsi mengekalkan pH kulit) pada wajah akan disingkirkan kerana sifat pencuci muka yang beralkali. Kesan daripada itu, wajah kita secara automatik akan menghasilkan jumlah minyak yang berlebihan selepas itu (mencuci muka) untuk menggantikan minyak yang telah disingkirkan. Di sinilah peranan toner yang membantu keseimbangan pH kulit kembali dan secara langsungnya menghalang penghasilan minyak yang berlebihan.

4. Mengembalikan Keremajaan Kulit

Haaa… terkejut tak? Sapa sangka toner boleh meremajakan kembali kulit wajah kita. Sebab tu lah juga mereka yang menjaga rutin asas penjagaan kulit ini selalunya tampak lebih muda dari usia sebenar kan?

Perlu toner untuk simulasi sel dan mengurangkan kerosakan dari kesan radikal bebas. Toner juga membantu mengekalkan kelembapan kulit, menghalang iritasi kulit dan memelihara dinding kapilari pada wajah.

Rujukan: Just Health

Itu antara points yang penting sahaja tau. Banyak lagi faedah lain tentang perlu pakai toner untuk kesihatan dan kecantikan kulit wajah kita.

Bagaimana Cara Pakai Toner Yang Betul?

Sebaik sahaja anda telah memilih toner yang sesuai untuk keperluan anda, anda boleh memulakan rutin penjagaan kulit:

Langkah 1: Cuci muka dengan rapi menggunakan pembersih atau pencuci muka yang lembut.

Langkah 2: Lap wajah sehingga kering. Jangan gosok dengan tuala atau tuala kecil kerana ini boleh menyebabkan kerengsaan.

Langkah 3: Sapukan sejumlah kecil toner anda pada pad kapas atau bebola kapas. Elakkan mencelup kapas anda dalam toner kerana ini boleh meninggalkan jalur-jalur atau mencemarkan produk anda.

Langkah 4: Gunakan gerakan mengusap lembut untuk menyapu toner pada kulit anda. Elakkan menggosok pad kapas supaya toner cepat meresap ke dalam kulit anda. Biarkan toner kering dahulu sebelum menyapu pelembap (moisturizer).

Nak lebih details? Boleh ikuti cara sapuan toner dalam video di bawah ini;

Toner Shaklee

toner muka shaklee

 

 

Ini toner Shaklee yang paling saya suka. Soothing Radiance Whitening Softener

  • Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
  • Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
  • Marshmallow membekalkan lembapan penting
  • Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit

Testimoni Penggunaan Set Skin Care Shaklee (Bersama Toner)

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di [email protected] atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Perlukah Pakai Toner (Penyegar)?
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge