“Gajah Tak Sakit Sendi Ke?” | Cuti sekolah yang lepas, sempat singgah di Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah, sesambil bawa anak-anak balik kampung ke Kelantan tetapi saja-saja nak berjalan ke Pahang dan Terengganu dahulu.
Yang bestnya sebelum sampai semua excited nak tengok gajah. Bila dah sampai, ayah ibu je la yang lebih-lebih excited. Anak-anak semua dah terkedu tengok gajah depan mata dengan besarnya… dengan tak diamnya.. asyik bergerak tak stop.
Sampaila si kakak tiba-tiba bertanya;
“Ibu, gajah ni berat kan? Macamana ye dia boleh tahan berdiri dan bergerak tak berhenti-henti. Gajah ni lutut dia kuat ke ibu? Agak-agak berapa berat gajah ni ye? Tak sakit sendi ke gajah ni berat sangat badan dia?”
Saya tiba-tiba terkedu **sebenarnya tengah berfikir ayat macamana sesuai nak dijawab untuk budak berumur 8 tahun memahaminya**
“Cikgu kakak cakap kalau kat India, gajah guna buat pengangkutan kan? Pastu boleh angkat kayu balak lagi. Kuatnya dia.. Tapi gajah Malaysia tak macam tu la. Gerak-gerak menari-menari je. Mesti tulang dan sendi gajah India tu kuatkan? Ibu tahu ke kenapa?”
Haaa… kena soal lagi ibu. Jadi untuk memuaskan hati anakanda yang memang suka bertanya, ibu mencarilah jawapannya. Dah lama jumpa dan buat draf nak kongsi di sini tetapi macam-macam halangan pula sampai lambat nak publish **alasankah?**
Rahsia Gajah India Tak Sakit Sendi
Gajah India ini rupa-rupanya ada makanan kegemaran mereka tau. Sejenis daun herba yang tumbuh dengan begitu suburnyanya di India yang dikenali sebagai daun Boswellia. Gajah-gajah India ini menjadikan daun Boswellia sebagai “snek” harian mereka.

Dan rahsia di sebalik daun Boswellia ini ialah ianya memberikan banyak kebaikan kepada sendi kerana bahan ini bertindak sebagai ejen anti-inflamasi dengan kehadiran “asid boswellic”.
Bagaimana Boswellia Membantu Masalah Sakit Sendi?
Antara kandungan aktif Boswellia ialah asid Boswellic yang antara lain berfungsi menghalang tindakbalas kimia dalam otak yang melibatkan keradangan.
Ia juga turut digunakan dalam perubatan tradisional untuk meredakan simptom arthritis, osteoarthritis, bursitis dan juga carpal tunnel syndrom.
Pada tahun 2003, satu kajian telah diadakan terhadap 30 pesakit sendi untu membandingkan keadaan mereka sebelum dan selepas diberi suplemen ekstrak Boswellia ni. Selepas 8 minggu, kesemua pesakit memberitahu, keadaan mereka jauh berubah dari sebelum mengambil Boswellia. Kesakitan sendi sudah semakin kurang dan bertambah pulih.
Antara Lain Kebaikan Boswellia
Istimewa Advanced Joint Health Tablet Shaklee Ada Boswellia
Yang best tu bila cek balik ada satu produk Shaklee yang baik untuk sendi ada kandungan Boswellia ni. Patutla kan ramai yang berpuas hati bila mencuba.
Ekstrak boswellia menghalang pembentukan bagan kimia yang menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidak selesaan sendi.
AJHT sesuai untuk dihadiahkan kepada orang tua yang biasanya kerap mengalami masalah sakit sendi, dan juga para ibu yang biasanya bermasalah dengan sendi-sendi termasuk lutut, pinggang dan sebagainya. Tetapi masalah sendi ni bukan masalah orang tua sahaja kan. Sesiapa pun berisiko terutamanya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan berumur 35 tahun ke atas. Ya lah, semakin kita meningkat usia, semakin kusyen tulang rawan kita ni pun menipis juga.
Jom order Advanced Joint Health Shaklee sekarang!
____________________________________________________________________________________
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009
Saya Pengedar Shaklee Ampang
COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)
Suka dengan entri KY. Mesti ada selit-selit benda yang kita tak tahu. Kena banyak tiru KY
azimah mohd zainuddin recently posted…Kebaikan Zink Untuk Lelaki
entry VK memang best2. thumbs up! saya kena banyak belajar nak jadi macam VK juga. hehe
Oja recently posted…Tips Memilih Pencuci Muka yang Bagus dan Sesuai dengan Kulit
Xde apa la Oja.. Biasa2 je.. Allah lahirkan ilham melalui soalan ank2. Dari mencari2 ilmu untuk menjawab kat diorg, dpt ilmu yang boleh di share bersama
Yana VitaminKita recently posted…Promosi Shaklee Mac 2015
Alahai Zimah.. Biasa2 je.. Terima kasih jd peminat VK.. Hihihihi
Yana VitaminKita recently posted…Promosi Shaklee Mac 2015