Vitalea Kanak-Kanak Ada Xylitol Untuk Gigi Sihat | Anda tak perlu risau kalau berikan anak-anak Vitalea Kanak-kanak ini kerana ada kandungan istimewa Xylitol yang memelihara kesihatan gigi dan mengelakkan terjadinya masalah kaviti.

Seorang ibu yang dah mencuba sendiri Vitalea Kanak-kanak ini dah bertanya kepada saya;

“Sedap rasanya Vitalea kanak-kanak ni.. manis-manis anggur. Tak bahaya ke untuk gigi anak-anak ye sebab manis ni macam gula-gula pula”

Jangan risau. Kandungan Vitalea Kanak-Kanak Shaklee ini semuanya semulajadi. Gula pun Shaklee gunakan stevia. Ada acacia gum juga. Bestnyaaaa…

vitalea kanak-kanak gigi sihat

Xylitol Untuk Gigi Sihat dan Cantik

Kerosakan gigi berlaku apabila bakteria di dalam mulut mula memakan gula dari makanan yang kita ambil. Bila kita makan makanan yang mengandungi gula biasa, bakteria di dalam mulut kita mendapat tenaga, yang mengakibatkan jumlahnya akan berganda (membiak) dan mula menghasilkan asid yang boleh menghakis enamel gigi. Serangan asid inilah yang menyebabkan kerosakan gigi dan kaviti mula terbentuk.

Tooth-Decay-Process

Xylitol adalah pemanis semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan berserat seperti sayuran dan buah seperti bayam, strawberi, plum dan bahkan dihasilkan oleh metabolisme glukosa normal tubuh manusia.

xylitol gula semulajadi

Tidak seperti gula yang mudah terurai, xylitol mampu mengekalkan pH neutral di dalam mulut kita. Xylitol juga mencegah bakteria melekat pada gigi, dan inilah caranya bagaimana xylitol melindungi gigi dari mengalami kerosakan. Xylitol mampu menghentikan serangan asid yang biasanya boleh bertindak serta merta seawal setengah jam selepas pengambilan makanan bergula.

Xylitol Mengurangkan Bakteria, Mengurangkan Asid – Memelihara Kesihatan Gigi

Disebabkan bakteria di dalam mulut (yang menyebabkan kaviti) tidak dapat menghadam xylitol, bakteria tidak dapat membiak dan semakin berkurangan. PH nuetral di dalam mulut yang dihasilkan xylitol mampu membuatkan jumlah bakteria yang menghasilkan asid menurun sebanyak 90%. Pengambilan xylitol juga membantu mengurangkan plak kerana bakteria tidak dapat melekat pada gigi. Istimewanya lagi, bakteria juga mudah disingkirkan apabila kita menggosok gigi.

Xylitol_relief

Xylitol Membaiki Enamel Yang Rosak

Xylitol-timeline

Penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan xylitol juga mampu memperbaiki kerosakan pada enamel gigi. Malah air liur yang terhasil di dalam mulut selepas mengambil xylitol sendiri mampu melindungi mulut dan gigi. Air liur yang terhasil mengandungi semua komponen yang diperlukan untuk membaiki serangan kaviti awal.

Air liur yang mempunyai xylitol juga lebih bersifat alkali. Apabila kita mengambil makanan yang mengandungi xylitol, pH plak gigi boleh menaik dan merangsang proses kimia di mana kalsium dah fosfat pada air liur boleh memasuki bahagian enamel yang lemah (mula rosak), dan menguatkannya semula.

Rujukan: xylitol.org, drellie.com

Istimewakan? Shaklee melakukan penyelidikan setiap tahun untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi untuk kita semua. Apa tunggu lagi? Jom dapatkan Vitalea Kanak-Kanak dari Shaklee sekarang!

 “Mengapa Vitalea for Children Multivitamin Terbaik untuk anak-anak?”

(klik untuk info lanjut)

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Vitalea Kanak-Kanak Ada Xylitol Untuk Gigi Sihat

5 thoughts on “Vitalea Kanak-Kanak Ada Xylitol Untuk Gigi Sihat

Leave a Reply to ReeN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge