Kontraksi Braxton Hicks ~ Petanda Mahu Bersalin | Diam tak diam dah masuk 36 minggu kehamilan ke 6 saya ini. Waah.. kehamilan ke6? Ya, 6 kali pregnancy dengan 2 keguguran. In shaa Allah ini anak ke 4 kami.

Berhasrat nak sharing tentang topik lain sebenarnya. Tetapi disebabkan saya dah mula mengalami kontraksi Braxton Hicks ini, jadi rasa best nak berkongsi pengalaman pula.

Apa Itu Kontraksi Braxton Hicks?

Kalau diikutkan pengalaman bersalin, rasa kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi sebenar ni lebih kurang sama je. Sebab tu kadang-kadang masih ada yang terconfuse walaupun sudah beberapa kali mengandung dan melahirkan.

Rasa kontraksinya sama. Perut tetiba mengeras dan kalau kita letakkan tangan di atas perut pun kita boleh rasakan otot uterus (rahim) mengecut dan mengeras pada masa itu.

kontraksi braxton hicks

Setiap kali kontraksi Braxton Hicks ini terjadi biasanya untuk 20-30 saat sahaja dan berulang-ulang selama 2-3 jam. Selang masanya pula tidak tetap, kadang-kadang setiap 20 minit, kadang-kadang setiap setengah jam. Sakit ini akan hilang bila kita melakukan aktiviti lain atau mengubah posisi kedudukan kita. Itulah beza sebenarnya dengan kontraksi sebenar semasa hendak melahirkan. Selang masanya sekata dan rasa sakit itu berskala sama.

Kenapa Ada Kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus kita sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus kita menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi keadaan serviks. Pada peringkat awal kelahiran, serviks mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Ada juga pakar yang menyatakan peringkat Braxton Hicks ini adalah masa terbaik untuk ibu-ibu mula berlatih tentang teknik pernafasan, dan bagaimana caranya mengawal “push” sebelum masanya.

Bagaimana Membezakan Kontraksi Braxton Hicks dan Kontraksi Sebenar?

beza kontraksi braxton hicks

Kontraksi Braxton Hicks:

  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.

Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:

  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

bezakan kontraksi braxton hicks dan yang sebenar

Bagaimana Sekiranya Berpanjangan? Perlukah Berjumpa Doktor?

Jika kehamilan kurang dari 37 minggu sebaiknya berjumpa doktor jika kontraksi diikuti oleh:

  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.

Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas usia kehamilan 37 minggu, sebaiknya terus rujuk doktor jika:

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Jangan berlengah lagi untuk terus ke hospital. Lebih selamat sekiranya kita dibawah pengawasan jururawat dan doktor dari kita pujuk hati sedap-sedap sendiri kan.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda juga;

Jemput baca entry berkaitan;

“Tips Berpantang Sendiri”

“Che Ta Bersalin Kekal Cantik”

“Buasir Ketika Hamil”

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Kontraksi Braxton Hicks ~ Petanda Mahu Bersalin?
Tagged on:             

One thought on “Kontraksi Braxton Hicks ~ Petanda Mahu Bersalin?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge