Susu Ibu Cair Petanda Kurang Berkualiti? | Pernah tak anda mengalami situasi susu semakin cair? Atau susu berubah warna dari pekat kekuningan, ke warna kehijauan, kemudia bertukar menjadi susu ibu yang cair?

Ada yang ajukan soalan

“Susu saya seolah-olah kelihatan berbeza setiap kali saya mengepam. Kadang-kadang susu ibu cair dan warna pucat sangat. Kadang-kadang kuning dan nampak berkrim.  Ada kalanya warnanya menjadi sedikit kehijauan. Kenapa ye? Kadang-kadang pekat sangat. Ada kala susu ibu cair. Kurang kualitikah?”

Itu memang lumrah semua ibu yang menyusukan anaknya. Risau sekiranya susu ibu cair yang mungkin kurang berkuali kepada bayi. Tidak seperti susu formula yang sentiasa kelihatan sama, komposisi dan kandungan susu ibu berubah dari hari ke hari, berbeza juga pada setiap kali penyusuan atau waktu mengepam. Warna dan kepekatan susu ibu juga berubah dan berbeza mengikut peratusan foremilk dan hindmilk dalam susu itu

Sekilas Fakta Tentang Kenapa Susu Ibu Cair

susu ibu cair kurang kualiti

  • di awal penyusuan, susu akan kelihatan lebih cair yang dikenali sebagai “foremilk“. Ia mempunyai kurang lemak dan lebih banyak gula berbanding selepas “milk’s let down”. Foremilk cair untuk menghilangkan dahaga bayi terlebih dahulu.
  • di akhir penyusuan, susu semakin memekat dan lebih berlemak yang dikenali sebagai “hindmilk“. Susu ini mengandungi nutrien yang tinggi dan lebih bersifat mengenyangkan bayi.

Jadi, pastikan bayi kita menyusu lebih lama pada sebelah-sebelah payudara bagi mendapatkan hindmilk ya. Ramai ibu yang suka menukar-nukar payudara untuk menyusukan anak sebelum bayi betul-betul mendapatkan hindmilk nya. Hindmilk ini sangat penting kerana mengandungi lemak dan nutrien yang penting untuk membantu bayi kita membesar dan meningkat beratnya dengan baik.

Sementara itu, perubahan susu ibu cair juga dipengaruhi oleh beberapa faktor

1- Tempoh Kelahiran

Susu awal yang keluar dikenali sebagai kolostrum susu lebih bersifat pekat, likat dan warna kuning keemasan. Jumlahnya tidak banyak dan tidak memancut-mancut tetapi biasanya dikeluarkan dengan menitiknya dengan menggunakan sudu atau directfeeding. Kolestrum kaya dengan antibodi dan jumlahnya yang sedikit amat sesuai dengan saiz perut bayi pada usia itu.

Size of a Newborn's Stomach

Selepas beberapa hari, badan kita akan menghasilkan susu peralihan iaitu campuran kolostrum, foremilk dan hindmilk. dan selepas seminggu, kolestrum sudah berhenti penghasilan dan hanya campuran foremilk dan hindmilk sahaja.

2- Mengikut Kesesuaian

Uniknya ciptaan Allah ini, susu ibu boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian bayi dan ibu itu sendiri.

  • Sekiranya cuaca panas, susu yang dihasilkan adalah lebih cair untuk menghilangkan dahaga bayi dan mengelakkan dehidrasi
  • Sekiranya cuaca sejuk, susu lebih pekat kaya dengan lemak untuk bayi lebih kenyang dan mampu bertahan dalam keadaan sejuk.
  • Susu ibu untuk bayi yang masih kecil lebih pekat kerana mereka memang bergantung kepada susu ibu semata-mata untuk membesar.
  • Dan begitu juga susu ibu untuk anak yang sudah pandai makan, agak cair dan sedikit jumlahnya kerasa kesesuaian mereka sudah pandai makan dan mendapat khasiat juga dari sumber makanan.

3 – Kesihatan Ibu dan Bayi

Bila ibu demam, susu yang dihasilkan adalah lebih cair berbanding biasa. Begitu juga sekiranya bayi demam, susu yang dihasilkan lebih cair untuk memastikan bayi mendapat cukup air.

Jadi Susu Ibu Cair Tidak Mempengaruhi Kualiti Susu?

Sesetengah ibu mempunyai ketidakseimbangan dalam penghasilan foremilk dan hindmilk, kadang-kadang jumlah foremilk yang lebih banyak berbanding hindmilk semasa penyususan atau mengepam menjadikan susu ibu cair. Faktor biasanya disebabkan susu ibu terlalu meriah, yang mana menyebabkan bayi mudah kenyang bila menikmati foremilk yang lebih banyak gula dan menghilangkan dahaga. Kenyang dengan foremilk sebelum dapat menikmati hindmilk.

Tidak ada kaitan dengan susu berkualiti atau tidak. Kualiti susu ibu tetap sama tidak kira walaubagaimana corak pemakanan ibu itu sendiri. Samaada ibu cukup nutrien atau tidak, susu yang dihasilkan tetap sama kualitinya dengan mengambil nutrisi dari badan ibu itu sendiri. Jika dilihat dengan betul, susu yang cair itu tetap mempunyai lapisan lemak kan? Inilah yang membuktikan bahawa susu ibu itu tetap mempunyai nutrisi walaupun tidak pekat. Yang perlu di risaukan sekiranya anak tidak mendapat susu yang cukup dan berat badan pun tidak naik.

Sumber

Propa Semata Suplemen Memperbanyakkan dan Memekatkan Susu Ibu? Susu Yang Pekat Tidak Semestinya Berkualiti?

Penghasilan susu yang banyak tetap memegang prisip “supply vs demand“. Lebih kerap penyusuan dan lebih kerap mengosongkan payudara akan lebih menghasilkan lebih banyak susu ibu.

Tetapi pengambilan suplemen penting untuk kesihatan ibu itu sendiri kerana banyak nutrisi dari badan ibu telah di”ambil” untuk menghasilkan susu. Di sini lah peranan suplemen yang membantu ibu mendapatkan khasiat yang secukupnya.

“Kebaikan Set Penyusan Shaklee”

(klik untuk info lanjut)

set penyusuan shaklee preminum

set penyusuan shaklee

 

____________________________________________________________________________________

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan membuat pesanan produk Shaklee di yanavitaminkita@gmail.com atau boleh hantarkan sms/whatsapp ke 019-9109009

Saya Pengedar Shaklee Ampang

COD area Taman Kosas, Taman Bukit Indah, Ampang Jaya, Bandar Baru Ampang & kawasan sekitar berhampiran.

Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak (Pos Laju/Gdex/CityLink)

Vitamin Kita Shaklee

Susu Ibu Cair Petanda Susu Kurang Berkualiti?

3 thoughts on “Susu Ibu Cair Petanda Susu Kurang Berkualiti?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge