Mekap Ketika Hamil Rendahkan IQ Anak? | Sapa suka mekap-mekap ketika hamil? Ramai yang kaitkan kalau si ibu suka berhias, bersolek, pakai mekap ketika hamil, itu petanda mengandungkan bayi perempuan. Berbeza pula kalau si ibu suka comot, tak suka mekap ketika hamil, itu tandanya bayi lelaki. Hmm.. boleh percaya ke? Kalau nak dikira pengalaman sendiri, dari kehamilan pertama sampai keempat ini pun sama juga bagi saya. Tak suka bermekap. Owh lebih tepat lagi MALAS nak pakai mekap ketika hamil kot **hihihi.. mengaku memang malas**

Sambil saya menggoogle tadi, menambah ilmu sedikit tentang kehamilan (walaupun dah kali ke 4 hamil), agak terkejut bila terjumpa artikel ini.

“Bersolek ketika hamil rendahkan IQ Anak!”

Kenapa Mekap Ketika Hamil Rendahkan IQ Anak?

berhati-hati ketika hamil

Ramai pakar kesihatan berpendapat, kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates (ftalat) pada alat solek mampu menurunkan darjah kecerdasan (IQ) anak dalam kandungan.

Ftalat adalah sejenis kumpulan bahan kimia yang digunakan untuk membuat plastik PVC pembungkus makanan dan digunakan untuk menstabilkan pewangi dan ditemui dalam beberapa produk pengguna lain termasuk mainan, produk penjagaan peribadi dan peralatan perubatan. Dan Ftalat ini juga digunakan dalam sesetengah bahan kosmetik wanita dan akan menjadi racun kepada bayi di dalam kandungan dengan menjejaskan kemampuan pembiakan janin, termasuklah kecacatan sewaktu lahir pada organ pembiakan lelaki. Paling sedih, bayi kita berisiko tinggi terkena kanser testis apabila mereka dewasa, jika ibu ibu mereka menggunakan kosmetik yang mengandungi Ftalat.

Hingga kini pakar beranggapan, phthalates mampu memberikan impak negatif pada kesihatan otak bayi dalam kandungan. Mereka mengetahuinya setelah melakukan kajian untuk memeriksa tahap IQ anak-anak.

Pendedahan tinggi pada phthalates mencatatkan tahap IQ sekitar enam hingga tujuh kali lebih rendah daripada bayi yang tidak terdedah kepada bahan kimia berkenaan. Tahap IQ rendah ini termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian dan mengingat sesuatu benda, menurut ketua penyelidik daripada Columbia University’s Mailman School of Public Health, Profesor Robin Whyatt.

Sebuah kajian daripada sebuah jurnal, Pediatrics, Dr. Sheela Sathyanarayana dari Universiti Washington, baru baru ini pula menjelaskan bahawa mereka telah menemui peningkatan kandungan monoethyl phthalate (MEP),monomethyl phthalate dan monoisibuthyl phthalate (MIBP) dalam urin bayi kesan daripada penggunaan penggunaan lotion bayi, syampu bayi dan bedak bayi. Menurut para penyelidik, bayi muda kurang dari 8 bulan lebih berisiko untuk terkena kesan ini.

Sumber: Dailymail

Anda Nak Rahsia Cantik Tanpa Mekap Ketika Hamil?

Ini perkongsian kami sendiri. Yang memang tak suka nak bermekap. Bukan sahaja tak suka mekap ketika hamil, tapi waktu-waktu lain pun memang jarang nak bermekap.

rahsia cantik tanpa mekap ketika hamil 1
Ini Master Arnie (upline saya) yang maintain gojes walaupun tanpa mekap. Beliau hamil 9 bulan waktu ini.
rahsia cantik tanpa mekap ketika hamil 2
Ini pula gambar sendiri, hamil anak ke4 pada usia kandungan lebih tepat 27 minggu.
rahsia cantik tanpa mekap ketika hamil 3
Perkongsian dari teman Nur Razali, credit pic to MommaVogue

Rahsia kami, tentulah konsisten dengan Set Kehamilan Shaklee dan juga amalkan set penjagaan muka dari Shaklee, NutriWhite dan Enfuselle. Nak tahu lebih lanjut? Boleh baca cerita panas di bawah ini.

“Che Ta Bersalin Kekal Cantik”

“Atasi Kulit Berminyak Dengan Mudah”

“NutriWhite Shaklee: Awet Muda dan Cantik Semulajadi”

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Mekap Ketika Hamil Rendahkan IQ Anak?
Tagged on:             

One thought on “Mekap Ketika Hamil Rendahkan IQ Anak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge