Tips Melancong Bersama Anak Kecil | Saya suka melancong. Kalau dulu pantang ada cuti mesti dah plan nak melancong ke mana-mana. Tetapi sejak si sulung dah bersekolah ni, agak terhad plan melancong kami. Jadual persekolahan anak perlu di dahulukan. Jadi, kalau melancongpun adhoc plan sahaja la. Itu pun terpaksa turut sama berebut-rebut dengan ramai orang di musim cuti persekolahan.

melancong bersama anak kecil

Bila melancong bersama anak kecil ni, banyak yang perlu kita ambil peduli demi memastikan percutian berjalan dengan lancar. Maklum sahajalah anak-anak ini pun ada perangai juga. Dibuatnya nak berdukung sepanjang masa, jenuh! Tetapi jika betul caranya, kerenah anak kecil yang di luar jangkaan ini pasti dapat diatasi dengan mudah.

Tips Melancong Bersama Anak Kecil

Saya kongsikan 5 tips melancong bersama anak kecil yang biasa saya praktikkan.

#1 – Pilih Destinasi Melancong Yang Selesa.

Ini paling penting. Jika dahulu saya gemar melancong ke tempat-tempat yang boleh shopping sekali, tetapi sejak beranak berderet ni, ke mana-mana sahaja destinasi percutian mesti mengambil kira tempat yang selesa dan seronok untuk anak-anak. Contohnya, sewaktu bercuti ke Sabah tahun lepas, seharian kami habiskan masa di tepi pantai (pulau) sahaja kerana anak-anak memang sukakan air. Boleh mandi manda, main pasir, berlari-lari dengan bebas. Layan kerenah dan apa yang mereka suka, pasti percutian menjadi lebih mudah. Bila mood mereka ceria, senang untuk di bawa berjalan ke tempat yang disukai ibu pula seperti ke bazar dll 🙂

Hotel dan penginapan juga mesti selesa, mempunyai kemudahan yang bagus, serta tempat makan yang berdekatan.

melancong bersama anak

#2 – Pakaian dan Keperluan Lain Yang Secukupnya.

Selalunya selepas memilih destinasi, saya akan listkan apa yang perlu dibawa. Bimbang jika barang-barang penting keperluan anak-anak yang tertinggal. Yang paling utama baju-baju, susu, pampers, baju sejuk (kalau ke tempat sejuk), pakaian mandi anak-anak yang wajib didahulukan. Libatkan anak-anak untuk berkemas bersama dengan memilih pakaian yang mereka suka bagi permulaan mood melancong yang baik.

tips melancong bersama anak (packing)

Keperluan lain seperti ubat-ubatan dan suplemen Shaklee juga wajib diselit bersama. Stroller atau SSC pula bergantung kepada destinasi pelancongan. Yang penting, ambil kira semua benda dan keperluan anak-anak demi memudahkan pergerakan.

#3 – Bawa Bekalan Makanan, Mainan dan Baju Spare Dalam Bag Ibu

Tidak kira samaada perjalanan ke destinasi itu dengan menaiki kereta atau pun kapal terbang, sentiasa sediakan bekalan makanan untuk mereka. Anak-anak cepat lapar jadi mudah untuk kita layan mereka serta merta. Yang biasa saya sediakan ialah air mineral, biskut, roti bun, coklat dan lain-lain lagi yang mudah untuk di bawa. Pastikan mereka dalam keadaan kenyang sebelum memulakan perjalanan atau sebelum keluar dari bilik hotel.

Mainan juga perlu ada untuk mengalihkan tumpuan mereka sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dan mereka mula untuk mengamuk. Yang lain-lain seperti pampers, tuala kecil, wet tissue, plaster (sebagai persedian jika berlaku luka ringan). Sebab itulah ibu perlukan handbag yang besar! **minta bag baru boleh tak, ayah?**

#4 – Ikut Jadual Anak

Yang ini memang frust la masa mula-mula merasai pengalaman melancong bersama anak kecil ni. Banyak yang kita plan tak jadi kerana mengikut jadual mereka. Waktu kita nak shopping, anak nak tidur di hotel. Waktu kita nak jalan-jalan, anak nak mandi kolam.

Melancong dengan anak kecil secara tak langsung mengajar kita bersabar, mengikut rentak mereka. Kalau boleh, elakkan terus berjalan-jalan sedangkan anak sudah kepenatan dan mengantuk. Utamakan waktu rehat mereka kerana keletihan boleh membuatkan mereka meragam. Bila dah start meragam tu, ibu bapa pula yang stress dan mula nak marah-marah. Dah tak best pula jadinya bercuti dengan mood begitu.

#5 – Sentiasa Berlapang Dada

Melancong bersama anak kecil ini banyak perkara yang tidak diduga. Yang peting, diri kita sendiri yang menentukan “keseronokan” itu. Nikmatilah percutian itu dengan tenang dan berlapang dada. Terima apa juga kerenah anak-anak sebagai satu hiburan dan masa berharga kita bersama mereka. In shaa Allah hati kita gembira dan percutian itu akan menjadi percutian yang sungguh menyeronokkan. Matlamat utama kita melancong bersama anak pun untuk menggembirakan mereka kan? Tentu sekali kita seronok bila mereka gembira.

 Rujukan: Harian Metro

Semoga sedikit sebanyak tips saya ini boleh dijadikan panduan buat kawan-kawan melancong bersama anak kecil. Sabar, dan nikmatilah keseronokan percutian anda. Setiap detik bersama anak-anak itu adalah satu nikmat yang sangat berharga. Selamat bercuti!

_________________________________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

bagaimana nak order shaklee

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Daftar keahlian Shaklee segera daftar ahli shaklee

Vitamin Kita Shaklee

Tips Melancong Bersama Anak Kecil
Tagged on:     

3 thoughts on “Tips Melancong Bersama Anak Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge