Petua Mudah Hilangkan Batuk dan Selesema | Rimasnya bila batuk berpanjangan. Satu kerja pun tak dapat disiapkan dengan sempurna. Mesti ada terganggu-ganggu juga sedikit. Lebih memburukkan keadaan kalau batuk berpanjangan dan menyebabkan sakit dada, nafaspun tercungap-cungap. Buat apa-apa pun mudah terasa letih.
Petua Mudah Hilangkan Batuk dan Selesema
Saya pernah diserang batuk yang teruk semasa hamil pula tu. Dah macam-macam ikhtiar saya buat. Ubat batuk memang tak digalakkan dalam keadaan hamil. Takut apa-apa komplikasi kepada kandungan. Jadi saya berikhtiar petua-petua yang lain. Termasuk la satu petua ini yang saya kira alhamdulillah serasi dengan saya hilangkan batuk. Mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda di luar sana juga.
Petua mudah hilangkan batuk yang saya maksudkan ialah TEH HALIA.
Penyediaannya sungguh mudah
- Halia ~ dalam anggaran 1 inci
- Beberapa helai daun tulsi
- Teh
- Gula atau madu
- Lemon atau limau nipis
Hancurkan kasar-kasar halia dan daun tulsi sebelum di masak dengan air. Bila mendidih, masukkan teh, gula atau madu. Dan jika suka boleh tambahkah limau nipis atau lemon. Minum semasa panas.
Bagaimana Halia Membantu Hilangkan Batuk?
Menurut laman web RxMed, komponen perubatan halia adalah pada patinya yang kaya antioksidan dan oleoresin. Oleoresin, sebenarnya, terkenal dengan manfaat untuk membantu mencegah batuk. Sebatian aromatik yang terdapat dalam halia adalah phenyl alkyl ketones, yang dikenali sebagai gingerols, shogaols dan zingerone, adalah sebatian kimia yang menjadikan halia berkualiti sebagai ubat dan berkeupayaan untuk melegakan batuk.
Hilangkan Batuk Dengan Mudah.
Kalau anda tiada masa untuk menyediakan resepi air teh halia ini, ada satu cara mudah hilangkan batuk yang boleh anda cuba. Cuma masukkan sebiji Peppermint Gingerplus Shaklee ke dalam satu cawan hidangan teh anda. Boleh campur dengan madu atau lemon untuk rasa yang lebih enak. Mudah! Cepat! Senang! Berkesan in shaa Allah.
Selamat mencuba
Anda mahu mendapatkan Peppermint GingerPlus?
Anda boleh menghubungi kami untuk membuat pesanan. Atau, anda juga boleh membuat pembelian terus di sini dengan menekan butang di bawah. Kemudian, sila hubungi kami untuk konsultasi dan panduan pengambilan dengan cara yang betul dengan memberikan no invoice sebagai bukti pembelian.
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Bagus buat teh halia peppermint ni…segar rasa badan
Noriza Rahman recently posted…Kekal Jelita Ketika Hamil
Pingback: Banyak Angin Dalam Badan | Badan Berangin
Pingback: Petua Legakan Sakit Kepala Tanpa Bantuan Panadol