Gout dan Shaklee: Bagaimana Alfalfa Membantu Mengurangkan Gout? | Gout! Penyakit yang memang menyakitkan. Tiada pengalaman dengan gout tetapi saya tau ianya memang sangat-sangat mengerikan. Kata seorang kenalan yang menghidap gout;

“Gout memang haru biru. Sebut gout sahaja pun dan terbayang NGERI. Stress, sakit, tak selesa, sengsara!”

Urgghh!! Mendengar kata-katanya pun dah ngeri. Apatah lagi empunya badan yang menderita kesakitan. Tak dapat dibayangkan secara tepatnya.

Apa Itu Gout?

Anda mungkin juga telah mengalaminya tetapi tidak tahu apa masalah atau penyakit yang menyerang. Boleh jadi juga kan? Ramai yang mengadu sakit atau mengalami radang pada ibu kaki, buku lali, lutut malah jari-jari tangan. Pernah tak anda juga rasa macam ni? Kalau ada itu mungkin petanda yang anda juga menghidap gout. Ramai tak sedar kan?

tanda diserang gout

Gout ialah salah satu “keluarga” arthritis biasa yang paling kerap menyerang lelaki biasanya berumur 40-50 tahun. Gout dan artritis lebih kurang sama je keadaannya. Mereka yang menghidap gout ini tidak dapat mengeluarkan cukup enzim urikase, yang berperanan mengoksidakan asid urik tidak larut kepada sebatian yang lebih larut. Disebabkan kegagalan itu, kandungan urik asid meningkat di dalam darah dan tisu yang membawa kepada penghabluran atau crystallization.

gout dan shaklee

Penghabluran ini memang sangat-sangat menyakitkan seperti jarum yang mencucuk-cucuk ke dalam sendi-sendi. Penghabluran urik asid ini lebih mudah bila persekitaran yang sejuk dan yang paling senang diserang ialah ibu kaki.

Urik asid banyak terdapat dalam makanan seperti daging berlemak, gula-gula, dan alkohol. Ubat-ubat tertentu, masalah kesihatan buah pinggang, stress juga boleh menjadi penyebab kenapa terjadinya gout.

Gout Dan Shaklee

gout dan shaklee

Dalam set Shaklee untuk berikhtiar mengawal gout ini, salah satunya adalah Alfalfa. Ramai pula yang keliru bagaimana alfalfa boleh membantu mengurangkan masalah gout sementelah alfalfa memang terkenal sebagai milk booster untuk ibu yang menyusu.

Daun tumbuhan alfalfa kaya di mineral, asid amino perlu dan nutrien (fosforus, kalsium, magnesium, kalium, dan karoten yang giat memperkenalkan fungsi buah pinggang) dan lain-lain mineral. Semua mineral ini diuretik dan oleh itu membantu untuk membuang pengumpulan bendalir di tisu otot dan sendi. Alfalfa ialah satu sumber semulajadi kebanyakan vitamin-vitamin: A, B1, B6, B8, B12, C, D, E, K1, P, dan U. Alfalfa juga lebih tinggi kandungan protein daripada mana-mana tanaman makanan lain (15 hingga 22%). Alfalfa  bukan sahaja membantu untuk meneutralkan dan mengurangkan tahap-tahap asid urik yang tinggi dalam darah anda, tetapi ia juga mempunyai sifat semula jadi anti-radang dan ciri-ciri antipengoksida, menjadikannya satu pilihan yang baik mengamalkan alfalfa untuk penghidap gout.

Alfalfa juga membantu membantu untuk tingkatkan tahap-tahap urik asid di dalam air kencing yang secara langsungnya boleh membantu mengurangkan jumlah asid urik tersedia untuk menghablur yang membawa kepada serangan gout.

Sumber: Jeffwend, Gout and You

Testimoni Gout dan Shaklee

gout dan shaklee

 Boleh juga baca di sini;

“Penawar Arthritis dengan Vivix Shaklee”

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Gout Dan Shaklee: Bagaimana Alfalfa Membantu Mengurangkan Gout?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge